Home Artis Korea 8 Pasangan Kdrama 2023 yang Bernaung Bawah Satu Agensi, Siapakah Mereka?

8 Pasangan Kdrama 2023 yang Bernaung Bawah Satu Agensi, Siapakah Mereka?

0

Lee Yoo Mi baru sahaja menampilkan lakonan mantap dalam Kdrama Strong Girl Nam Soon yang baru sahaja tamat. Dia dipilih untuk membawa watak utama sebagai gadis yang mempunyai kekuatan luar biasa dan dianggap super. Kuasa yang diwarisinya dari keluarga secara turun-temurun.

Walaupun dipasangkan dengan Ong Seong Wu, ramai penonton yang salah fokus dengan gandingan keserasiannya dengan Byeon Woo Seok yang merupakan pelakon second lead.

Selain sudah pernah berlakon bersama Byeon Woo Seok dalam CF drama, kedua-duanya juga telah saling mengenali kerana mereka bernaung di bawah agensi yang sama.

Beberapa pasangan dalam Kdrama siri 2023 berikut ini juga sebenarnya adalah dari satu agensi yang sama. Jom sama-sama kita lihat 8 pasangan tersebut di bawah ini!

 

 

5ab5a50b 3fa7 46b3 953f 42f3d82a401c1. Walau tidak berakhir untuk berbahagia bersama dalam Strong Girl Nam Soon, Byeon Woo Seok dan Lee Yoo Mi yang merupakan artis dari agensi Varo Entertainment ini berjaya membuatkan penonton cair hati!

Baca juga: Strong Girl Bong Soon dan Nam Soon Bakal Ada Musim ke-3?

 

30e27fd9 8532 4160 9da0 9850770fcce22. Sama-sama bernaung di bawah Gold Medalist, cinta Choi Hyun Wook bertepuk sebelah tangan pada Seol In Ah dalam drama Twinkling Watermelon

Baca juga: Twinkling Watermelon: 4 Fakta Menarik Mengapa Harus Tonton Kdrama Ini

71d70acd 6c34 4c83 b439 ef929bdbcdf33. Merupakan second couple dalam Tale of the Nine Tailed 1938, Kim Bum dan Woo Hyun Jin juga berasal dari agensi yang sama iaitu Kingkong by Starship

Baca juga: “Tale of The Nine Tailed 1938” – 9 detik pengakhiran paling terkesan

5a9afc1a 2e92 47ef 8da7 f4612dc36c6d4. Ahn Dong Goo dan Ha Yoon Kyung berasal dari agensi Ace Factory. Kedua-dua mereka juga merupakan second couple yang buat penonton terbuai bahagia dalam See You in My 19th Life

Baca lagi: “See You In My 19th Life” – 3 Sebab Wajib Tonton Kdrama Terbaharu Ini

ff07c6fb 958d 4926 8c54 b9433b8d00e95. Walaupun datang dari satu agensi iaitu Story J Company, sayangnya kisah cinta Kim Jung Hyun dan Kim Da Som dalam drama Kokdu: Season of Deity berakhir begitu sahaja

 

94696ada 67f7 4365 af95 3cd710c83fa56. Gandingan sebagai pasangan dalam Kokdu: Season of Deity, Kim In Kwon dan Cha Chung Hwa juga ternyata adalah dari satu agensi yang sama iaitu YNK Entertainment

 

Kdrama7. Sama-sama menyiasat roh jahat dalam Kdrama Revenant, Hong Kyung dan Kim Tae Ri juga bernaung di bawah agensi J Wide-Company yang memang merupakan agensi yang menaungi artis-artis popular

Baca juga: 5 Bintang Idol Ini Muncul Dalam Kdrama Bulan Disember, Ada Lee Dong Hae Super Junior

ea2118f4 6af7 43d1 9cd6 b44a804032058. Sebelum berpindah agensi, Hong Jong Hyun berada di bawah naungan C-JeS Entertainment bersama Moon So Ri, bekas kekasihnya dalam Kdrama Race

Berasal dari agensi yang sama membuatkan setiap pasangan dalam drama siri 2023 ini semakin mudah untuk menunjukkan keserasian yang sempurna. Walaupun ada antara mereka hanyalah second couple dan ada juga yang tidak berakhir bersama, mereka tetap berjaya membuatkan para penonton turut sama cair hati dengan kisah romantik mereka.

Baca lagi: Lee Sung Kyung Sahkan Debut sebagai Penyanyi Solo pada 13 Disember 2023
Baca juga: 11 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Makhluk Bukan Manusia dalam Kdrama 2023