Home Entertainment “Tale of The Nine Tailed 1938” – 9 detik pengakhiran paling terkesan

“Tale of The Nine Tailed 1938” – 9 detik pengakhiran paling terkesan

0

Drama siri Korea fantasi, Tale of the Nine Tailed 1938 telah berjaya mencuri perhatian para penonton dengan jalan cerita unik dan sangat sukar untuk diteka.

Tambahan pula setelah penayangan episod terakhirnya baru-baru ini, drama siri ini memberikan banyak detik yang sangat terkesan yang membuatkan para penonton susah untuk beralih dari drama fantasi ini.

Berikut ini merupakan beberapa detik ataupun momen paling berkesan dari ending Tale of the Nine Tailed 1938. Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti di bawah ini:

 

d2ac12e9 76fa 449c 99bc 8f971694dcf71. Kemunculan Lee Yeon (Lee Dong-wook) sebenar era 1938 menjadi adegan yang paling tidak dijangkakan sekaligus membuat para penonton teruja dan sangat terkejut, setuju?

da3bda76 b847 44a8 80a7 d5cfd2a1dfa92. Selalu dianggap menjadi Gumiho yang lemah kerana berasal daripada gabungan ras campuran, Lee Rang (Kim Bum) ternyata rupanya mempunyai kekuatan yang tersembunyi

b1c17e1b ade2 4f66 91aa e3d002b206a93. Benar-benar menjadi contoh teladan, adegan pertarungan habis-habisan antara Sunwoo Eun-ho (Kim Yong Ji) membuatkan para penonton sangat berpuas hati

f03c05cf 8eda 40c3 93d6 d1f6ef084a374. Akhirnya ekor Gumiho yang memperlihatkan betapa besar kekuatan Lee Yeon muncul juga di ending. Kehebatan Lee Yeon nampaknya berlipat kali ganda!

0498b735 a2d4 4ce3 9ff0 f76707d659c65. Setelah para penonton merasa dilema tentang kawan atau lawan, Ryu Hong-joo (Kim So Yeon) memutuskan untuk menyokomg Lee Yeon kembali ke asalnya

9a173df6 aae7 4d90 bc63 f5ec19edf53b6. Berjaya juga membuat para penonton terharu, Cheon Moo-yeong (Ryu Kyung Soo) akhirnya tersentuh dengan ketulusan hati Lee Yeon dalam persahabatan mereka

5f4d656b 055b 4db7 8856 e3f9ec7a4db97. Untuk adegan ini para penonton pasti menitiskan air mata. Perpisahan Lee Rang dan Lee Yeon membuatkan penonton sama-sama bersedih!

f154236a b7c2 4df3 8297 858f06a2b5a9

8. Ending yang paling memuaskan ketika melihat ketiga-tiga sahabat bekas dewa gunung ini kembali bersatu dan berjuang untuk melawan musuh

Tale of the nine tailed 19389. Di pengakhiran “Tale of the nine tailed 1938”, penonton akan tersenyum sendiri dan puas dengan pertemuan Lee Yeon dan Nam Ji Ah (Jo Bo Ah). Sangat manis!

Drama siri Tale of the Nine Tailed 1938 memang berjaya menjadi drama siri fantasi tahun 2023 yang menghadirkan nuansa lebih segar sehingga penontonnya benar-benar terhibur. Mari kita berharap musim ke-3 nanti , kita dapat melihat semula gandingan hebat mereka dalam era Joseon pula ya!

Baca lagi: Tale of The Nine Tailed 1938 Mengucapkan Selamat Tinggal

Baca juga: Tale of The Nine Tailed Bakal Akan Ada Musim 3