Home Artis Korea 3 Kdrama Dibintangi oleh Pelakon Manis Joo Hyun Young Tahun 2023 Ini

3 Kdrama Dibintangi oleh Pelakon Manis Joo Hyun Young Tahun 2023 Ini

0

Pelakon wanita cantik manis Joo Hyun Young semakin popular selepas membintangi drama siri Extraordinary Attorney Woo (2022). Selain itu, dia juga dikenali sebagai pengacara tetap program televisyen Saturday Night Live Korea.

Pada tahun 2023 ini, Joo Hyun Young membintangi tiga buah drama Korea. Salah satunya adalah drama siri popular yang sedang ditayangkan iaitu The Story of Park’s Marriage Contract.

Berikut ini adalah tiga buah Kdrama yang dibintangi olehnya pada tahun 2023 ini.

 

1. The Story of Park’s Marriage Contract

Joo hyun youngJoo Hyun Young merupakan pelakon pembantu dalam drama siri The Story of Park’s Marriage Contract. Drama siri ini menceritakan tentang Park Yeon Woo (Park Se Young) yang terlibat dalam pengembaraan waktu dari zaman Joseon ke zaman moden. Dia berjumpa dengan Kang Tae Ha (Bae In Hyuk). Kedua-duanya mempunyai ikatan takdir. Hubungan romantik mereka lama-kelamaan terjalin selepas terikat dengan perkahwinan kontrak.

Joo Hyun Young membawa watak sebagai Sa Wol, iaitu seorang orang gaji dan juga sahabat baik Park Yeon Woo. Dia juga turut sama terseret ke zaman moden. Wataknya berjaya membawa suasana komedi sehingga membuatkan jalan cerita menjadi lebih segar dan berwarna-warni. The Story of Park’s Marriage Contract mula ditayangkan pada 24 November 2023 dan dapat ditonton melalui platform VIKI dan juga Viu.

 

2. The Kidnapping Day

ad07a4f2 e2ef 4f8d 9b42 8637a7208962The Kidnapping Day diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Drama ini ditayangkan sebanyak 12 episod pada tarikh 13 September hingga 25 Oktober 2023. Drama ini dapat ditonton melalui platform Prime Video. The Kidnapping Day dibintangi oleh Yoon Kye Sang, Park Sung Hoon, Yu Na, Kim Shin Rok, Kim Sang Ho, Seo Jae Hee, dan Kang Young Seok. Sementara itu, Joo Hyun Young merupakan cameo dalam drama ini.

Joo Hyun Young muncul pada episod ke-10 sebagai seorang juru teknik komputer bernama Dong Geu Ram. The Kidnapping Day menceritakan tentang seorang ayah yang terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak kerana masalah kewangan. Tanpa disangka-sangka, kanak-kanak yang diculiknya memiliki kecerdasan otak di atas paras normal. Mereka akhirnya menjadi semakin rapat dan saling melindungi antara satu sama lain.

 

3. Dr. Romantic Musim 3

cd817bf2 2115 49d7 a6c6 f3141e20c6d8Siri Dr. Romantic Musim 3 dibintangi oleh Han Seok Kyu, Lee Sung Kyung, Ahn Hyo Seop, Kim Joo Heon, dan beberapa orang pelakon pembantu lain. Drama ini ditayangkan pada 28 April hingga 17 Jun 2023.

Drama ini menceritakan tentang hiruk pikuk kehidupan para doktor dengan segala masalah yang terjadi di Hospital Dolham. Dalam drama ini juga terdapat sentuhan romantik dan komedi yang membuatkan jalan cerita menjadi lebih menarik. Joo Hyun-young tampil sebagai cameo di episod ke-2 sebagai pemohon pekerjaan di hospital Dolham.

Joo Hyun-young juga dikhabarkan akan muncul dalam drama siri I Am a Running Mate, yang dibintangi oleh Yoon Hyun Soo, Kwak Jung Sic, Choi Woo Sung, Kim Ji Woo, Hong Hwa Yeon, dan Lee Bong Jun. Tetapi, hingga sekarang belum disahkan tarikh tayangannya.

Sama-sama kita nantikan projek lakonan Joo Hyun Young yang seterusnya ini!

Baca lagi: 8 Pasangan Kdrama 2023 yang Bernaung Bawah Satu Agensi, Siapakah Mereka?
Baca juga: Lee Sung Kyung Sahkan Debut sebagai Penyanyi Solo pada 13 Disember 2023