Home Artis Korea 8 Pelakon Wanita Korea ini Merupakan Pelakon Utama Kdrama Disember 2023

8 Pelakon Wanita Korea ini Merupakan Pelakon Utama Kdrama Disember 2023

0

Beberapa buah Kdrama siri dari Korea Selatan telah dijadualkan untuk tayangan pada bulan Disember 2023 inj.

Kdrama siri tersebut menampilkan beberpaa orang pelakon wanita Korea Selatan yang sangat ternama dan popular sebagai pemeran utama.

Bermula dari Shin Hye Sun yang membintangi dua buah Kdrama sekaligus pada tahun ini. Nampaknya Han So Hee juga turut muncul dengan karya terbarunya yang sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat setia.

Termasuk kedua-dua pelakon wanita popular ini, barisan pelakon wanita di bawah ini dipilih untuk menjadi pelakon utama dalam drama siei yang ditayangkan pada bulan Disember 2023.

 

89784800 ab1c 4829 8d63 034a2be2ea831. Nana menjadi seorang gadis yang selalu bernasib malang dalam percintaan dalam drama siri My Man is Cupid. Dalam drama tersebut, Nana akan bergandingan dengan Jang Dong Yoon

 

d292ce52 f18e 430d a79e bde2ec72d2852. Berlakon bersama Song Kang, Go Min Si meneruskan kisahnya untuk bertahan hidup dalam serangan raksasa dalam drama siri Sweet Home 2

 

7cceab2e bbb9 4b1d 8cab 78bc69ac6bfd3. Shin Hye Sun membawa watak sebagai fotografer fesyen yang pulang ke kampung dan kembali meneruskan kehidupannya dalam drama siri Welcome to Samdalri

Baca juga: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Menguasai Banyak Bahasa

f4d4755c 780e 431b be50 4323662fb4274. Dalam drama siri Death’s Game, Park So Dam adalah dewa kematian yang menghukum Seo In Guk di setiap kehidupan yang dijalaninya

 

6d9fead8 dfcf 453d b272 e59b4f1c8fd75. Keum Sae Rok bakal menunjukkan keserasiannya dengan Noh Sang Hyun dalam Soundtrack #2. Dia akan menjadi seorang guru piano

 

Wanita korea6. Lee Young Ae menjadi konduktor genius yang menyimpan rahsia besar dalam drama siri Maestra: Strings of Truth

 

Pelakon wanita korea7. Dalam The Sand Flower, Lee Ju Myoung menjadi kawan masa kecil Jang Dong Yoon dan juga merupakan pengurus kelab ssireum yang berada di ambang kemusnahan

 

Pelakon korea

8. Berlatarkan era penjajahan Jepun, Han So Hee dan Park Seo Joon akan menghadapi makhluk aneh dalam drama siri Gyeongseong Creature

Semua pelakon wanita yang tersenarai di atas akan menemani para penonton setia Kdrama di penghujung tahun 2023 ini. Genre drama siri yang mereka bintangi juga menampilkan banyak variasi. Di antara lapan orang pelakon wanita Korea tersebut, lakonan siapakah yang yang paling anda tunggu-tunggu?

Baca lagi: 3 Kdrama Dibintangi oleh Pelakon Manis Joo Hyun Young Tahun 2023 Ini
Baca juga: Im Siwan menjadi Budak Kampung yang Naif dan Kelakar dalam “Boyhood”