Nampaknya ramai artis pendatang baru berjaya mencuri perhatian ramai penonton dan peminat melalui kemunculan dan penampilan mereka dalam drama siri Korea Selatan.

Contohnya yang paling terbaru adalah pelakon baru Lee Han Byul yang telah membuat para penonton terpukau dengan lakonannya yang dilihat sangat menjadi dan semulajadi dalam drama siri original Netflix iaitu Mask Girl (2023).

Selain Lee Han Byul, ada lagi beberapa orang rookie (pelakon baru) yang telah berjaya membuat para penonton berminat dan ingin tahu tentang mereka selepas drama siri yang mereka lakonkan ditayangkan baru-baru ini.

Siapakah pelakon-pelakon baru berbakat besar ini? Jom sama-sama kita baca seperti di bawah ini:

 

Pelakon baru1. Ahli kumpulan Alice yang bernama Kim So Hee baru sahaja membuat debut lakonan dalam drama siri popular Duty After School (2023) sebagai Lee Soon Yi

 

2. Pelakon yang membawa watak Kim Chi Yeol dalam drama siri yang sama iaitu Duty After School (2023) adalah pelakon baru Kim Ki Hae yang juga baru membuat debut lakonan pada tahun 2022

Baca lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

 

3. Hong Bi Ra pula berjaya membuat para penonton geram dan sakit hati dengan wataknya dalam The Good Bad Mother (2023) sebagai Oh Ha Young

Baca juga: The Good Bad Mother Drama 2023 Yang Mengharukan

 

4. Bitch X Rich (2023) menjadi projek kedua bagi Lee Jong Hyuk yang berjaya menghidupkan watak Seo Do Eon dalam drama siri tersebut

Baca juga: Bitch x Rich: Kdrama Kisah Buli & Pembunuhan

 

5. Masih dalam drama siri yang sama iaitu Bitch X Rich (2023), drama siri ini merupakan projek lakonan pertama bagi Yoo Jung Hoo

Baca lagi: Bitch X Rich – 5 Persoalan Belum Terjawab, Ada Musim Kedua?

 

6. Lim Sung Kyun pernah membintangi Shooting Stars (2022). Kini pelakon ini kembali bersinar sebagai Kim Jin Soo dalam drama siri terbaru iaitu Not Others (2023)

Baca juga: 5 Sebab “Not Others” Menarik untuk Ditonton

 

7. Berjaya mengalahkan 1000 orang peserta uji bakat yang lain, Lee Han Byul berjaya menepati kriteria sebagai pelakon sesuai yang membawa watak sebagai Kim Mo Mi A dalam Mask Girl (2023) yang berdasarkan webtoon Naver

Baca lagi: Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl

Walau mereka adalah pendatang dan pelakon baru, mereka mampu bekerja secara profesional dalam setiap drama siri lakonan mereka. Tidak hairanlah, jika kini banyak pihak yang mula melirik dan tertarik dengan para pelakon baru ini! Semoga terus maju jaya ya!

Previous articleAir Kotor Dan Berbau, Wanita Ini Sarankan Supaya Orang Ramai Tidak Bercuti Ke Tempat Ini
Next articleDuit Tersalah Transfer Ke Akaun Lain, Ini Cara Mudah Untuk Dapatkan Semula Duit Anda