Home Artis Korea Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl

Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl

0

Lee Han Byul mencuri perhatian melalui watak yang bernama Kim Mo Mi dalam siri terbaru Netflix Mask Girl (2023).

Watak Kim Mo Mi dalam drama ini dilakonkan oleh tiga orang pelakon wanita berbeza yang membawa cerita ini pada masa yang berbeza. Lee Han Byul adalah Kim Mo Mi pertama sewaktu watak itu masih menggunakan wajah asalnya.

IMG 1206

Mask Girl ialah siri televisyen penstriman Korea Selatan 2023 yang diarahkan oleh Kim Yong Hoon, dibintangi oleh Lee Han-byul, Go Hyun-jung, Nana, Ahn Jae-hong, dan Yeom Hye Ran. Ia adalah berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama oleh Mae-mi dan Hee-se, yang diterbitkan antara 2015 dan 2018. Ia ditayangkan di Netflix pada 18 Ogos 2023.

IMG 1211

Menariknya, Lee Han Byul merupakan pendatang baru dalam dunia hiburan Korea Selatan. Jom kita intai lebih dekat tentang Lee Han Byul melalui biodata dan beberapa fakta menarik tentang artis ini:

 

1. Biodata Lee Han Byul

ffc861d9 15be 4ac4 a83d a8afda7d2b6bLee Han-byul masih lagi baru dalam dunia lakonan, maklumat mengenai pelakon baru ini masih lagi sedikit. Namun, dari profil sosial media miliknya, pembawa watak Kim Mo Mi tersebut sangat meminati seni fotografi. Dia bahkan mempunyai akaun khas untuk karya-karya fotografinya.
● Nama: Lee Han-Byul (이한별)
● Tempat lahir: Korea Selatan
● Agensi: Ace Factory
● Instagram: @lhanbyeol dan @vbgstxx

 

2. Debut lakonan melalui drama Mask Girl, mengecewakan 1000 peserta uji bakat lain

dcd38e6c 007e 4db3 bdd4 3fb9ec39af34Lee Han-byul melakukan debut lakonan melalui drama siri Netflix, Mask Girl. Masih baru dalam dunia lakonan, Lee Han-byul mendedahkan tentang kegugupannya sewaktu diberi peluang untuk bergandingan bersama Go Hyun Jung dan Nana. Namun, ternyata selama proses penggambaran, dia mendapat layanan yang mesra dari rakan-rakan pelakon yang lain.

Dalam sebuah sidang media, pelakon yang membawa watak Kim Mo Mi tersebut juga mengatakan bahawa dia tidak percaya dia boleh mengalahkan 1000 peserta uji bakat yang lain.

“Sebenarnya sewaktu proses casting (uji bakat), saya cukup tertekan dan rasa seperti tidak dapat melakukannya dengan baik. Kemudian selepas melihat skrip, saya mula bersimpati atas apa yang terjadi kepada watak Mo Mi,” kata Lee Han-byul.

 

3. Lee Han Byul alami pengalaman yang sama dengan watak Kim Mo Mi

89a951da a1b4 4fa4 a5be 3831a7048c96Lee Han Byul juga mendedahkan bahawa watak Mo Mi mirip dengan pengalaman dirinya sendiri, terutamanya tentang penampilan fizikal yang membuatnya dipandang sebelah mata. Segala kekurangan fizikal itu dijadikan motivasi untuk debutnya dalam drama ini.

“Sewaktu bekerja untuk projek ini, pengalaman yang saya rasakan dulu tidak menimbulkan beban pada diri saya. Saya tidak merasa tekanan tentang penampilan sewaktu memulakan debut sebagai seorang pelakon. Yang saya lakukan hanya mula berlakon dan melakukan penggambaran dengan riang gembira,” katanya.

 

4. Rasmi tanda tangan kontrak eksklusif dengan Ace
Factory

Lee han byul

Lee Han Byul telah rasmi menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi Ace Factory. Perkara itu dikongsi oleh pihak agensi.
“Kami sangat gembira bertemu dengan pendatang baru Lee Han Byul untuk permulaan yang baru. Sebagai seorang pelakon dengan potensi tanpa batasan, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong kemunculan dan bakatnya dalam berbagai-bagai karya.”

Wah! Tidak sabar menantikan karya-karya terbaru Lee Han Byul! Semoga terus maju jaya!

IMG 1207

Baca lagi: Adaptasi Webtoon “Mask Girl” Tayang Serentak 7 Episod Penuh, 18 Ogos 2023 di Netflix, Menampilkan Nana
Baca juga: Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen