Home Entertainment Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah...

Review : Pembedahan Plastik, Misteri dan Pembunuhan? “Mask Girl” Menyajikan Sebuah Kisah Thriller Saspen

0

Netflix baru sahaja menayangkan Kdrama siri baharu yang diadaptasi dari Webtoon bertajuk “Mask Girl”.

IMG 0992

Siri sebanyak 7 episod yang ditayang serentak pada hari sama 18 Ogos semalam itu sememangnya sangat dinanti-nantikan oleh peminat kdrama yang membawa genre misteri. Apatah lagi siri ini dibarisi dengan bintang-bintang ternama dan berbakat, pastinya peminat kdrama tidak ingin melepaskan dari menontonya!

Tahukah anda, salah satu daya tarikan utama siri “Mask Girl” ini adalah, watak utama Kim Mo Mi dilakonkan oleh 3 pelakon yang berbeza!

Mask girl

1. Kim Mo Mi wajah asal “Mask Girl”

IMG 1006 scaled

Dilakonkan oleh pendatang baru Lee Han Byul, wajah asal “Mask Girl” sebelum menjalani pembedahan. Seorang gadis yang mempunyai impian besar menjadi artis yang disayangi, namun impiannya tidak tercapai kerana wajahnya tidak menarik walaupun memiliki bentuk tubuh yang mengiurkan.

Baca juga: Kenali Lee Han Byul, Pelakon Utama Kdrama Mask Girl

2. Kim Mo Mi selepas pembedahan

IMG 1005 scaled

Nana memainkan watak Kim Mo Mi selepas melakukan pembedahan plastik. Dia berubah daripada seorang pekerja pejabat biasa kepada seorang wanita yang glamor. Dia terpaksa melakukan pembedahan plastik disebabkan satu insiden pembunuhan.

3. Kim Mo Mi kesan sampingan selepas pembedahan

IMG 1004 scaled

Go Hyun Jung memegang watak Kim Mo Mi selepas dia mengalami kesan sampingan akibat terlalu banyak melakukan pembedahan plastik.

Ringkasan Plot

Siri Ini bukan sahaja persembahan biasa yang menampilkan kisah seorang gadis yang kurang keyakinan diri. Ia juga bukan kisah percintaan klise kebiasaan anda. “Mask Girl” akan memberikan liku demi liku, saspen demi saspen bagi memastikan anda terpaku di tempat duduk anda.

Hanya 7 episod keseluruhannya, siri ini berbaloi dengan masa anda. Walaubagaimanapun, webtoon yang menjadi asas siri ini disenaraikan sebagai 18+, jadi ia hanya ditujukan untuk tontonan orang dewasa. Yang bermaksud bahawa jika anda berumur di bawah 18 tahun, kandungan webtoon ini tidak sesuai untuk anda dan oleh itu, budi bicara penonton dinasihatkan.

Dalam episod satu, penonton akan diperkenalkan dengan watak utama Kim Mo Mi (dilakonkan oleh Lee Han Byul) seorang pekerja pejabat biasa pada siang hari, dan superstar siaran langsung pada waktu malam.

Dia memakai topeng emas metalik dan pelbagai rambut palsu, memakai pekaian terdedah sambil membuat persembahan tarian untuk peminat dalam taliannya. Dengan melihat sekilas zaman remajanya, penonton pasti akan faham mengapa Kim Mo Mi begitu taksub untuk meraih perhatian.

Tanpa Kim Mo Mi sedari, salah seorang peminat setianya ialah Ju Oh Nam (Ahn Jae Hong). Ju Oh Nam ialah rakan sekerja Kim Mo Mi. Dia begitu taksub dan obses dengan “Mask Girl” dan tidak pernah terlepas dari mengikuti siaran langsung “Mask Girl”.

IMG 1003 scaled

Ju Oh Nam ialah seorang Otaku, yang tidak boleh berinteraksi dengan wanita dalam kehidupan sebenar. Rutin dia setiap hari, bekerja, pulang ke rumah, berteman denga anak patung seks, menonton anime dan melayan siaran langsung “Mask Girl”. Begitulah dia menjalani kehidupannya seharian.

Suatu hari, Ju Oh Nam telah hilang dan mayatnya tidak lama setelah itu telah dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat.

IMG 1009 scaled

Ibu Ju Oh Nam iaitu Kim Kyung Ja (dilakonkan oleh Yeom Hye Ran) tidak dapat menerima kematian anaknya bernekad untuk mencari pembunuh anaknya. Sejak itu, hidupnya dan obsesinya terhadap pembunuh anaknya begitu membuak-buak. Dia berjanji akan membalas dendam bagi anaknya dan akan memusnahkan hidup si pelaku.

Namun, apa kaitannya “Mask Girl” dan kes Ju Oh Nam serta kisah pembalasan dendam Kim Kyung Ja terhadap kematian anaknya itu?

Bagi mendapatkan jawapan, anda haruslah tonton sendiri ya!

Baca lagi: Adaptasi Webtoon “Mask Girl” Tayang Serentak 7 Episod Penuh, 18 Ogos 2023 di Netflix, Menampilkan Nana
Baca juga: 10 Kdrama Baharu Tayang Ogos 2023