Home Artis Korea 7 Fakta Menarik Moon Woo Jin, Pelakon Drama Castaway Diva

7 Fakta Menarik Moon Woo Jin, Pelakon Drama Castaway Diva

0

Para peminat drama siri dari negara Korea Selatan pasti sudah terbiasa dengan wajah Moon Woo Jin. Bintang muda remaja ini sering kali muncul dalam berbagai-bagai drama Korea sebagai watak versi muda untuk pelakon utama.

Moon Woo Jin pernah membintangi drama What’s Wrong With Secretary Kim?, My ID is Gangnam Beauty, It’s Okay To Not Be Okay, dan yang paling terbaru adalah drama siri Castaway Diva. Walaupun usianya masih sangat muda, Moon Woo Jin sudah diberi peluang untuk membawa pelbagai jenis watak dalam drama siri Korea Selatan.

Buat anda yang ingin tahu tentang pelakon yang semakin meningkat naik, Moon Woo Jin ini, jom sama-sama kita lihat 7 fakta menarik mengenai Moon Woo Jin yang telah kami rangkumkan dari berbagai-bagai sumber.

 

1. Moon Woo Jin lahir pada 19 Februari 2009. Kerjaya seni lakonny sudah dimulakan sejak tahun 2017 sebagai watak versi muda untuk watak utama

4bc5f1aa ae86 4167 a9cd 16cfb9976d95

 

2. Di usianya yang masih remaja, Moon Woo-jin telah membintangi puluhan drama dengan pilihan watak yang pelbagai jenis

0fcaf243 fedb 44ac 9ede fa092fdbd807

 

3. Selain mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan, pelakon ini juga pernah dipilih sebagai model iklan untuk penerbangan Jeju Air di awal tahun semasa melakukan debut

8e123654 98b6 4683 befe 58c008e2fa4e

 

4. Selain itu, Moon Woo-jin juga pernah membintangi video muzik Thumbs Up milik MOMOLAND dan MV Beautiful milik Wanna One

a8a91205 7335 4731 ba04 ed2dfb034058

 

5. Rezeki anak muda ini sangat murah sebagai selebriti, Moon Woo-jin juga pernah terpilih sebagai Duta Perhubungan Awam untuk bandar Incheon, kampung halamannya sendiri

b057124e 0b56 49f8 9662 6d655fcb8ee8

 

6. Moon Woo-jin memulakan debut dalam dunia filem melalui filem Peninsula yang ditayangkan pada tahun 2020. Filem ini turut dibintangi oleh pelakon senior Kang Dong Won

Moon woo jin

 

7. Pada tahun 2020, Moon Woo-jin berjaya membawa pulang anugerah Male Youth Acting Award dalam acara KBS Drama Awards 2020

Castaway diva

Hasil lakonan dan penampilan yang memukau, Moon Woo-jin disebut-sebut bakal menjadi salah seorang pelakon hebat yang akan mewarnai drama-drama Korea selepas ini.

Baca lagi: 3 Drama Korea Menampilkan Watak Protagonis Sebagai Penjenayah Kejam, Penuh Tragedi
Baca juga: 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Kdrama ‘My Man is Cupid’, Bakal Tayang di Prime Video