Home Kdrama/Kmovie 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Kdrama ‘My Man is Cupid’, Bakal Tayang...

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Kdrama ‘My Man is Cupid’, Bakal Tayang di Prime Video

0

My Man Is Cupid (2023) merupakan drama fantasi romantik garapan pengarah Nam Tae Jin.

My Man Is Cupid akan mula menyapa penonton pada 1 Disember akan datang ini menampilkan gandingan antara Jang Dong Yoon yang akan membawa watak sebagai dewa cinta dan Nana yang akan membawa watak sebagai doktor bedah haiwan.

Berikut ini adalah 5 sebab kenapa anda perlu menonton My Man is Cupid!

1. Drama ini merupakan projek lakonan ke-6 Jang Dong Yoon pada tahun 2023

My Man is Cupid!Nama pelakon Jang Dong Yoon waktu ini sedang menjadi perhatian para peminat drama Korea. Jang Dong Yoon berjaya membintangi lima drama korea pada tahun 2023 sahaja. Jang Dong Yoon kali terakhir telah berjaya membuatkn para penonton setia drama Korea kagum dan terpukau melalui lakonannya dalam siri original Netflix Daily Dose of Sunshine sebagai Song Yu Chan, seorang bekas pekerja pejabat yang menghadapi gangguan panik.

Sebelum Daily Dose of Sunshine, Jang Dong Yoon sudah terlebih dahulu menyapa para penonton melalui drama popular Oasis yang tayang pada Mac lalu, Filem After menyusul selepas itu pada bulan Mei. Pada 20 Disember nanti, Jang Dong Yoon akan kembali muncul dalam drama The Sand Flower.

 

2. Menampilkan bintang The Mask Girl sebagai pelakon utama wanita, Nana!

8c82c464 c1da 4d93 bed6 381a5642a687Nana atau yang pemilik nama asal Im Jin Ah ini telah berjaya menarik perhatian jutaan penonton melalui lakonannya dalam drama popular The Mask Girl yang disiarkan pada 18 Ogos lalu. Nana berjaya mendalami watak sebagai Kim Mo Mi, seorang selebriti dunia maya yang menunjukkan kebolehan menari dan menyanyi disebalik balutan sebuah topeng.

Pelakon yang juga merupakan penyanyi yang dilahirkan pada 14 September 1991 ini memang sudah tidak asing lagi dalam industri hiburan. Nana juga berjaya membawakan banyak watak melalui drama popular seperti Confession (2022), Glitch (2022), Oh My Ladylord (2021) dan juga Kill It (2019).

 

3. My Man is Cupid Mengangkat tema fantasi-romantik yang segar

IMG 4359

My Man Is Cupid yang akan ditayangkan bermula 1 Disember ini akan mengusung tema fantasi romantik. Jang Dong Yoon akan membawa karakter sebagai Cheon Sang Hyuk, adalah seorang dewa cinta yang perlu menerima kenyataan bahawa sayapnya terbakar dalam sebuah insiden yang menimpanya 500 tahun lalu. Jang

Dong Yoon perlu bertahan hidup sebagai manusia biasa dan berganti-ganti identiti sebanyak 27 kali demi memulihkan sayapnnya. Kemudian secara tidak sengaja, Cheon Sang Hyuk memanah panah cintanya sendiri dan mengenai seorang doktor bedah haiwan yang bernama Oh Baek Ryun, sehingga membuatnya mula merasa jatuh cinta dengan Oh Baek Ryun. Oh Baek Ryun sendiri selalu gagal dalam urusan percintaan. Adakah mereka berdua akan bahagia bersama?

 

4. Turut menampilkan Kwon Ah Reum dan Park Ki Woong

88d4da89 9db3 4095 8d0d a956ad202c95Nama Kwon Ah Reum dan Park Ki Woong disahkan akan turut memeriahkan drama ini. Kwon Ah Reum akan membawa watak sebagai Seo Hee manakala Park Ki Woong akan membawa watak sebagai Seo Jae Hee.
Kwon Ah Reum sudah sering muncul dalam banyak drama seperti A Morality: Joseon Prosecutor (2023), Missing: The Other Side 2 (2023), The Killing Vote (2023), dan juga The Story Of Park’s Marriage Contract yang baru ditayangkan pada 24 November 2023.

Park Ki Woong juga sudah tidak asing lagi bagi para peminat drama Korea, Park Ji Woong turut terlibat dalam beberapa drama popular seperti You Raise Me Up (2021), The King’s Affection (2023), Pandora: Beneath The Paradise (2023) dan juga A Time Called You (2023).

 

5. Drama ini akan mula disiarkan pada 1 Disember akan datang melalui Prime Video

Bakal menampilkan gandingan antara Jang Dong Yoon dan Nana, drama ini akan mula menyapa anda pada 1 Disember 2023 melalui platform streaming Prime Video. Drama siri ini berjumlah 16 episod, drama ini dijadualkan akan ditayangkan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada setiap minggu.

IMG 4360

My Man is Cupid merupakan karya terbaru dari pengarah Nam Tae Jin dan penulis skrip Heo Song Hee. Nam Tae Jin adalah pengarah yang sama untuk drama popular Lovers of The Red Sky (2021) dan Switch: Change the World (2018). Drama siri ini diharapkan dapat mencapai harapan dan jangkaan para penonton.

Baca lagi: Siri Fantasi Rom-Com “My Man Is Cupid” Hadir Eksklusif di Prime Video 1 Disember 2023
Baca juga: Between Him and Her, Dibintangi Donghae Super Junior dan Lee Seol