Home Kdrama/Kmovie Between Him and Her, Dibintangi Donghae Super Junior dan Lee Seol

Between Him and Her, Dibintangi Donghae Super Junior dan Lee Seol

0

Drama Korea terbaru, Between Him and Her, dibintangi Donghae Super Junior dan Lee Seol.

Dengan kehadiran kdrama terbaru yang bakal dilakonnya dalam “Between Him and Her”, selepas sekian lama ditunggu-tunggu, kerinduan para peminat setia Super Junior terhadap lakonan Donghae akan bakal diubati.

Bintang idola Kpop yang juga merupakan seorang pelakon kesayangan ramai ini akan kembali ke kaca televisyen melalui drama siri terbaru yang membawa genre romantik iaitu “Between Him And Her”, bergandingan bersama bintang filem Thunderbird iaitu Lee Seol.

Pemilik nama asal Lee Dong Hae tersebut sebenarnya juga turut membintangi Oh! Young-Sim pada tahun ini. Namun, bagi yang sudah merindui lakonan bintang muda ini, berikut ini adalah sinopsis dan senarai para pelakon drama siri terbaru Between Him And Her yang akan ditayangkan semasa cuti perayaan Krismas nanti. Jom sama-sama kita lihat!

1. Sinopsis Between Him And Her

7941e9e9 2695 4da2 ab0e f5400a49ba0fBetween Him And Her menceritakan tentang pasangan kekasih yang telah bersama selama 7 tahun dan mengalami titik sukar dalam hubungan mereka berdua. Drama siri ini akan mengeksplorasi berbagai-bagai aspek kehidupan percintaan yang sememangnya penuh dengan kejutan dan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

2. Senarai Pelakon Between Him And Her

9c2132c8 bb71 41de 9f39 a3ac32a0267fDrama ini diadaptasi dari Webtoon popular dengan tajuk yang sama ini bukan hanya dibintangi oleh Donghae Super Junior. Untuk pengetahuan anda, berikut ini adalah senarai pelakon yang membintangi drama siri bergenre romantik ini.
● Lee Dong Hae sebagai Jung Hyun Sung
● Lee Seol sebagai Han Sung Ok
● Im Jae Hyuk sebagai Oh Min Hyuk
● Yoon Ye Joo sebagai Kim Hye Ryung
● Choi Won Myeong sebagai An Si Hoo
● Baek Soo Hee sebagai Yoon Yoo Joo
● Kim Hyun Mok sebagai Kim Hyung Seob
● Park Jung Hwa sebagai Ryu Eun Jung
● Yeon Je Hyung sebagai Kim Geon Yeop

 

3. Jadual tayangan Between Him And Her

Between him and herDrama siri yang dibintangi oleh Donghae Super Junior dan Lee Seol ini akan mula ditayangkan pada 26 Disember akan datang melalui saluran Channel A dan platform streaming Viki. Jadi, jangan lupa untuk menonton nanti ya, yeorobun!

Baca lagi: 4 Konflik dalam My Demon Episod 1-2, Gu Won Kehilangan Kuasa
Baca juga: 7 Pasangan dalam Kdrama 2023 ini Bertemu Jodoh semasa Misi Pengembaraan Waktu