Home Kdrama/Kmovie 4 Konflik dalam My Demon Episod 1-2, Gu Won Kehilangan Kuasa

4 Konflik dalam My Demon Episod 1-2, Gu Won Kehilangan Kuasa

0

My Demon adalah drama bergenre fantasi yang dibintangi oleh Kim Yoo Jung dan Song Kang.

My Demon menceritakan tentang Do Do Hee (Kim Yoo Jung) yang merupakan CEO Mirae F&B dengan seorang Iblis bernama Jung Gu Won (Song Kang). Kedua-duanya terlibat dengan perkahwinan kontrak demi kepentingan masing-masing.

Episod perdana drama ini telah disiarkan pada 24 November 2023. Berikut ini adalah rangkuman konflik yang muncul pada episod 1-2!

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

1. Banyak pihak yang ingin menjatuhkan Do Do Hee

My DemonSewaktu berusia 11 tahun, kedua-dua ibu bapa Do Do Hee meninggal dunia dalam kemalangan. Dia kemudian dijaga oleh Ju Cheon Sook (Kim Hae Sook). Walau tidak mempunyai pertalian darah, Ju Cheon Sook sangat prihatin terhadap Do Do Hee.

Selain itu, Do Do Hee juga adalah seorang pekerja yang komited dan berprestasi. Semua ini menyebabkan rasa cemburu dan iri hati anak dan menantu Ju Cheon Sook. Mereka dalam diam-diam ingin menghancurkan perniagaan gadis itu kerana takut kumpulan Mirae akan jatuh ke tangan Do Do Hee.

 

2. Ju Cheon Sook ingin Do Do Hee segera berkahwin

3ce81bdb 9aa4 42b5 add6 aa8c74bd6ff8Ju Cheon Sook mengugut Do Do Hee dengan mengatakan bahawa dia tidak akan menerima rawatan jika Do Do Hee tidak keluar bercinta dan berjanji temu dengan seorang jejaka dan berkahwin. Dengan berat hati, Do Do Hee pergi ke sebuah restoran untuk menemui lelaki yang dimaksudkan oleh Ju Cheon Sook.

Sayangnya, Do Do Hee mendapat maklumat yang salah dan pergi ke restoran yang telah ditempah oleh Jung Gu Won. Dari sinilah pertemuan kedua-duanya bermula.

 

3. Kuasa Jung Gu Won hilang

1d9818c3 b3b2 4592 aaea 2fbd3f98a617Jung Gu Won menggunakan kuasanya sebagai seorang Demon (iblis) untuk menolong Do Do Hee kerana ada seorang lelaki yang ingin membunuhnya. Namun, satu kejadian membuatkan kedua-duanya terjatuh ke dalam laut.

Insiden itu membuatkan Jung Gu Won tiba-tiba kehilangan kuasanya. Dia pengsan dan tidak boleh berenang untuk naik ke atas permukaan. Sementara itu Do Do Hee yang waktu itu masih dalam keadaan sedar, berusaha naik ke atas dengan menarik tangan Jung Gu Won. Sebuah kejadian aneh berlaku, tanda salib yang ada di tangan Jung Gu Won tiba-tiba berpindah ke tangan Do Do Hee.

Tanpa tanda itu, Jung Gu Won tidak mempunyai kuasa lagi. Dia perlu memegang tangan Do Do Hee jika ingin mengeluarkan kuasanya, sehingga menyukarkannya menjalankan tugas sebagai iblis yang menagih janji kepada manusia.

 

4. Rahsia Ju Cheon Sook yang masih belum terungkai

5257397b 408d 4fcf b515 2bd5f22f85faJu Cheon Sook masih menyimpan misteri. Dia memiliki rahsia yang disembunyikan dari Do Do Hee. Dia juga selalu berdoa untuk meminta ampun kerana rasa bersalahnya atas kejadian masa lalu. Selain itu, sewaktu Do Do Hee hampir dibunuh oleh seorang lelaki, lelaki tersebut mengatakan bahawa sebab utama Do Do Hee perlu mati adalah kerana Ju Cheon Sook.

Drama siri My Demon baru ditayangkan sebanyak dua episod, maka tidak menutup kemungkinan akan ada banyak lagi konflik baru dan plot twist yang mungkin muncul di episod seterusnya. Selain itu, preview episod 3 juga menunjukkan Do Do Hee yang mula diintai oleh ramai orang jahat.

Pada pendapat anda, siapakah dalang di sebalik semua ini? Kita nantikan sambungan cerita ini di episod My Demon seterusnya ya!

Baca lagi: 11 Watak yang Mewarnai My Demon, Kdrama Fantasi Terbaru
Baca juga: 7 Pasangan dalam Kdrama 2023 ini Bertemu Jodoh semasa Misi Pengembaraan Waktu