Home Kdrama/Kmovie 7 Pasangan dalam Kdrama 2023 ini Bertemu Jodoh semasa Misi Pengembaraan Waktu

7 Pasangan dalam Kdrama 2023 ini Bertemu Jodoh semasa Misi Pengembaraan Waktu

0

Salah satu tema cerita yang banyak diangkat dalam Kdrama siri pada tahun 2023 ini adalah teman pengembaraan waktu.

Dalam barisan senarai Kdrama siri ini, sebahagiannya menyelitkan kisah romantik yang membuatkan para penonton jatuh hati dan tertunggu-tunggu episod baru setiap minggu. Watak-watak utama dalam drama siri ini dikisahkan bertemu jodoh sewaktu menjelajah waktu ke masa depan atau masa lalu.

Tujuh pasangan dalam Kdrama berikut ini bertemu jodoh ketika dalam penjelajahan waktu. Walaupun tujuan atau misi asal mereka dalam pengembaraan waktu tersebut bukanlah mencari jodoh, semua watak-watak ini pada akhirnya menemui cinta sejati dan belahan jiwa mereka. Siapakah mereka ini? Jom sama-sama kita lihat!

 

bb33d3fa 74c9 4013 91dd ade4154762641. Sewaktu menjelajah ke tahun 2023, Park Yeon Woo (Lee Se Young) bertemu dengan lelaki yang sangat mirip dengan mendiang suaminya dalam The Story of Park’s Marriage Contract

 

d43c632e 4670 4340 aae9 06fab7a3f1bb2. Sewaktu berusaha mengubah nasib ibu bapanya di tahun 1995, Ha Eun Gyeol (Ryeo Un) bertemu cinta pertamanya dalam Twinkling Watermelon

 

91ee26f7 2fc0 467a bcc6 424a7623d8413. Dalam drama siri yang sama, On Eun Yu (Seol In Ah) menjelajah waktu ke masa lalu untuk menemui cinta pertama ibunya. Namun dia juga turut bertemu dengan jodohnya sendiri

 

0824cfb4 d6ea 4b2c 9907 42679055cd774. Dalam My Perfect Stranger, tujuan Yoon Hae Jun (Kim Dong Wook) menjelajah ke tahun 1987 untuk adalah untuk menangkap psikopat yang merupakan pembunuh bersiri, siapa sangka dia juga bertemu dengan bakal isterinya di sana!

 

6af7501d 40ef 4dcb 8471 3616177796665. Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) dalam drama siri yang sama iaitu My Perfect Stranger tanpa sengaja terjebak dalam pengembaraan waktu. Di sana, dia menjalin kasih dengan pengembara waktu yang lain

 

Kdrama6. Han Jun Hee (Jeon Yeo Bin) dalam A Time Called You menjelajah waktu ke tahun 1998 dan bertemu lelaki yang sangat mirip dengan mendiang kekasihnya

 

92128763 f54a 4740 9059 abfba61a9a2f

7. Nam Si Heon (Ahn Hyo Seop) dalam drama siri yang sama iaitu A Time Called You mengembara ke masa depan untuk menemui cinta pertamanya yang berbeza garis masa dengannya

Semua pasangan dalam drama siri 2023 di atas mempunyai cerita masing-masing dalam menjelajah waktu dan misi mereka semuanya berbeza. Walaupun begitu, persamaan mereka adalah mempunyai kisah cinta yang terjalin sewaktu sedang menjelajah waktu. Kisah siapakah yang paling anda suka?