Home Kdrama/Kmovie Castaway Diva: 7 Perkara Sepatutnya Berlaku Pada Watak-Watak Menjelang Ending, Perlu Adil

Castaway Diva: 7 Perkara Sepatutnya Berlaku Pada Watak-Watak Menjelang Ending, Perlu Adil

0

Castaway Diva (2023) kini berbaki dua episod terakhir sahaja lagi yang akan ditayangkan pada tarikh 2 dan 3 Disember akan datang.

Jalan cerita untuk Castaway Diva ini telah menunjukkan sebuah klimaks yang membuatkan drama ini semakin menarik untuk diikuti. Walaupun demikian, terdapat beberapa persoalan yang belum lagi terjawab mengenai nasib setiap watak dalam Kdrama ini.

Jika anda ingin tahu dan juga tertanya-tanya, berikut ini adalah perkara yang sepatutnya terjadi kepada setiap karakter dalam ending drama siri Castaway Diva. Para penonton juga berharap supaya mereka menemui titik kebahagiaan mereka masing-masing.

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.

d25bdca2 5cb0 4c8a 876f 1dfdd85bff891. Jung Bong Wan (Lee Seung Joon) perlu mendapat hukuman seadil-adilnya kerana dia telah melakukan berbagai-bagai perkara kekerasan dan juga melanggar undang-undang

 

Castaway diva2. Kang Bo Geol (Chae Jong Hyeop) sekeluarga dijangkakan akan hidup dengan identiti lama mereka kembali kerana pembohongan mereka telah terungkap

 

002460f4 19ff 4372 8172 35d9b6c7baff3. Walaupun demikian, mereka hanya mendapat hukuman denda kerana ini merupakan bentuk pembelaan diri seperti mana harapan Kang Woo Hak (Cha Hak Yeon). Tambahan pula, mereka sangat bekerjasama dalam penyiasatan

 

23c2dd20 11ba 4f5a bc8c f6a9f649d4044. Kang Woo Hak dijangkakan masih bekerja sebagai wartawan di pejabat lama. Semua ini adalah kerana pegawai atasannya kelihatan tidak menerima surat perletakan jawatan yang diberinya

 

d84b52a0 1a57 4740 9893 de116750770e5. Seo Mok Ha (Park Eun Bin) berjaya melakukan debut perdana sebagai penyanyi yang mendapat kejayaan besar di Korea Selatan. Diharapkan, impiannya dari kecil akan menjadi kenyataan

 

a73f20b5 a51b 4a78 bd5b be804191c6e66. Seo Mok Ha tidak melupakan Kang Bo Geol dan terus menyokong dia dan keluarganya. Dia tidak akan menjadi kacang yang melupakan kulit!

 

bb82ba8f 1ffe 4643 a764 8553143ca70a

7. Terdapat sedutan adegan ketika Kang Bo Geol dan Seo Mok Ha saling berciuman. Dijangkakan, mereka berdua bakal rasmi menjalinkan hubungan romantik

Ramai penonton setia yang berharap supaya setiap watak mendapat nasib dan pengakhiran yang membahagiakan. Selain itu penonton berharap watak antagonis juga perlu mendapat balasan yang sepadan. Jadi, jangan lupa untuk saksikan episod terakhir Castaway Diva yang akan ditayangkan pada 2 hingga 3 Disember akan datang di Netflix, ya!

Baca lagi: 12 Pelakon yang Membintangi Noryang: Deadly Sea, Filem Perang Korea Terbaru
Baca juga: Kdrama November 2023: 10 Watak dengan Identiti Berganda