Home Movie 12 Pelakon yang Membintangi Noryang: Deadly Sea, Filem Perang Korea Terbaru

12 Pelakon yang Membintangi Noryang: Deadly Sea, Filem Perang Korea Terbaru

0

Filem terakhir dari trilogi Yi Sun Shin karya pengarah Kim Han Min akhirnya akan ditayangkan. Filem tersebut bertajuk Noryang: Deadly Sea. Sebelum ini, siri pertama dan kedua telah ditayangkan pada tahun 2014 dan 2022, iaitu The Admiral: Roaring Currents dan Hansan: Rising Dragon.

Dari tajuknya, filem Noryang: Deadly Sea dari Korea ini akan menceritakan tentang pertempuran Joseon bersama Ming melawan Jepun di Selat Noryang.

Pertempuran ini merupakan pertempuran yang terakhir sejak Jepun menduduki Joseon dari tahun 1592 hingga 1598.

Berikut adalah senarai pelakon yang membintangi filem Noryang: Deadly Sea.

 

e88d1df7 0a94 4ac4 b2dc 56d7744de372

1. Watak Laksamana Yi Sun Shin akan dilakonkan oleh pelakon senior. Selepas Choi Min Sik dan Park Hae Il, kini giliran Kim Yun Seok yang akan membawa watak tersebut

 

Noryang2. Yoshihiro Shimazu sebagai panglima tertinggi angkatan laut Jepun dan pemimpin Benteng Jepun di Sacheon dilakonkam oleh Baek Yoon Sik

 

313b4617 0268 428e 96ed a38e2243a7ee3. Jung Jae Young akan membawa watak sebagai Chen Lin selaku laksamana angkatan laut Dinasti Ming. Dia membantu Yi Sun Shin untuk mengusir Jepun

 

a09e982f 11a1 4e1f 8323 f98fca8f42f14. Sementara itu, wakil laksamana angkatan laut Dinasti Ming yang juga turut membantu Joseon iaitu Deng Zilong dilakonkan oleh Heo Jun Ho

 

noryang: Deadly Sea5. Selepas tampil dalam Hansan: Rising Dragon, Kim Sung Kyu kembali dengan watak Joon Sa, prajurit Jepun yang akan membelo

d9766267 5371 4dbf 9a6d 8b7863319fc16. Yukinaga Konishi yang merupakan salah seorang komander utama pada pencerobohan pertama Jepun ke Joseon ini dilakonkan oleh Lee Moo Saeng

 

e07ebe13 b2b6 45be be46 b12d41cd801d7. Lee Kyu Hyung memainkan watak sebagai Harunobu Arima. Dia merupakan orang kanan Yukinaga Konishi yang sangat pakar dalam merancang taktik perang

 

283db6f8 ed9a 480c 916a 002586a6194c

8. Choi Duk Moon membawa watak sebagai Song Hui Rip, kapten kapal yang dipercayai Yi Sun Shin. Sebelum ini, dia membawa watak berbeza dalam Roaring Currents

 

5c07c9dd e799 4416 b0d6 b09bf1f889919. Ahn Bo Hyun membawa watak sebagai Yi Hoe, anak kepada Yi Sun Shin. Dia adalah salah seorang individu yang menyaksikan kematian Yi Sun Shin

 

fec9c59e 9613 4143 8f69 2a4ccdc60a3210. Park Myung Hoon pula membawa watak sebagai Chiyoujuin Moriatsu. Dia adalah pengikut Yoshihiro Shimazu yang berhati keras dan tiada timbang rasa

 

901b6769 3927 43d3 bb76 35ef15aae6b811. Sama seperti dalam filem Hansan: Rising Dragon, Park Hoon kembali membawa watak Lee Woon Ryong, pegawai tentera yang setia pada Yi Sun Shin

 

8de65638 7a6e 47d6 8d03 af841e6c3edd12. Moon Jeong Hee akan tampil sebagai isteri kepada Yi Sun Shin yang bernama Bang Soo Jin

Selain 12 nama pelakon yang tersenarai di atas, ada juga penampilan cameo seperti Yeo Jin Goo dan Lee Je Hoon yang memang ditunggu-tunggu kemunculan mereka dalam filem ini. Noryang: Deadly Sea akan ditayangkan pada bulan Disember 2023 di seluruh pawagam Korea Selatan.

Namun, masih belum ada khabar berita mengenai tayangannya di pawagam Malaysia. Nantikan maklumat seterusnya ya!

Baca lagi: Kdrama November 2023: 10 Watak dengan Identiti Berganda
Baca juga: 11 Watak yang Mewarnai My Demon, Kdrama Fantasi Terbaru