Home Kdrama/Kmovie 3 Drama Korea Menampilkan Watak Protagonis Sebagai Penjenayah Kejam, Penuh Tragedi

3 Drama Korea Menampilkan Watak Protagonis Sebagai Penjenayah Kejam, Penuh Tragedi

0

Drama Korea selalunya menampilkan tema-tema yang segar dengan kemunculan karakter-karakter yang unik. Salah satu watak yang mencuri perhatian adalah watak protagonis yang merupakan seorang penjenayah kejam.

Majoriti drama Korea menyajikan watak protagonis yang boleh dijadikan sebagai teladan, refleksi diri, atau hiburan. Namun, karakter protagonis yang bertopengkan iblis dan sebenarnya jahat ini jarang-jarang ditemui dalam drama Korea.

Berikut ini adalah 3 buah drama Korea dengan watak protagonis yang sebenarnya adalah penjenayah kejam!

1. Extracurricular (Netflix, 2020)

Drama koreaDrama Korea ini merupakan siri original Netflix yang ditayangkan pada tahun 2021. Extracurricular mengambil tema tentang kenakalan remaja. Bukan biasa-biasa, kenakalan yang diangkat dalam drama ini cukup ekstrem.

Watak utama, Oh Ji Soo, digambarkan sebagai seorang pelajar contoh yang tidak pernah memiliki reputasi buruk di sekolah. Dia juga seorang pelajar dengan markah dan keputusan terbaik. Namun, siapa sangka, selain rutin biasanya sebagai seorang pelajar, Ji Soo bekerja dalam bidang pelacuran demi menanggung perbelanjaan sekolah dan kehidupannya. Perbuatan jenayah yang dilakukan Oh Ji Soo merupakan sebuah jenayah jahat yang menyimpang dari kehidupan manusia normal.

 

2. Mouse (tvN, Viu, 2021)

d0ad0f11 0260 4466 b4f6 9433d02407b6Mouse merupakan drama siri yang hangat dibincangkan di sosial media selama penayangannya. Drama ini menceritakan tentang watak utama yang merupakan seorang psikopat.

Jung Ba Reum, watak utama yang menjalani kehidupannya dengan bekerja sebagai polis. Dia dikenali sebagai seorang pemuda yang ramah dan baik budi pekerti. Menariknya, tidak seperti drama-drama lain, Mouse menampilkan episod istimewa yang bertajuk Mouse: The Predator yang mana dalam episod ini diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza.

Sepanjang episod Mouse, cerita mengalir berdasarkan sudut pandangan Go Mu Chi, pegawai atasan Jung Ba Reum yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan berusaha menangkap pembunuh sebenar. Sedangkan dalam Mouse : The Predator, sudut pandangan diambil dari cerita Jung Ba Reum sebagai seorang psikopat.

Dalam episod ini, penonton akan melihat tentang proses Jung Ba Reum membunuh setiap mangsanya. Seorang psikopat biasanya akan menjadi watak antagonis, namun dalam drama Mouse, psikopat menjadi watak protagonis dan anda akan melihat mengapa dan bagaimana seorang manusia hidup tanpa mempunyai emosi dalam diri, serta faktor-faktor yang menjadikan Jung Ba Reum seorang pembunuh.

 

3. Anna (Coupang Play, Prime Video, 2022)

dc8b6984 5432 44b2 8710 af07c78ce0c9Lee Yu Mi, seorang pelajar yang terkenal sangat pintar di kelasnya mempunyai cita-cita untuk menjadi pelajar di kolej paling terbaik di Korea Selatan. Disebabkan cita-citanya, setiap kali gagal, Yu Mi terus mencuba lagi pada tahun berikutnya. Dia tidak mahu menurunkan standard dan tidak mahu belajar di universiti lain.

Obsesinya membuatkan dia memulakan pembohongan kecil dengan mengatakan kepada ibu bapanya bahawa dia diterima dan telah menjadi pelajar baru. Pembohongan demi pembohongan terus mengalir hingga menjadi agenda kejahatan kerana Yu Mi berani menggunakan identiti orang lain dan hidup dengan nama Anna.

Dia menjalani kehidupan yang serba mewah, dipandang tinggi, dihormati, dan dia juga berkahwin dengan lelaki kenamaan untuk terus menaikkan kualiti hidupnya. Yu Mi merupakan gadis yang baik tetapi dia membuat pilihan yang salah untuk menjalani kehidupannya.

Dengan menampilkan protagonis yang melakukan jenayah kejahatan, ketiga-tiga drama ini pastinya menampilkan jalan cerita penuh misteri dan teka teki. Drama-drama ini ditayangkan di jaringan TV kabel seperti tvN atau di platform streaming seperti Netflix, Viu, Coupang Play, dan Prime Video.

Baca lagi: 16 Drama Korea 2023 yang Kurang Cerita Kisah Cinta, Lebih Kepada Aksi dan Jenayah
Baca juga: Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15 Disember 2023