Home Kdrama/Kmovie 16 Drama Korea 2023 yang Kurang Cerita Kisah Cinta, Lebih Kepada Aksi...

16 Drama Korea 2023 yang Kurang Cerita Kisah Cinta, Lebih Kepada Aksi dan Jenayah

0

Drama Korea memang terkenal dengan kisah romantik yang boleh membuatkan penonton terbuai emosi. Perkara itu membuatkan kisah cinta sering kali diselitkan dalam berbagai-bagai genre. Walaupun begitu, ada juga Kdrama yang tidak menampilkan terlalu banyak kisah cinta.

Pada tahun 2023 ini, ada banyak drama Korea bersiri yang tidak membahaskan kisah cinta sebagai topik utama dan sangat minimum babak percintaan. Sesuai buat anda yang tidak terlalu menggemari kisah romantik.

Berikut ini adalah senarai drama Korea yang tidak memuatkan adegan-adegan cinta berlebihan dalam perjalanan ceritanya:

 

Drama korea1. A Bloody Lucky Day menampilkan kisah seorang pemandu teksi yang berhadapan dengan seorang pelanggan yang merupakan seorang psikopat

 

416b9ec6 fd3d 4ef2 af6c 2b3287ae1aa22. Bakal ditayangkan pada 1 Disember 2023 nanti, drama Korea Sweet Home Musim 2 meneruskan kisah Cha Hyun Su (Song Kang) dan para penghuni apartment yang meneruskan hidup dan melawan raksasa aneh

 

c6ce2d0c 7764 4af5 8efa acbd5d7dd3f13. Menyambung musim pertamanya, D.P. Musin 2 masih mengusung cerita tentang aksi anggota D.P. yang berusaha menangani anggota tentera yang melarikan diri

 

e0348c22 1217 4d91 bbe1 4cd5287903a24. Menampilkan kisah romantik yang minimum sahaja, Daily Dose of Sunshine mengikuti kehidupan seorang jururawat yang dipindahkan bertugas ke klinik kesihatan mental

 

28f36420 452e 424f 8da2 82d3f676d9bc5. Hanya berjumlah 8 episod, Vigilante mengisahkan tentang seorang kadet polis yang menghukum para penjenayah yang mendapat hukuman tidak setimpal dan langsung tidak adil

 

8fff2421 6aa0 4828 98c7 dc761f9436106. Sangat popular, Moving menampilkan kisah sekumpulan manusia yang menyembunyikan kuasa super mereka supaya mereka boleh hidup seperti orang biasa

 

daa70990 2634 468f 89a6 3a8ad2adc1307. Bakal ditayangkan pada 4 Disember akan datang, Night Has Come menampilkan permainan mafia yang membawa maut yang terjadi semasa sebuah lawatan sekolah yang disertai oleh pelajar-pelajar sekolah

 

ac736a13 0ddb 45bd aad0 17d4e2c59ccd8. Membawa genre jenayah dan thriller, Evilive menceritakan tentang seorang peguam yang mempunyai masalah kewangan yang berhadapan dengan seorang penjenayah psikopat

 

ecde8079 45a2 44ff b1f1 62290e1c44ef9. Dibintangi oleh Nam Ji Hyun dan Choi Hyun Wook, High Cookie mengusung kisah tentang dadah yang berbentuk biskut yang makin berleluasa di sebuah sekolah elit

 

6ba1154e fc6a 4cdb ab08 cf65ef73ca6c10. Menampilkan kerjasama antara pendakwa raya dan detektif, Longing for You memulakan kisah dengan usaha seorang detektif yang mencari kebenaran disebalik kematian adiknya

 

2383051d 2618 4cce af62 4089d60996ba11. Meneruskan kisah musim pertama, Shadow Detective 2 menampilkan aksi balas dendam detektif veteran yang diperangkap sebagai seorang pembunuh

 

d85778cb 015f 4260 beb8 c2c177a4bca212. The Kidnapping Day menampilkan kes penculikan dengan misteri tentang penyelidikan otak. Kisah yang sangat menyentuh perasaan dan dipenuhi misteri serta komedi bersahaja

 

95f2ca12 b98c 4ed7 8817 8a9752c2555d13. The First Responders 2 meneruskan kisah tentang kes kebakaran yang disiasat detektif dan pegawai bomba

 

c0b79dee a1bd 4d6e 8d8c 9e0a88d8f17614. Baru sahaja tamat, The Killing Vote mengisahkan tentang hukuman yang dilakukan oleh Gaetal dengan membunuh penjenayah yang dapat tidak dihukum dengan adil oleh undang-undang

 

e8a79bf7 fb95 4592 92a0 4dc6da034a6a15. Bertemakan kes penculikan, The Perfect Deal mengisahkan tentang dua orang pemuda yang menculik kawan lama mereka untuk mendapatkan wang tebusan

 

a22e7e15 75e2 4d5b 8df3 31d934c83b4d

16. Membawa genre fantasi, The Uncanny Counter 2 memaparkan aksi sekumpulan manusia yang dikenali sebagai ‘counter’ yang memburu roh jahat dengan kuasa luar biasa mereka

Semua drama Korea yang tersenarai dia atas memang memaparkan kisah cinta yang minimum, senarai Kdrama yang dicadangkan ini memang sesuai buat anda yang tidak meminati genre romantik dan percintaan. Kebanyakan drama tersebut mengusung genre aksi, thriller, dan juga jenayah.

Baca lagi: 9 Watak dalam Perfect Marriage Revenge yang Hampir sama dengan Versi Webtoon

Baca juga: Drama Korea ‘DEATH’S GAME’ Akan Disiarkan Secara Eksklusif di Prime Video 15 Disember 2023