Home Filem/Drama Barat 5 Filem Seram Paling Dinantikan Pada 2024, Mencengkam Perasaan

5 Filem Seram Paling Dinantikan Pada 2024, Mencengkam Perasaan

0

Para peminat filem seram mesti penuh bersemangat dan tidak sabar-sabar dengan karya-karya filem para penulis skrip ternama seperti M Night Shyamalan, Robert Eggers, dan Ti West yang akan menyajikan karya-karya baru yang pastinya menggoncang dunia perfileman.

Para peminat filem seram akan dihidangkan dengan cerita yang memikat, termasuk di antaranya filem “Night Swim” dan “Trap.”

Dipetik dari Esquire, berikut adalah senarai filem seram yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2024 ini!

1. Night Swim (5 Januari)

3f81771d 4718 420b 813d 22809601a453Filem seram Night Swim dari syarikat penerbitan Blumhouse Productions membuka tahun baru 2024. Filem ini merupakan debut pengarah Bryan McGuire. Pelakon-pelakon utamanya adalah Wyatt Russell (The Falcon and The Winter Soldier) dan Kerry Condon (The Banshees of Inisherin).

Night Swim menceritakan tentang keluarga Waller sewaktu berpindah ke rumah baru, dan menemui bahawa kolam halaman belakang mereka menyembunyikan beberapa rahsia jahat yang menakutkan.

 

2. A Quiet Place, A Quiet Place: Day One (8 Mac)

777ec486 5d5d 4965 80f8 ee6ada59a87fPrekuel francais A Quiet Place, A Quiet Place: Day One akan ditayangkan pada musim panas. Sebelum ini, A Quiet Place karya John Krasinki mendapat sambutan hangat dengan ramai yang memuji kisah inventif dan jalan cerita yang dipenuhi suasana tegang.

Kisah sebuah keluarga yang cuba bertahan dari serangan raksasa yang sangat peka dengan bunyi diceritakan dalam A Quiet Place Part II pada tahun 2021, yang juga mendapat pujian dari para pengkritik.

 

3. Trap (2 Ogos)

22b5c28c 1d80 4188 a248 ae785edd5fb7M Night Shyamalan kembali pada tahun 2024 dengan filem seran original terbaru iaitu Trap. Ini merupakan filem feature ke-16 pengarah ini.

Walaupun Shyamalan merahsiakan butiran filem barunya, kita tahu bahawa filem tersebut akan dibintangi oleh Josh Hartnett dan Saleka Shyamalan, dan itu akan menjadi kisah seram psikologikal yang berlatarkan sebuah konsert.

 

4. Alien: Romulus (16 Ogos)

b1224c88 f1cc 4568 a651 0621672ba57a

Alien: Romulus diarahkan oleh Fede Alvarez, yang juga mengarahkan Don’t Breathe dan Evil Dead. Cailee Spaeny akan membintangi filem ini.

Filem tersebut akan mengambil latar makhluk asing. Alien: Romulus merupakan sekuel pertama yang mengisi garis masa antara dua filem pertama.

Baca juga: 3 Filem Seram Korea Ini Dikatakan Antara Yang Paling Mengerikan, Benarkah?

5. Smile 2 (18 Oktober)

Filem seramSmile muncul sebagai filem seram pada tahun 2022, membuatkan penonton terpesona dengan keganasan dan gambaran kesedihannya serta keunikan plotnya.

Pengarah Parker Finn mendedahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan kandungan plot tertentu untuk menyajikan sekuel dalam francais tersebut yang mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita dengan kuasa yang tidak kelihatan yang mengancam hidupnya.

Walaupun kita belum tahu kejutan-kejutan baru yang menanti kita dalam Smile 2, kita tahu bahawa Naomi Scott akan tampil dalam filem tersebut.

Peminat-peminat filem seram, jangan lupa untuk menonton filem-filem yang tersenarai ini ya!

Baca lagi: Antara 10 Pilihan Filem Korea Terbaik yang Perlu Anda Tonton Semula
Baca juga: 10 Filem Aksi Komedi Korea Paling Laris, Penuh Komedi