Home Movie 3 Filem Seram Korea Ini Dikatakan Antara Yang Paling Mengerikan, Benarkah?

3 Filem Seram Korea Ini Dikatakan Antara Yang Paling Mengerikan, Benarkah?

0

Walaupun kadang kala filem-filem seram Korea mampu membuatkan para penonton tidak dapat tidur, tapi filem-filem ini memang ada tarikan sendiri hingga membuatkan para peminat ketagih untuk menonton.

Sensasi suasana tegang ditambah dengan babak jumpscare memang berjaya memicu adrenalin penonton. Tambahan pula dengan sinematografi dan penampakan hantu jembalang pasti membuatkan seolah-olah jantung terhenti dan bulu roma berdiri tegak!

Berikut ini merupakan 3 buah filem seram Korea yang mengerikan, berjaya membuat para penonton terkaku di depan skrin tontonan dan pastinya penuh dengan babak menyeramkan! Tapi benarkah? Ya, mungkin ia juga bergantung kepada citarasa penonton itu sendiri. Jom kita lihat dulu dibawah!

The Wailing

Filem seram Korea“The Wailing” dikatakan merupakan salah satu filem seram Korea terbaik sepanjang zaman! Ia mengambil latar di sebuah kampung yang kelihatan tenang dan aman damai sahaja. Siapa sangka rupa-rupanya di kampung tersebut telah merebak wabak yang membuatkan para penduduk mati dengan ngeri seorang demi seorang secara misteri.

Kejadian ngeri dan misteri tersebut membuatkan seorang anggota polis yang bernama Jong-Goo menyiasat tempat tersebut bagi mencari penyebab utama setiap kematian. Polis setempat mengatakan bahawa penyebab kematian penduduk adalah kerana racun. Sebaliknya, Gong Woo mendengar desas-desus bahawa jirannya yang bernama Jun Kunimura merupakan dalang disebalik kematian misteri yang bersiri itu.

Gong Woo semakin terdesak selepas mendapati anak perempuannya yang bernama Hyo-Jin juga mula mengalami gejala berupa gangguan mental yang sama seperti yang menimpa penduduk kampung sebelum mereka meninggal dunia. Adakah Gong Woo akan berjaya menyelesaikan misteri itu?

 

A Tale of Two Sisters

Filem seramMerupakan salah sebuah filem seram yang misteri dan mengerikan, “A Tale of Two Sisters” adalah salah sebuah filem seram Korea terbaik yang wajib ditonton oleh para peminat filem seram. Menyajikan plot twist yang sangat mengejutkan membuatkan filem ini sangat disukai oleh para peminat filem seram.

Filem ini adalah tentang 2 orang saudara kembar bernama Soo- Mi dan Su -Yeon yang baru sahaja kehilangan ibu kandung mereka. Soo-Mi baru sahaja pulih dan diizinkan untuk keluar hospital selepas menjalani rawatan pemulihan mental. Tidak lama kemudian, ayah mereka berkahwin dengan seorang wanita bernama Eun – Joo. Hubungan antara kedua-dua saudara kembar ini dengan ibu tiri mereka memang kurang baik. Ditambah lagi dengan adanya kejadian-kejadian aneh yang mistik yang mula terjadi di rumah mereka.

 

Gonjiam: Haunted Asylum

dec8decf 4d24 4ffc a691 5778021b138cFilem seram Korea yang menggunakan latar “found footage” dan diadaptasi dari kejadian sebenar ini mengisahkan tentang seorang Youtuber bernama Ha-Joon yang tertarik untuk membuat kandungan video tentang kisah seram di Hospital Mental Gonjiam.

Joon mengajak 6 orang sukarelawan untuk sama-sama menyiasat hospital yang terbengkalai itu. Insiden misteri pernah terjadi di hospital mental ini. Pada tahun 1979 seramai 42 orang pesakit yang dirawat di hospital tersebut telah dibunuh oleh pengarah hospital yang kemudiannya menghilangkan diri secara misteri. Kejadian tersebut membuatkan hospital tersebut ditutup dan tidak beroperasi lagi.

Sejak itu, banyak cerita aneh dan seram yang diceritakan penduduk sekitar berkaitan hospital tersebut. Termasuk salah satu cerita mengenai kes kehilangan 2 remaja lelaki yang juga pernah merakam pengembaraan gila mereka di dalam hospital itu.

Tidak lengkap rasanya senarai tontonan bagi para peminat filem seram Korea jika tidak menonton tiga filem yang tersenarai di atas! Buat anda yang belum berkesempatan untuk menonton filem-filem seram Korea ini, jangan lupa untuk menonton dan pastikan anda tidak menonton bersendirian ya!

Baca lagi: 13 Pilihan Filem Seram Korea Menarik
Baca juga: 20 Filem Seram Korea Thriller Menarik dan Menakutkan