Home Artis Korea 5 Watak Terbaik Lakonan Gong Yoo, Antara Pelakon Lelaki Paling Kacak dan...

5 Watak Terbaik Lakonan Gong Yoo, Antara Pelakon Lelaki Paling Kacak dan Berpengaruh di Korea

0

Para peminat seluruh dunia tentunya masih tidak dapat melupakan watak ikonik pelakon ini sebagai jurujual dalam siri popular Squid Game. Wajah Gong Yoo terkenal serata dunia sejak Squid Game mencipta nama dan mencapai populariti luar biasa!

Gong Yoo merupakan antara salah seorang pelakon lelaki paling terkenal di Korea Selatan. Pelakon ini mempunyai fandom tersendiri di kebanyakan negara di seluruh dunia. Pengarah-pengarah terbaik di Korea Selatan memang memasang angan-angan untuk bekerjasama dengan pelakon ini, tetapi Gong Yoo hanya memilih watak dan cerita yang terbaik sahaja!

Berikut ini adalah antara filem dan drama terbaik lakonan Gong Yoo selama dia berkecimpung dalam dunia seni.

1. The Silent Sea, 2021

Siri drama sci-fi dari Korea Selatan ini wajib ditonton. Bintang Squid Game Gong Yoo berlakon sebaris dengan pelakon-pelakon lain dalam The Silent Sea. Filem ini adalah mengenai kisah misteri tentang sekumpulan angkasawan yang melakukan pengembaraan ke sebuah fasiliti terbiar di bulan.

IMG 8493
Han Yunjae

Target mereka adalah untuk mengenalpasti sampel sejenis bahan yang tidak diketahui juga untuk sebuah tujuan yang tidak jelas. Pengembaraan dan misi mereka dicemari dengan pembelotan, penipuan dan rahsia-rahsia gelap.

Gong Yoo membawa watak sebagai ketua misi tersebut dan juga sebagai kapten yang dikenali sebagai Han Yoo Jae. Gong Yoo dilihat berjaya membawa watak sebagai seorang ketua pasukan yang baik dengan personaliti yang disegani.

 

2. Finding Mr. Destiny, 2010

Han Gi Joon mendirikan sebuah syarikat yang mendakwa mempunyai kemahiran untuk mengesan kedudukan cinta pertama setiap orang. Pelanggan pertamanya iaitu Seo Ji Woo, sangat terdesak untuk kembali bersama dengan lelaki yang ditemuinya di India. Han Gi Joon mengikuti wanita itu ke seluruh pelosok negara Korea Selatan untuk mencari lelaki kesayangan wanita itu. Akhirnya tanpa disedari, mereka berdua mula membina perasaan cinta antara satu sama lain.

IMG 8492

Gong Yoo berjaya membawa watak Han Gi Joon dengan sangat baik sekali. Pada mulanya watak Han Gi Joon kelihatan seperti seorang lelaki tipikal yang berkaca mata, rambut sikat ke belakang dan juga tingkah laku yang serba tidak kena. Watak Han Gi Joon akan menarik perhatian anda dengan ketulusan dan kejujurannya. Di pengakhir filem ini, para penonton wanita pasti jatuh hati dengan watak lelaki sejati Han Gi Joon yang dibawakan oleh Gong Yoo.

 

3. Guardian: The Lonely and Great God, 2016-2017

Dalam drama Korea romantik fantasi ini, Gong Yoo membawa watak sebagai iblis yang berusia 939 tahun. Satu-satunya wanita yang boleh mematahkan sumpahannya adalah seorang wanita yang mampu mencabut pedang dari tubuh badannya. Lama kelamaan iblis yang sudah berusia ratusan tahun itu mula jatuh cinta pada wanita yang boleh menghapuskan sumpahan kehidupan abadinya.

Gong yoo

Drama siri ini merupakan antara drama siri yang paling hit, drama Korea ini mendapat liputan meluas seluruh Asia dan merupakan drama dengan rating paling tinggi dalam sejarah penyiaran televisyen Korea Selatan. Drama Korea ini juga menyaksikan Gong Yoo menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik TV untuk Anugerah Baeksang ke 53.

 

4. Big, 2012

Seorang pelajar lelaki yang bernama Kang Kyung Joon dan berusia 18 tahun menjalani hari-harinya seperti biasa. Segala-galanya berubah apabila dia mengalami sebuah kemalangan, rohnya memasuki badan Seo Yoon Jae iaitu seorang doktor yang berusia 30 tahun dan telah bertunang dengan guru Kang Kyung Joon sendiri. Sementara tubuh badan remaja itu kini berada di hospital dalam keadaan koma.

IMG 8494

Gong Yoo mempersembahkan lakonan yang sangat berkesan apabila pelakon ini berjaya menggambarkan dua watak berbeza iaitu seorang lelaki dewasa dan juga watak seorang remaja lelaki.

 

5. Silenced, 2011

Diangkat dari kisah benar, filem ini mengisahkan tentang Kang In Ho yang dilakonkan oleh Gong Yoo yang merupakan seorang guru yang sangat baik. Dalam masa yang sama guru ini menyimpan sebuah rahsia masa lalu yang sangat gelap. Guru ini sangat prihatin kerana melihat pelajar-pelajarnya kelihatan aneh dan seolah-olah terganggu.

IMG 8495

Dia menyiasat perkara tersebut dan mendapati bahawa pelajar-pelajar ini menjadi mangsa penganiayaan dan kekerasan daripada beberapa orang pihak pentadbiran sekolah.

Selepas filem ini ditayangkan, filem ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai dan membawa kepada perbicaraan semula kes berkenaan di mahkamah.

Pelakon yang mempunyai nama asal Gong Ji-cheol ini selalu kelihatan sangat awet muda, sejak tampil sebagai pengurus kafe dalam 1st Shop of Coffee Prince pada tahun 2007 sehinggalah ketika berlakon dalam Kim Ji-young: Born 1982, dia berjaya memukau ramai peminat. Senyum manisnya langsung tidak berubah. Dia sentiasa diingati dengan rupa paras menawan dan tubuh badan tegap dengan ketinggian 184 cm.

Jejaka yang dilahirkan pada 1979 ini sudah berusia 44 tahun. Dia juga turut muncul dalam filem Seo Bok (2021), Train to Busan (2016), The Suspect (2013) dan banyak lagi filem-filem terkenal Korea Selatan.

Baca lagi: 11 Kdrama Yang Sangat Underrated Tapi Sebenarnya Sangat Menarik
Baca juga: 10 Kdrama Tema Undang-Undang Paling Top, Berkisar Misteri Jenayah dan Pembunuhan