Home Movie 20 Filem Seram Thriller Korea Menarik dan Menakutkan

20 Filem Seram Thriller Korea Menarik dan Menakutkan

0

Filem seram thriller Korea telah wujud sejak awal-awal tahun sejak terciptanya pawagam Korea, namun pada penghujung 1990-an genre itu mula mengalami pembaharuan.

Kebanyakan filem seram thriller Korea cenderung menumpukan kepada penderitaan watak daripada memberi tumpuan kepada aspek seramnya.

Beberapa filem seram thriller Korea juga telah diadaptasi ke dalam filem Hollywood berbahasa Inggeris seperti Oldboy (2003), Into the Mirror (2003), dan A Tale of Two Sisters (2003).

20 filem seram thriller yang disenaraikan dibawah ini mampu membuatkan sesetengah penonton merasa ketakutan, jadi jika anda memang seorang penakut jangan cuba untuk menontonnya sendirian.

 

1. Memento Mori

Filem seram

Seorang pelajar bernama Min Hyo-shin adalah seorang lesbian yang selalu dipandang hina di sekolahnya. Dia juga kerap dibuli sehingga pada akhirnya dia memutuskan bunuh diri dalam keadaan hamil. Sejak kematiannya, sekolah perempuan itu pun seringkali mengalami kejadian aneh.

2. Wishing Stairs (2003)

IMG 9009

Filem seram thriller ini menceritakan tentang sebuah legenda tangga yang dapat mengabulkan permintaan. Legenda tersebut mengatakan bahawa ketika seseorang telah berada di tangga ke 29 maka roh akan mengabulkan permintaan yang diucapkan.

3. A Tale of Two Sister (2003)

IMG 9011Bae Soo Mi dan Bae Soo Yeon telah lama menghabiskan waktu mereka di sebuah rumah sakit jiwa. Mereka kembali ke rumah bersama ayah dan ibu tiri yang kejam. Kematian ibu kandung mereka dan munculnya ibu tiri, membuat Soo Yeon depresi. Tidak berapa lama setelah itu, pelbagai kejadian misteri dan aneh mula berlaku.

4. Bunshinsaba (2004)

IMG 9012Yu Jin dan Ibunya yang buta pindah ke sebuah desa kecil dari Seoul. Di hari pertama di sekolah baru, Yu Jin sering diganggu oleh rakan sekelasnya. Bersama dengan 2 rakannya lain, dia pun menggunakan papan Oujia untuk memanggil roh Bunshinsaba untuk membalas dendam terhadap mereka yang menindas mereka.

5. Dead Friend

IMG 9014

Filem seram thriller ini berfokus kepada seorang pelajar yang menghidap amnesia dan tidak dapat mengingati apapun. Sehingga pada akhirnya, dia pun perlahan dapat mengingati sesuatu bahawa kawan-kawan rapatnya sudah meninggal dunia dan dibunuh oleh roh jahat.

6. Cinderella (2006)

Filem seram thriller

Yoon Hee adalah seorang ahli bedah plastik yang merawat seorang gadis yatim piatu dan mereka hidup saling menyayangi. Tiba suatu hari terjadi kejadian-kejadian aneh. Satu persatu gadis-gadis yang datang melakukan pembedahan plastik mati secara misteri.

7. Muoi (2007)

IMG 9017

Seorang penulis di Korea bernama Yoon He sedang mencari inspirasi baru untuk buku keduanya. Sahabat lamanya yang berada di Vietnam menceritakan tentang Muoi, roh wanita yang hendak membalas dendam kerana merasa telah dikhianati. Hal ini membuat Yoon Hee tertarik dan pergi ke Vietnam.

8. The Evil Twin (2007)

IMG 9019

So Yeon dan Hyo Jin adalah saudara kembar. Suatu hari mereka dikejar sekelompok orang sehingga akhirnya mereka jatuh ke dalam danau. Hyo Jin tidak selamat, sedangkan So Yeon mengalami koma selama 10 tahun. Saat So Yeon sedarkan diri, dia mula bersikap aneh dan kelakuannya seperti kembarnya Hyo Jin yang telah mati.

9. Death Bell

IMG 9020

Filem seram thriller ini menceritakan tentang ujian sekolah yang mendatangkan kematian. Cukup sadis, kerana setiap kali ujian dan ada pelajar yang tidak lulus ujian maka pelajar tersebut pasti  menemui ajalnya. Misteri-misteri mengenai ujian berdarah itu pun sedikit demi sedikit terungkai.

10. Yoga Hakwon (2009)

IMG 9021

Hyeo Jung merupakan seorang host di sebuah program Home Shoping. Dia berhenti kerana telah digantikan oleh wanita yang lebih muda, cantik dan juga langsing. Seorang kawannya pun menyarankan Hyeo Jung untuk mengikuti sebuah kelas yoga. Namun, ternyata kelas yoga ini sangat misteri dan menyimpan rahsia yang mengerikan.

11. A Blood Pledge

IMG 9022

Filem ini menceritakan 4 rakan sekolah yang melakukan perjanjian. Mereka berjanji untuk membunuh diri bersama-sama di hari yang sama. Bahkan, mereka mencatatkan perjanjian tersebut di atas kertas dengan darah mereka sendiri.

12. I Saw The Devil (2010)

IMG 9023

Soo-hyun adalah seorang pegawai NIS. Tunangnya dibunuh oleh pembunuh sadis bernama Kyung-chul, yang juga bekerja sebagai pemandu bas sekolah. Aksi-aksi pemburuan Soo-hyun dan Kyung-chul ini dipenuhi dengan adegan sadis dan kanibalisme.

13. Horror Stories (2012)

IMG 9024

Filem seram thriller ini merupakan filem seram Omnibus yang memiliki 4 jalan cerita, dimana masing-masing cerita tidak ada kaitannya sama sekali. Cerita dimulai dengan kisah seorang pelajar yang diculik oleh seorang pembunuh psikopat.

14. The Wailing (2016)

IMG 9025

Di sebuah desa yang tampaknya damai, kematian misteri tiba-tiba terjadi. Seorang polis bernama Jong Goo menyimpulkan bahawa penyebabnya adalah cendawan liar beracun. Dia pun menyiasat kes tersebut lebih mendalam kerana nyawa anak perempuannya turut terancam.

15. Train to Busan (2016)

IMG 9026

Virus zombie telah menyerang Korea Selatan, sejumlah manusia berjuang untuk bertahan hidup di dalam keretapi dari Seoul ke Busan.

16. The Mimic

IMG 9027

Keluarga Hee Yun baru saja pindah ke sebuah kawasan bukit jauh dari bandar. Ternyata, keluarga tersebut pindah ke lokasi yang berdekatan dengan sarang Harimau Jangsan. Tidak lama setelah itu, mereka mula diganggu oleh makhluk misteri dan banyak mengalami kejadian aneh.

17. 0.0Mhz (2019)

IMG 9028

Filem seram thriller 0.0Mhz diadaptasi dari sebuah Webtoon Korea Selatan karya Jang Jak. Menceritakan bagaimana beberapa pemuda bereksperimen dengan mencuba perkara baru untuk berkomunikasi dengan roh melalui frekuensi gelombang otak manusia menggunakan teori 0.0Mhz. Malangnya ia tidak berhasil, keempat pemuda yang mengikuti eksperimen ini malah ditimpa kejadian aneh. Satu persatu dari mereka mula dirasuk.

18. Warning: Do Not Play (2019)

IMG 9029

Park Mi-jung adalah seorang pengarah filem seram amatur yang sedang mempersiapkan projek terbarunya. Demi mendapatkan inspirasi untuk filem terbarunya, dia pun memutuskan untuk mencari maklumat tentang filem seram terlarang yang berlaku 8 tahun lalu yang diarahkan oleh Kim Jae-hyun.

19. Watching (2019)

IMG 9030

Seorang wanita bernama Young Woo telah diculik oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai sekuriti bernama Joon Ho ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya. Aksi Young Woo untuk melarikan diri malah membuatkan Joon Ho semakin teruja.

https://youtu.be/5rFaz6O9rB8?si=KXfN7bDQ0Udv7ZAx

20. Metamorphosis (2019)

IMG 9031

Keluarga Gang diusik oleh makhluk halus yang mempunyai niat jahat. Makhluk halus tersebut menyerupai salah satu ahli keluarga tersebut sehingga membahayakan nyawa semua yang tinggal di rumah itu.

Okay, setakat itu sahaja senarai pilihan kami untuk anda! Ada yang menarik minat anda?

Baca lagi: 12 Filem Seram Thriller Ini Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Ngeri
Baca juga: 20 Kdrama Seram Mistik Harus Anda Tonton