Home Dari Kisah Benar 12 Filem Seram Thriller Ini Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Ngeri

12 Filem Seram Thriller Ini Diinspirasikan Dari Kisah Benar, Ngeri

0
Filem seram

Filem seram thriller adalah jenis tontonan yang akan membuatkan bulu roma para penonton berdiri tegak. Lebih menarik jika filem tersebut dibuat berdasarkan kisah benar.

Beberapa kejadian mistik yang dialami beberapa orang individu telah dibuat sebagai filem seram thriller untuk menjadi tontonan dan mempamerkan perkara yang sangat mengerikan yang pernah terjadi.

Berikut adalah 12 buah filem seram thriller yang diadaptasi dari kisah benar!

 

IMG 8253

1. The Exorcist (1973)

Filem yang diadaptasi dari novel bertajuk sama ini, mengisahkan tentang seorang gadis yang kerasukan dan disembuhkan dengan cara ritual pengusiran syaitan oleh paderi katolik. Filem seram ini diangkat berdasarkan kisah benar sebuah amalan pengusiran syaitan pada tahun 1949 yang terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 14 tahun.

 

 

2. The Amytiville Horror (1979)

The Amytiville Horror sudah tidak asing lagi buat peminat filem seram dan filem ini merupakan antara filem paling seram sepanjang zaman. Filem ini diadaptasi dari kisah benar di mana keluarga Defeo ditemui mati terbunuh di dalam rumah mereka di Long Island.

 

 

3. The Shining (1980)

Filem yang diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Stephen King ini mengisahkan tentang Jack Torrance yang bekerja sebagai penjaga hotel di Colorado iaitu Overlook Hotel. Sebagai penjaga, dia tinggal di hotel ini bersama isteri dan anaknya. Ditengah-tengah kedamaian hidupnya, dia terpengaruh dengan kuasa ghaib di hotel tersebut. Kisah ini adalah inspirasi kisah benar dari salah sebuah hotel bersejarah iaitu Stanley Hotel.

 

 

4. The Entity (1982)

Filem seram ini dihasilkan berdasarkan sebuah kisah benar kes Doris Bither pada tahun 1974. Dalam fiem ini, diceritakan tentang seorang ibu tunggal yang diperkosa dan diseksa oleh sosok yang tidak kelihatan.
Walaupun kejadian tersebut sukar dipercayai, pelajar dari University of California LA menjadikan kes ini sebagai sebuah bahan kajian.

 

 

5. The Exorcism of Emily Rose (2005)

Seorang gadis yang berasal dari Bavaria bernama Anneliese Michel pada tahun 1952 terpaksa menghadapi perkara paling menyeramkan dalam hidupnya. Dia menjalani ritual pengusiran syaitan untuk menghalau roh jahat dari tubuhnya.

 

 

IMG 8252

6. The Girl Next Door (2007)

Menceritakan tentang seorang gadis remaja bernama Sylvia yang tinggal di rumah Baniszewski. Dalam rumah tersebut, dia mendapat seksaan dan dikunci di ruang bawah tanah. Dia kerap dipukul dan tidak diberi makan hingga Sylvia meninggal dunia akibat pendarahan otak. Kisah tersebut adalah inspirasi dari kisah benar pembunuhan Sylvia Likens pada tahun 1965.

 

 

7. The Strangers (2008)

Filem seram thriller ini mengisahkan tentang 3 pembunuh bertopeng yang menganggu pasangan yang berada di pinggir kota. Kisah tersebut, diadaptasi dari kisah sebenar yang dialami pengarah sendiri, iaitu Bryan Bertino sewaktu dia masih kanak-kanak.

 

 

8. The Haunting in Connecticut (2009)

Filem berdasarkan kisah benar yang dialami oleh Ed dan Lorraine Waren ini, menceritakan tentang sebuah keluarga yang pindah ke sebuah rumah di Connecticut. Dalam keluarga tersebut, terdapat seorang anak lelaki yang menderita penyakit kanser tahap akhir dan kerap menerima mimpi buruk. Ternyata, perkara demikian terjadi pada Matt kerana rumah tersebut dipenuhi oleh roh jahat.

 

 

9. The Possession (2012)

The Possession merupakan filem yang dibuat berdasarkan kisah benar mengenai The Dybbuk Box atau kotak dibbuk yang berhantu. Kotak tersebut ditemui oleh seorang gadis bernama Emily di rumah ayahnya. Kisah ini adalah inspirasi dari cerita rakyat bangsa Yahudi, dimana roh dimasukkan dalam Dibbuk yang mampu merasuk tubuh manusia dan melahap jiwanya.

 

 

10. Sinister (2012)

Filem seram Hollywood ini mengisahkan tentang cerita Ellison, seorang penulis yang mengalami kemerosotan dalam karier, dimana dia memutuskan untuk berpindah ke rumah tempat berlaku kes pembunuhan.
Perpindahan tersebut memberikan idea untuk dia menulis novel. Namun, idea tersebut tidak kunjung tiba, yang ada hanyalah perkara seram dan gangguan aneh.

 

 

Filem seram

11. The Conjuring (2013)

Filem seram dari kisah benar, The Conjuring wajib anda tonton. Dalam kisah cerita ini, diceritakan tentang pasangan paranormal Ed dan Lorraine Waren yang cuba untuk membantu keluarga Peron yang mengalami kejadian aneh di rumah baru mereka. Filem ini dihasilkan berdasarkan pengalaman Ed dan Lorraine sendiri.

 

 

12. Annabelle (2014)

Filem seram ini diadaptasi dari cerita anak patung Annabelle yang mengandungi roh jahat di dalamnya. Dalam filem ini, anak patung Annabelle menggangu pasangan John dan Mia. Setiap kali dibuang atau dibakar, anak patung ini akan terus kembali. Waktu ini, anak patung Annabelle tersimpan semula di museum Ed and Lorraine Warren.

Demikian sahaja beberapa buah filem seram yang diinspirasikan dari kisah sebenar yang dapat anda tonton di beberapa platfrom OTT. Selamat menonton!
Baca lagi: 21 Filem Seram Hollywood Tayang pada 2023, Terbaru Saw X
Baca juga: 14 Filem Seram Menarik Terbitan Hulu