Home Entertainment 21 Filem Seram Hollywood Tayang pada 2023, Terbaru Saw X

21 Filem Seram Hollywood Tayang pada 2023, Terbaru Saw X

0

Filem seram juga merupakan salah satu filem terlaris di Hollywood yang selalu mendapat ramai penonton. Filem-filem seram versi Hollywood juga mempunyai pesona sendiri untuk ‘menghantui’ para peminat setia genre ini.

Bagi anda yang meminati filem seram, berikut adalah senarai filem seram Hollywood yang ditayangkan sepanjang tahun 2023, tayangan di pawagam dah juga platform streaming!

 

1. The Pope’s Exorcist (7 April 2023)

Filem seramThe Pope’s Exorcist adalah filem terbaru Russell Crowe untuk tahun 2023 ini. Filem ini menceritakan tentang Pastor Gabriele Amorth yang menghadapi fenomena-fenomena supernatural dah menyeramkan di Itali. Watak utama ini adalah berdasarkan watak sebenar di dunia nyata!

 

2. M3GAN (4 Januari 2023)

Filem seram Hollywood Filem seram Hollywood ini menceritakan tentang kemungkinan mengerikan jika kita tidak dapat mengawal AI. Robot M3GAN yang dicipta untuk menjadi kawan kanak-kanak hilang kawalan dan menjadi pembunuh kejam.

 

3. Infinity Pool (27 Januari 2023)

3310c677 5814 4add 8082 939373a54912Filem ini pertama kali ditayangkan di Sundance Film Festival 2023. Di Eropah, Infinity Pool tayang secara perdana di 73rd Berlin International Film Festival dalam Berlinale Special section. Memang diperakui oleh para pengkarya filem dunia, filem seram ini memberikan sensasi ngeri yang berbeza!

 

4. Scream VI (10 Mac 2023)

fad5a33b 4473 40b2 8cce c9b87f6ba7a1Filem seram Hollywood Scream akhirnya kembali dengan sekuel ke-6 setelah sekian lama. Kali ini Jenna Ortega adalah salah seorang bintang, menakutkan dan anda pasti menjerit kerana terkejut!

 

5. Evil Dead Rise (5 Mei 2023)

fbf2c03c 11e6 47e2 81cb 74bb6b61b179Filem Evil Dead Rise menceritakan tentang dua beradik yang terpisah dan bersatu kembali. Namun, pertemuan itu dihancurkan keraba iblis merasuk tubuh salah seorang dari mereka. Bertukar sebagai makhluk jahat setelah dirasuk, mereka akhirnya terlibat dengan pertarungan untuk bertahan hidup.

 

6. Talk to Me (23 Ogos 2023)

78064dd1 b970 4202 8024 62e5ec83bb83

Salah sebuah filem seram terbaru A24 ini juga debut di Sundance Film Festival 2022 dan mendapat pujian! Talk To Me menceritakan tentang Mia yang kemurungan selepas kematian mendadak ibunya. Ketika mengetahui cara untuk bercakap dengan makhluk dunia lain, Mia semakin jatuh dalam perangkap iblis.

 

7. Insidious: The Red Door (7 Julai 2023)

ffe5fad8 d5df 4415 8589 897b9d70c5a510 tahun selepas tragedi Insidious 2, Dalton Lambert memulakan kehidupan kampus di pantai timur Amerika Syarikat. Agak berbeza dengan kehidupan pelajar kampus lain, Dalton mendapat gangguan dari iblis dari masa lalunya.

 

8. The Meg 2: The Trench (4 Ogos 2023)

7dd3c893 f21a 4f7e 8ac9 85dac7521473The Meg akhirnya melancarkan sekuelnya. Dalam filem kedua ini, Jonas Taylor dan para penyelidik akan kembali menyelam ke Mariana Trench. Bukan hanya bertemu Megalodon, mereka akan bertemu dengan berbagai-bagai haiwan purba ganas yang lain.

 

9. The Nun II (8 September 2023)

7bdb33d5 3680 4760 9eb0 77f5507e968bMengambil latar waktu tahun 1952 di Eropah, Sister Irene terus mendapat gangguan dari sosok misteri yang menyeramkan. Adakah dia akan berjaya membantu pengusiran syaitan dan menghentikan gangguan seperti dalam filem pertama?

 

10. A Haunting in Venice (13 September 2023)

6f8d046f 9ff3 43dc b3c1 6a8977302a22Walau genre utama filem adalah misteri detektif, namun A Haunting in Venice sarat dengan unsur seram hingga ke penutup filem. Hercule Poirot perlu menyiasat kematian demi kematian misteri di sebuah rumah berhantu di Venice.

 

11. The Exorcist: Believer (13 Oktober)

cb54306e ba5f 4b5e ab5e df30157ef9a5Filem ini merupakan sekuel filem The Exorcist yang sangat leganda pada tahun 1973. Menceritakan tentang seorang gadis berusia 12 tahun yang dirasuk oleh syaitan jahat yang misteri. Ibunya kemudian meminta bantuan dari dua orang pendeta untuk menyelamatkannya.

 

12. Cobweb (9 Ogos 2023)

ba2476a3 b95c 44b0 bf55 9f81575c0a86Peter adalah seorang kanak-kanak lelaki yang selalu dihantui suara-suara misteri dari dalam dinding bilik tidurnya. Namun, kedua-dua orang tuanya selalu mengatakan bahawa itu hanya imaginasinya sahaja. Semakin bertambah rasa takutnya, semakin curiga pula Peter bahawa ayah dan ibunya menyimpan rahsia berbahaya.

13. Cuckoo (tarikh tayang belum diumumkan)

04c17db8 2df9 4c87 ba55 937158e52e42Filem ini mengambil cerita tentang seorang gadis berusia 17 tahun yang dipaksa pindah dengan keluarganya ke sebuah resort. Namun, ternyata banyak kejadian menyeramkan yang menantinya di sana.

 

14. Shelby Oaks (tarikh tayang belum diumumkan)

5a8ef473 030d 4091 9c0b 6859e1be4043Seorang wanita dengan rasa putus asa mencari saudaranya yang telah lama menghilang. Pencarian itu berakhir menjadi obsesi ketika iblis yang selama ini ada dalam imaginasinya mula kelihatan seperti nyata.

 

15. The Strangers (tarikh tayang belum diumumkan)

da06ef2b cd04 4953 8137 3c810ae0f408Kisah ini mengikuti sepasang pelancong muda yang mengembara untuk memulakan hidup baru. Sayangnya, mereka tidak mempunyai pilihan selain menginap di sebuah penginapan di daerah terpencil. Di sana mereka mengalami malam yang menakutkan, menghadapi tiga orang asing yang bertopeng.

 

16. Saw X (11 Oktober 2023)

19e82e64 523e 4dfc b268 20fa50d7f74bSesuai dengan tajuknya, ini adalah sekuel ke-10 bagi francais Saw. Telah disiapkan sejak tahun 2021, Saw X menamatkan proses penggambaran pada Februari 2023. Filem seram ini khabarnya akan ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober 2023.

 

17. Five Nights at Freddy’s (27 Oktober 2023)

8c561c64 97eb 4859 9448 fa3844f1f963Diangkat dari game seram yang popular, adaptasi Five Nights at Freddy’s ini dinantikan oleh ramai peminat setia. Filem seram Hollywood yang dibintangi oleh Josh Hutcherson ini menceritakan tentang pengalaman seorang penjaga malam ketika bertugas di restoran yang dihantui animatronik sadis.

 

18. Salem’s Lot (tarikh tayang belum diumumkan)

94ab3f3d b73b 4de7 962e 0e7ee72ec697Penulis bernama Ben Mears kembali ke rumahnya semasa kecil di Jerusalem’s Lot. Awalnya sekadar untuk mencari inspirasi, rupa-rupanya kampung halamannya diserang oleh vampire.

 

19. The Deliverance (tarikh tayang belum diumumkan)

ebb0078e ac40 4e01 b29e 90a0fef3720dKisah ini tentang sebuah keluarga yang tinggal di Indiana. Mereka menghadapi kejadian-kejadian ghaib yang membuat mereka yakin bahawa rumah tersebut adalah gerbang menuju ke neraka.

 

 

20. It Lives Inside (Oktober 2023)

8ea44f5c 57af 47b2 b8d0 dade7f4e00c0Untuk diterima di sekolah barunya, Sam menolak budaya dan keluarganya yang berasal dari India Timur. Namun, ketika iblis merasuk bekas sahabatnya, dia perlu berdamai dengan identiti asalnya demi mengalahkan makhluk tersebut.

 

21. Sekuel Ghostbusters: Afterlife (20 Disember 2023)

f60fb29f 9b8b 4fa1 b2c5 ca32dd86d92cGhostbuster: Afterlife akan mempunyai sekuel. Walau sudah diumumkan tarikh tayang, namun filem ini belum mempunyai tajuk rasmi. Filem seram Hollywood ini memulakan penggambaran pada 20 Mac 2023.

Peminat-peminat filem seram Hollywood jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem yang tersenarai di atas ya!

Baca lagi: 10 Pilihan Filem Seram India, Pasti Membuatkan Anda Terpaku
Baca juga: 5 Filem Seram Jepun Lagenda, Pasti Mengganggu Tidur Anda