Home Video Jawapan Anak Muda Ini Apabila Ditanya Kenapa Tak Sambung Belajar Buat Ramai...

Jawapan Anak Muda Ini Apabila Ditanya Kenapa Tak Sambung Belajar Buat Ramai Simpati

0

Sekarang ini dilihat ramai anak muda yang terpaksa bekerja keras demi untuk mencari duit bagi membayar yuran pengajian mereka sendiri. Bermacam cara yang digunakan oleh mereka antaranya dengan menjual makanan dari tempat ke tempat.

Seperti apa yang tular di tiktok @ihsan.zainal, dapat dilihat situasi yang mana seorang lelaki sedang memegang beg dan datang dari meja ke meja untul menjual popcorn. Dapat dilihat keikhlasan yang terpancar pada wajah anak muda tersebut ketika berhadapan dengan pelanggan di kedai makan itu. Difahamkan pemilik rakaman ada bertanya kenapa tidak menyambung pelajaran dan jawapan anak tersebut buat ramai yang simpati apabila dia memberitahu dia sedang mengumpul duit untuk membayar yuran.

Bagus dik, nak seribu daya.. umur 19 tahun bila tanya tak sambung belajar? Dia cakap buat masa ni tengah kumpul duit untuk yuran.. terus usaha!

Ramai yang bersimpati dengan anak muda tersebut kerana dia dilihat gigih menjual dengan membuang perasaan malu yang tidak kebanyakan anak muda sanggup melakukan pekerjaan itu.

“paling respect dgn org yang suka berusaha+tak memilih kerja ..janji halal..10 bintang Saya bg kat adik ni”

“acik doakn rezeki adik seperti air yg mengalir.. InshaAllah…usaha lebih dpt lebih”

“sedih la kalau tgk mcm ni..semoga adik dimurahkan rezeki”

“bkan smua org mampu buat MCM adik ni..tahniah adik semoga adik berjaya nnt”

belajar2

Baca juga : Terpaksa Tinggalkan Keluarga Untuk Sambung Belajar Di Mesir, Reaksi Si Bapa Beri Semangat Pula Buat Ramai Sebak

Baca juga : Tiada ‘Teman Lelaki’ Sehingga Tamat Belajar, Reaksi Bapa Buat Perjanjian Untuk Anak Perempuan Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip rakaman tersebut di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Lihat juga komen netizen :

@tisya . : berapa ringgit kak popcorn dia , pekat betup kuning popcorn dia mesti sdap

@Yus Dzul : Antara cara belajar bisnes….. buang malu dan belajar cara interaksi dgn cust

@norhafizahmahussin : ank sulung Sy pun sblum belajar kerja kilang…klu cuti sem lama dia keje kantin sek..ibu terlalu bangga dgn kakak…aien

@Ayam gepuk lover : Aku kalau approach baik-baik sopan macam ni aku dengar and tolong je. Sebab kita tahu beratnya nak tebal muka approach orang macam ni

@rosesaad : semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah..bila bergelar ibu…bergenang air mata bila lihat seprti nie..Ank pun nk habiskan alam sekolah..

@Cik izzah : bagus dia.. ni lrr ciri2 org yg hebat .. sape yg nk kawen tu ordeer le popcorn adik ni support dia

@Leya Amylea : sumpah sedap popcorn mad nie…korang try la…x rugi beli…caramel x kedekut…x cukup 1 klo beli

@poknick7 : perjalanan mcm azri walter.terbaik.tk mustahil jadi motivasi mcm azri walter kelak

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram