Home News Antara 10 Pilihan Filem Korea Terbaik yang Perlu Anda Tonton Semula

Antara 10 Pilihan Filem Korea Terbaik yang Perlu Anda Tonton Semula

0

Sejak awal 2000-an, filem Korea Selatan mula menarik perhatian dunia. Pada masa ini, filem dan siri Korea Selatan telah menjadi bahagian penting dalam industri hiburan global, terutamanya di Asia.

“Hallyu”, sebagai gelombang baru budaya pop Korea dikenali, tersebar dengan pantas terutamanya selepas filem “Parasite” memenangi Oscar dan beberapa anugerah antarabangsa.

Filem terbitan Korea Selatan terkenal sejak beberapa dekad lalu. Berikut adalah antara beberapa pilihan filem Korea terbaik yang pernah menjadi popular di seluruh dunia yang perlu anda tonton.

 

1. A Moment to Remember

ac284cd4 0f1a 4688 9733 609744b84853Filem A Moment to Remember menggambarkan pentingnya menghargai setiap detik dalam kehidupan. Kisahnya bermula ketika Cheol-su dan Su-jin bertemu secara tidak sengaja dan jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, kebahagiaan mereka diuji ketika Su-jin mengalami penyakit Alzheimer.

Cheol-su dan Su-jin berjuang meneruskan hubungan mereka di tengah-tengah perjuangan penyakit Su-jin. Cheol-su berjuang dan mencuba untuk mencipta detik berharga buat Su-jin. Sementara itu, Su-jin berjuang untuk mengingati kenangan mereka bersama.

Filem Korea yang pasti akan membuatkan anda menangis ini memberikan pengajaran tentang pentingnya kekuatan cinta dalam kehidupan.

 

2. Train to Busan

1b10272a c1bd 45d9 8a57 7d525ec68720 1Train to Busan menceritakan tentang perjuangan seorang bapa dalam bertahan hidup melawan sekumpulan zombie dalam keretapi menuju ke Busan. Tujuan utama Seok Woo adalah untuk menemui isterinya yang berada di Busan. Sebuah peristiwa yang tidak pernah dibayangkan terjadi. Perjalanan Seok Woo dan anaknya berubah menjadi mimpi ngeri kerana terjebak dalam serangan zombie.

Baca juga: Hanya Enam Filem Korea Ini Untung Besar di Pawagam Sepanjang Tahun 2023

3. Miracle in Cell No. 7

2afe1516 4b7f 4ddf 9021 f01ffdf4991cMiracle in Cell No. 7 merupakan adaptasi daripada sebuah filem Turki dengan tajuk yang sama. Filem Korea sedih ini menceritakan tentang kehidupan Lee Yong-gu, seorang ayah yang memiliki masalah mental, dan anak perempuannya yang bernama Ye-seung.

Kehidupan mereka tiba-tiba berubah apabila Lee Yong-gu dituduh melakukan pembunuhan kemudian dipenjarakan dan berpisah dengan anak kesayangannya. Di dalam penjara, dia mengalami kesukaran untuk bergaul dan hidup dalam suasana penjara. Nasib menyebelahinya apabila dia akhirnya boleh berkawan dengan para banduan lain dan mereka membantunya dalam berbagai-bagai cara.

Filem ini akan membuat para penonton menitiskan air mata ketika menyaksikan hubungan Lee Yong-gu dengan Ye-seung. Ye-seung sangat merindui ayahnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah.

 

4. Oldboy

28a67896 5167 45ae 9cb4 11e7b47dc491Oldboy merupakan filem thriller Korea Selatan garapan pengarah Park Chan Wook. Filem dengan tajuk asal Oldeuboi ini merupakan sebahagian dari trilogi Vengeance.

Cerita filem ini mengikuti watak Oh Dae Su yang terjebak dalam sebuah perangkap penculikan misteri selama 15 tahun tanpa tahu alasan di sebalik jenayah tersebut. Setelah dibebaskan secara tiba-tiba, dia berusaha menyiasat siapakah yang bertanggung jawab atas penculikannya dan membalas dendam.

Baca lagi: 12 Filem Korea Ini Sangat Memukau, Antara Yang Terbaik Sepanjang Zaman

5. Along with the Gods: the Two Worlds

52819dca 7039 45b9 b10d 5c93e4d12f43Anda yang sukakan genre fantasi dan berminat tentang kehidupan selepas mati, filem ini sangat sesuai untuk anda. Along with the Gods: The Two Worlds adalah filem yang mengisahkan tentang kehidupan Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun) selepas kematian merenggut hidupnya. Selepas meninggal dunia, dia ditemani oleh tiga malaikat untuk melalui tujuh neraka.

Filem ini juga mempunyai beberapa adegan aksi melawan para iblis yang membuatkan cerita ini lebih menarik untuk ditonton.

 

6. A Taxi Driver

62d86361 17d0 4ca3 8128 3408481315ccA Taxi Driver menceritakan tentang pemberontakan yang terjadi di Gwangju pada tahun 1980. Filem ini benar-benar diambil dari kisah benar tentang seorang wartawan dan pemandu teksi yang tidak tahu menahu kejadian sebenar yang berlaku di Gwangju. Dengan kemasan filem yang menarik, filem ini telah berjaya menarik hingga 12 juta orang penonton.

 

7. My Annoying Brother

5a2067c7 3815 4fd2 a004 45dc9043061cSewaktu anda menonton filem ini, anda pasti akan setuju bahawa kedua-dua pelakon utamanya memiliki keserasian yang kuat sebagai abang dan adik. Jo Jung Suk, yang membawa watak sebagai seorang abang, sekalipun kelihatan seperti bodoh-bodoh alang, tetapi dia benar-benar menjaga adiknya yang cacat penglihatan dan membuatnya boleh menikmati dunia sewajarnya.

Bukan sekadar babak yang mengganggu emosi, tetapi juga kejadian lucu yang mengundang tawa. Hampir 3/4 adegan dalam filem ini memang boleh membuat anda menangis teresak-esak.

 

8. Parasite

FilemParasite sebuah filem yang bercerita tentang kritikan sosial masyarakat. Filem ini merupakan kisah tentang sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua orang anak remaja mereka. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah melipat kotak-kotak pizza. Upah dan bayaran yang tidak seberapa sememangnya amat memeritkan kehidupan mereka. Satu kesempatan telah merubah segalanya.

Anak lelaki keluarga itu mendapat peluang untuk menyamar sebagai guru tuisyen Bahasa Inggeris kepada seorang anak dari keluarga kaya-raya. Sejak hari itu kehidupan mereka berubah dan mereka mula berkomplot untuk masuk dalam kehidupan keluarga kaya-raya tersebut. Penyamaran-penyamaran yang mereka lakukan bakal menjerat kehidupan.

 

9. My Sassy Girl

7fea0c02 675d 463b ade1 e10165bfe052Filem My Sassy Girl yang ditayangkan pada tahun 2001 ini disebut-sebut sebagai filem Korea terbaik untuk genre romantik. Filem yang diangkat dari kisah benar ini menampilkan jalan cerita yang sangat menarik dan unik untuk ditonton.

Filem ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang menjalani kehidupannya dengan normal hingga dia bertemu dengan seorang gadis mabuk di dalam keretapi dan telah mengubah hidupnya 100%.

 

10. Pawn

Filem koreaFilem korea Paw berlatarkan Incheon, Korea Selatan pada tahun 1993. Doo Suk (Sung Dong Il) dan Jong Bae (Kim Hee Won) bekerja sebagai pengutip hutang. Pada suatu hari, mereka berjumpa dengan Myung Ja (Yunjin Kim) untuk mengutip hutang.
Tanpa disangka, Myung Ja memberikan anaknya yang masih kecil, Seung Yi (Park So Yi) sebagai jaminan.

Myung Ja adalah seorang pendatang haram dan dia dikeluarkan dari Korea Selatan. Secara terpaksa Doo Suk dan Jong Bae menjadi penjaga Seung Yi. Kedua-dua lelaki dan anak kecil itu akhirnya membentuk ikatan seperti sebuah keluarga sewaktu mereka hidup bersama. Kini, Seung Yi (Ha Ji Won) sudah meningkat dewasa.

Demikian sahaja antara 10 filem Korea terbaik yang boleh anda tonton semula, pastinya terdapat banyak lagi filem Korea yang hebat dan terbaik yang boleh anda tonton selain filem-filem ini. Pilihan yang banyak pasti memeningkan kepala bukan? Apa kata anda cuba tonton dahulu senarai yang kami berikan di atas tersebut! Selamat menonton!

Baca lagi: Merupakan Antara Pelakon Paling Berkarisma di Korea, Berikut 8 Kdrama Terbaik Park Hee Soon
Baca juga: 6 Pilihan Drama Korea Misteri Terbaik tentang Jenayah, Penuh Debaran dan Persoalan