Home Artis Korea Merupakan Antara Pelakon Paling Berkarisma di Korea, Berikut 8 Kdrama Terbaik Park...

Merupakan Antara Pelakon Paling Berkarisma di Korea, Berikut 8 Kdrama Terbaik Park Hee Soon

0

Pelakon senior yang dilahirkan pada 1970 ini merupakan lulusan Seoul Institute of Arts dengan menggenggam ijazah dalam jurusan teater. Berbekalkan ilmu yang dimilikinya, Hee Soon terjun ke dunia seni lakon sejak tahun 1994 dan terus bersinar hingga ke hari ini.

Pengalamannya berlakon di layar perak memberinya kelebihan kerana Park Hee Soon diberi kepercayaan untuk membawa watak-watak penting dalam beberapa buah kdrama siri Korea.

Kdrama lakonan Park Hee Soon masih tidak terlalu banyak kerana pelakon ini lebih aktif berlakon filem. Berikut ini adalah antara 8 drama Korea terbaik lakonan Park Hee Soon.

 

1. My Name

PelakonPesona Park Hee Soon sebagai Choi Moo Jin dalam kdrama My Name (2021) berjaya menarik perhatian ramai penonton wanita.
Tidak memerlukan banyak dialog, kemunculannya membuatkan suasana tertekan dalam drama itu meningkat kerana watak bengisnya yang sangat terserlah.

Watak Moo Jin boleh dikatakan sebagai watak paling ikonik dalam My Name (2021). Drama ini mengisahkan tetang kesedihan seorang gadis bernama Yoon Ji Woo yang mendapati ayahnya, Yoon Dong Hoon telah dibunuh oleh lelaki misteri.

Moo Jin yang mengaku sebagai sahabat ayahnya, mengatakan bahawa pembunuh Dong Hoon adalah dikalangan anggota polis. Moo Jin ‘menyiapkan’ Ji Woo untuk menjadi anggota polis untuk membalas dendam, tetapi kemudian fakta mengejutkan terungkap satu demi satu.

 

2. Trolley

Park Hee SoonTrolley (2022), dibintangi bersama Kim Hyun Joo dan Kim Mu Yeol. Pelakon ini membawa watak sebagai Nam Joong Do; seorang anggota wakil rakyat yang sangat berkarisma. Nam Joong Do berkahwin dengan Kim Hye Joo, yang merupakan pemilik kedai membaik pulih buku. Kim Hye Joo dalam diam menyembunyikan rahsia masa lalunya.

 

3. Beautiful World

Kdrama

Membawa watak sebagai Park Moo Jin, seorang bapa yang juga merupakan seorang guru Fizik, dia berusaha mencari kebenaran dan menegakkan keadilan buat anak lelakinya. Moo Jin dan isterinya Kang In Ha yang mengusahakan kedai roti dengan label nama anak-anak mereka sedang berjuang demi anak kesayangan mereka iaitu Park Sun Ho.

Sun Ho baru sahaja berpindah ke sekolah yang baru, tetapi sebuah insiden membuatkan hidupnya dan hidup keluarganya berubah. Dia berada dalam keadaan di antara hidup dan mati, sementara itu bapa, ibu dan adiknya tidak henti-henti berjuang demi mendapatkan kebenaran.

 

4. Missing Noir M

577334f7 f389 4a86 b439 7bf0bce6379bMissing Noir M (2015) menyaksikan Park Hee Soon membawa watak sebagai seorang detektif iaitu Oh Dae Young yang ditugaskan dalam tugas khas mencari orang-orang hilang. Bagi menjalankan tugas khas tersebut, Dae Young tidak sendirian kerana dia bekerja sama dengan ketua pasukan, Gil Su Hyeon, yang sangat genius.

Su Hyeon pernah bekerja dengan FBI sebelum memutuskan untuk kembali ke Korea. Kerjasama yang terjalin antara Dae Young dan Su Hyeon sangat menarik kerana kedua-duanya mempunyai perwatakan yang berbeza.

 

5. Dr. Brain

67508811 d4c2 4600 9359 2b305099c4f0Sewon adalah seorang saintis otak yang genius. Hidupnya berubah semenjak keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan misteri. Menggunakan kebolehannya, Sewon menemui sebuah teknologi baru yang dapat mengakses ingatan manusia. Dia melakukan sinkroni otak dengan anggota keluarganya yang telah meningggal. Tujuannya untuk menyiasat dan mengumpulkan bukti mengenai kemalangan keluarganya.

 

6. Evasive Inquiry Agency

a5363265 ced0 4761 9fad 0be83caf4a00Evasive Inquiry Agency (2007) merupakan kdrama Park Hee Soon yang pertama dibintanginya. Park Hee Soon merupakan salah satu watak utama bersama Lee Min Ki, Ye Ji Won, Ryu Seung Soo dan Lee Eun Sung.

Kdrama ini menceritakan tentang seorang jurulatih taekwondo bernama Moo Yeol yang jatuh cinta pada seorang gadis bernama Eun Jae. Moo Yeol jatuh cinta pandang pertama sewaktu Eun Jae datang ke tempatnya untuk meminta bantuan. Bantuan yang diminta Eun Jae pada Moo Yeol cukup unik kerana dia meminta pertolongan untuk mencari harta karun.

Bersama beberapa orang yang lain, mereka berkumpul di sebuah pejabat yang kosong. Di sana tanpa disangka mereka menemui mayat di ruang bawah tanah.

 

7. All About My Romance

dc3c3e14 aee2 4e9c 9f14 4117df2ef10dKim Soo Young adalah wakil rakyat yang baru sahaja dilantik. Dia sebelum ini bekerja sebagai hakim. Soo Young memutuskan untuk terjun ke dunia politik selepas mendapat tekanan dari orang atasannya. Berada di dunia politik, Soo Young bertemu dengan wakil rakyat lain, No Min Young, yang terjun ke dunia politik selepas kematian adiknya.

 

8. A Model Family

DramaKembali membawa watak sebagai pengedar dadah, penampilan Park Hee Soon dalam kdrama A Model Family (2022) tampak sangat ‘berbahaya’ sama seperti penampilannya dalam My Name (2021).

Sangat ikonik dengan tatapan matanya yang mendalam, pelakon ini berjaya membuatkan penonton terpikat. Park Hee Soon membawa watak sebagai Ma Kwang Chul.

Perniagaan haram Ma Kwang Chul sebagai pengedar dadah kucar-kacir kerana duit hasil jualan telah dibawa lari oleh seorang lelaki bernama Park Dong Ha. Dong Ha menemui duit tersebut secara tidak sengaja, tetapi karena terdesak, dia memilih membawa pulang duit itu dan menyimpannya. Dong Ha tidak menyangka duit itu akan membawanya dalam masalah dan bencana yang menakutkan.

Jadi, kdrama lakonan Park Hee Soon yang manakah yang paling menarik minat anda? Jika anda belum berkesempatan untuk menonton kdrama ini semua, jangan lupa lupa untuk mencari masa terluang untuk menonton drama-drama di atas kerana pastinya anda tidak akan menyesal!

Baca lagi: 10 Watak Dalam Kdrama Ini Balas Dendam Sewaktu Menjelajah Masa
Baca juga: Masihkah Anda Ingati 8 Drama Korea Lagenda Ini? Menggamit Kenangan