Home Kdrama/Kmovie Masihkah Anda Ingati 8 Drama Korea Lagenda Ini? Menggamit Kenangan

Masihkah Anda Ingati 8 Drama Korea Lagenda Ini? Menggamit Kenangan

0

Populariti drama Korea di Asia Tenggara sudah bermula sejak awal tahun 2000an dan penghujung tahun 90an. Walaupun pada waktu itu akses untuk menonton drama Korea hanya di televisyen, namun euforia menonton drama Korea sangat ramai sama seperti sekarang.

Berikut ini adalah 8 drama Korea legenda yang disiarkan di stesen tv pada zaman awal-awal populariti drama Korea!

1. WINTER SONATA

b8d094cd 2c89 4e92 9f3c 6864859f510bMasih ingatkah dengan drama siri dari Korea Selatan yang menjadi fenomenal suatu ketika dulu iaitu Winter Sonata?

Peminat-peminat Winter Sonata pasti masih teringat wajah-wajah para pelakon yang pernah menghiasi kaca televisyen masing-masing berpuluh tahun dahulu.

Tajuk drama siri ini tidak asing lagi di telinga para peminatnya sendiri. Winter Sonata adalah antara perintis demam Kdrama di Malaysia. Siri drama ini merupakan salah satu drama yang berjaya mengangkat nama industri seni Korea Selatan di negara kita.

Kegemilangan Winter Sonata terbukti apabila pada awal tayangannya pada tahun 2002, drama ini terus menjadi popular di seluruh negara-negara Asia. Memang melekat lagi jalan cerita dan wajah-wajah para pelakon dalam ingatan setiap peminat setia drama siri ini.

Winter Sonata yang merupakan drama bergenre romantik dan menyentuh hati ini, para penonton disajikan dengan kehebatan lakonan para pelakon yang kini sudah mendapat gelaran pelakon veteran di Korea Selatan.

 

2. BOYS OVER FLOWERS

fd99a81e e4f8 4c75 9cf3 c4a1afc487e3Sementara itu, Boys Over Flowers juga merupakan Kdrama yang wajib ditonton dan akan membuat peminat dan penonton setia bernostalgia. Siri drama ini boleh ditonton di iQIYI, Netflix, VIU, dan Bilibili TV.

Kisah gadis miskin yang bertemu empat lelaki tampan dan kaya raya di sekolah terkenal. Lee Min Ho dan Goo Hye Sun membawa watak utama juga menjadi faktor mengapa Kdrama ini wajib ditonton sekali lagi.

 

3. AUTUMN IN MY HEART

40bdc812 e481 44c2 a89d 64fa19c090e6Drama Korea seterusnya ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Eun Suh, Yoon Suh dan Tae Suk. Drama ini dimulakan dengan pertukaran tag nama bayi yang mengakibatkan Eun Suh dijaga oleh sebuah keluarga yang bukan keluarga kandungnya.

Akhirnya kesilapan ini diketahui oleh keluarganya kerana jenis darahnya berbeza dengan ahli keluarganya, perkara ini membuatkan kedua-dua ibu bapanya mencari siapakah ibu bapa kandung Eun Suh.

 

4. THE HEIRS

a60f335f ddc9 4efb 90e8 1775c5d0597bMenceritakan tentang kisah kehidupan pelajar sekolah yang bersekolah di Jeguk Group. Sekolah ini merupakan sekolah milik keluarga Kim Tan yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar dengan latar belakang yang kaya raya.

Cha Eun Sang mendapat biasiswa untuk bersekolah di Jeguk Group, walaupun berkali-kali dia menolak kerana dia tahu bahawa sekolah itu merupakan sekolah anak-anak orang kaya, dia akhirnya terpaksa bersekolah di situ kerana paksaan dari ibunya.

Selain menceritakan kehidupan para pelajar disana, drama ini juga menampilkan banyak babak romantik dan situasi keluarga setiap watak yang sangat rumit.

 

5. YOU ARE BEAUTIFUL

190a18e8 c381 42ca 8c44 d444185a2f1fMengisahkan tentang penyamaran Go Min Nyu seorang biarawati yang menjadi saudara kembarnya bernama Mi Nam untuk menjadi anggota kumpulan muzik, saudaranya terpaksa pergi ke Amerika untuk melakukan rawatan mata. Namun penyamarannya gagal kerana dia jatuh cinta kepada rakan satu kumpulannya yang bernama Hwang Tae Kyung.

 

6. COFFEE PRINCE

3fc1afaf 0e23 4e6f bdc9 e2be92ea3816Kdrama Coffee Prince telah memperkenalkan Gong Yoo dan Yoon Eun Hye hingga nama mereka dikenali seperti sekarang.

Drama Korea ini menceritakan tentang pemilik cafe yang jatuh cinta kepada pekerjanya. Pada awalnya Han Gyul menyangka bahawa Eun Chan adalah seorang lelaki kerana penampilannya yang sangat tomboy.

Han Gyul merekrutnya kerana ingin mengambil lelaki tampan sahaja bekerja di kafe miliknya. Walaupun menyembunyikan jantina asalnya, Eun Chan tetap bekerja di kafe tersebut demi mendapatkan duit.

 

7. MY LOVE FROM THE STAR

88f28c26 7a16 4670 b556 46e20faabdefMenceritakan tentang Do Min Ju, makhluk asing yang sudah hidup di bumi lebih dari 350 tahun dan setia menunggu masa untuk kembali ke dunianya.

Di akhir waktunya untuk kembali ke dunianya, dia jatuh cinta dengan seorang pelakon terkenal yang bernama Lee Seung Yi. Seung Yi merupakan kelahiran semula seorang gadis yang pernah ditemuinya sebelum ini.

 

8. PINOCCHIO

Drama koreaDrama ini menjadi permulaan untuk Lee Jong Suk mencipta nama di Asia Tenggara.

Menceritakan tentang kisah Choi Dal Po yang dijaga oleh seorang datuk yang tua karena keluarganya menjadi mangsa kebakaran. Dia membesar bersama Choi In Ha yang mempunyai keunikan iaitu akan mengalami sedu setiap kali berbohong. Mereka membesar dan menjadi wartawan di dua stesen yang berbeza.

Demikian sahaja antara 7 pilihan drama Korea lagenda yang pernah menghiasi hari-hari kita pada suatu masa dahulu. Masihkah anda ingat?

Baca lagi: 6 Pilihan Drama Korea Misteri Terbaik tentang Jenayah, Penuh Debaran dan Persoalan
Baca juga: Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan Rating Tertinggi Di MyDramaList