Home Kdrama/Kmovie Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan...

Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan Rating Tertinggi Di MyDramaList

0

Kdrama dengan genre seram ghaib atau “supernatural” jarang dapat dihasilkan, tidak seperti genre thriller, aksi, romantik dan komedi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil inilah yang membuatkan genre ini menjadi lebih menonjol dan sering meraih rating tinggi.

Sepanjang 10 tahun yang lalu dari tahun 2014 sehingga 2023, terdapat sekurang-kurangnya 10 kdrama seram ghaib dan thriller misteri yang sangat popular di kalangan peminat kdrama, seperti yang ditunjukkan di laman web MyDramaList.

Berikut dibawah ini adalah 10 kdrama dengan genre seram ghaib dan thriller misteri yang dinilai tertinggi dalam dekad yang lalu di MyDramaList.

1. Kingdom (2019-2020)

Seram ghaib

Kingdom ialah drama tema sageuk bergenre seram ghaib dengan rating tertinggi di MyDramaList dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Rating musim 1 ialah 8.8/10 daripada 34,746 pengguna, manakala musim 2 meningkat kepada 8.9 daripada 25,205 pengguna.

Kingdom menyajikan kisah kegelapan tentang kengerian wabak penyakit yang turut menjangkiti raja. Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji-hoon) kemudian cuba menyiasat dan mengatasi wabak yang serupa dengan serangan zombi. Bukan setakat wabak yang membunuh sahaja membuatkan kerajaan mereka menjadi huru hara, nampaknya ini masih berkaitan dengan tipu daya perebutan kuasa. Kingdom disiarkan di Netflix.

 

2. The Guest (2018)

IMG 9246

Kdrama seram ghaib daripada OCN ini sememangnya salah satu siri yang cukup meninggalkan kesan kepada para peminatnya. Drama ini meraih rating 8.7 daripada 13,416 pengguna MyDramaList.

Ceritanya tentang Yoon Hwa-pyung (Kim Dong-wook), seorang budak lelaki dari keluarga keturunan bomoh yang boleh melihat roh dan hantu. Dia kemudiannya dirasuk oleh roh bernama Park Il-do. Dalam tempoh itu, pelbagai kejadian dahsyat berlaku. Sementara itu, terdapat juga seorang detektif yang tidak mempercayai perkara ghaib yang terlibat dalam kes ini. Siri ini boleh ditonton di Netflix.

 

3. Revenant (2023)

IMG 9247

Kdrama seram ghaib yang mendapat rating tertinggi pada 2023 di MyDramaList ialah Revenant. Skor itu dicatatkan pada 8.7 daripada 8,737 pengguna.

Revenant mengisahkan seorang gadis yang terikat dengan roh jahat. Dia ialah Ku San-young (Kim Tae-ri) yang kemudiannya menyedari dirinya dapat melihat hantu. Untuk menghilangkan roh itu, dia harus mencari tahu asal usul hantu itu dengan dibantu oleh profesor Yeom Hae-sang (Oh Jung-se). Detektif Lee Hong-sae (Hong Kyung) mengesyaki San-young sebagai pelaku pembunuhan itu. Siri ini boleh ditonton di Disney+ Hotstar.

 

4. The Mysterious Class (2021)

IMG 9248

Seterusnya ialah kdrama yang dibintangi oleh ahli kumpulan idola K-pop TREASURE, terbitan YG Entertainment. Siri ini menerima rating 8.4 daripada 2,744 pengguna.

The Mysterious Class mengisahkan tentang 12 pelajar di sebuah sekolah lelaki yang melakukan ritual menyeru roh. Rupa-rupanya, selepas itu, mereka menyedari ada seorang pelajar yang tidak dikenali di dalam kelas mereka. Drama dengan 8 episod yang menarik ini boleh ditonton di saluran YouTube TREASURE.

 

5. Night Has Come (2023)

IMG 9250

Kdrama “Night Has Come”, menampilkan genre thriller, seram dan misteri ini baru sahaja menamatkan siarannya pada 20 Disember 2023. Ratingnya ialah 8.2 daripada 975 pengguna MyDramaList.

Night Has Come mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah dalam satu kelas sedang melakukan lawatan ke sebuah gunung di tempat yang terpencil. Tetapi apabila mereka tiba di sana, satu kuasa misteri memaksa mereka bermain permainan mafia. Setiap malam pasti ada pelajar yang mati dengan mengerikan sebelum pelajar itu menemui “mafia” yang bersama mereka.

 

6. Bring It On, Ghost (2016)

IMG 9251

Walaupun bergenre seram ghaib, drama ini sebenarnya berunsurkan komedi romantik. Ratingnya ialah 8.1 daripada 37,985 pengguna.

Bring It On, Ghost mengisahkan Park Bong-pal (Ok Taec-yeon), seorang pelajar yang boleh mengusir roh jahat, dan disebabkan kebolehan istimewanya itu, dia memilih untuk hidup menyendiri. Kisahnya bertambah menarik apabila dia bertemu dengan Kim Hyun-ji (Kim So-hyun) yang boleh melihat hantu. Mereka berdua kemudiannya bekerjasama untuk menjadi pemburu dan pengusir roh jahat. Drama ini boleh ditonton di WeTV.

 

7. The Village: Achiara’s Secret (2015)

IMG 9252

Berikutnya ialah kdrama seram daripada SBS bertajuk The Village: Achiara’s Secret. Ia meraih rating 7.8 daripada 4,952 pengguna MyDramaList.

Gelaran Achiara merujuk kepada latar dalam siri ini iaitu sebuah perkampungan kecil yang sunyi dan aman serta jauh dari jenayah. Tetapi pada suatu hari pada hari pertama persekolahan, seorang guru bahasa Inggeris bernama Han So-yoon (Moon Geun-young) menemui mayat misteri. Dia kemudian membantu polis Park Woo-jae (Yook Sung-jae) membongkar kes ini. Dari sini, rahsia gelap Kampung Achiara pun mula terbongkar. Siri 16 episod ini boleh ditonton di Bilibili.

 

8. The Cursed (2020)

IMG 9253

Satu lagi kdrama seram ghaib tentang bomoh. The Cursed menerima rating 7.8 daripada 2,572 pengguna.

Kisahnya tentang Baek So-jin (Jung Ji-so), seorang pelajar sekolah menengah yang boleh membuat orang mati hanya dengan menggunakan nama, foto atau barang yang mereka miliki. Dia kemudiannya bertemu dan bekerjasama dengan Im Jin-hee (Uhm Ji-won), seorang wartawan yang sedang menyiasat kes yang melibatkan syarikat IT terbesar di Korea Selatan. Drama ini boleh ditonton di Netflix.

 

9. The Ghost Detective (2018)

IMG 9254

Siri seram ghaib thriller misteri ini disiarkan di Viu. Ratingnya ialah 7.7 daripada 3,843 pengguna.

Ia mengisahkan tentang detektif pemburu hantu Lee Da-il (Choi Daniel) yang sedang menyiasat sebuah kes pembunuh bersiri misteri. Dalam setiap kes yang dikendalikannya, seorang gadis misteri berpakaian merah sentiasa muncul di tempat kejadian. Sementara itu, dia turut membantu menyelesaikan kes pembantunya yang kematian adik beradiknya secara misteri.

 

10. Nightmare Teacher (2016)

IMG 9255

Siri ini meraih rating 7.6 daripada 8,412 pengguna di MyDramaList.

Drama Korea seram misteri dengan rating tertinggi di MyDramaList ini mengisahkan tentang pelajar yang cuba menyelesaikan misteri tentang guru mereka yang sangat menakutkan. Guru itu ialah Han Bong-gu (Uhm Ki-Joon), seorang guru ganti yang setiap kali murid berhadapan dengannya, murid itu akan hilang serta-merta. Siri ini turut dibintangi oleh Kim So-hyun, Lee Min-hyuk, Seo Shin-ae, dan Kim Da-ye. Siri ini boleh ditonton di Bilibili.

Demikian sahaja 10 senarai Kdrama seram ghaib dan thriller misteri dengan rating tertinggi di MyDramaList sepanjang 10 tahun ini. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 3 Filem Seram Korea Ini Dikatakan Antara Yang Paling Mengerikan, Benarkah?
Baca juga: 8 Drama Korea Genre Seram Thriller 2023, Digabungkan dengan Misteri, Fantasi dan Jenayah