Home Kdrama/Kmovie 6 Pilihan Drama Korea Misteri Terbaik tentang Jenayah, Penuh Debaran dan Persoalan

6 Pilihan Drama Korea Misteri Terbaik tentang Jenayah, Penuh Debaran dan Persoalan

0

Drama-drama Korea misteri tentang jenayah merupakan salah satu tontonan yang membuatkan para penonton selalu tertanya-tanya.

Drama Korea misteri berkisarkan tentang jenayah ini akan menimbulkan rasa ingin tahu dan sangat menarik untuk ditonton.

Berikut ini adalah beberapa pilihan drama Korea misteri terbaik yang memaparkan kisah jenayah yang penuh misteri dan sangat mendebarkan!

 

Mouse

a438bd67 7abe 41bd b73a 8764c0eb4970Mouse merupakan drama korea misteri yang hangat dibincangkan di sosial media selama penayangannya. Drama ini menceritakan tentang watak utama yang merupakan seorang psikopat.

Jung Ba Reum, watak utama yang menjalani kehidupannya dengan bekerja sebagai polis. Dia dikenali sebagai seorang pemuda yang ramah dan baik budi pekerti. Menariknya, tidak seperti drama-drama lain, Mouse menampilkan episod istimewa yang bertajuk Mouse : The Predator yang mana dalam episod ini diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza.

Sepanjang episod Mouse, cerita mengalir berdasarkan sudut pandangan Go Mu Chi, pegawai atasan Jung Ba Reum yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan berusaha menangkap pembunuh sebenar. Sedangkan dalam Mouse : The Predator, sudut pandangan diambil dari cerita Jung Ba Reum sebagai seorang psikopat.

Dalam episod ini, penonton akan melihat tentang proses Jung Ba Reum membunuh setiap mangsanya. Seorang psikopat biasanya akan menjadi watak antagonis, namun dalam drama Mouse, psikopat menjadi watak protagonis dan anda akan melihat mengapa dan bagaimana seorang manusia hidup tanpa mempunyai emosi dalam diri, serta faktor-faktor yang menjadikan Jung Ba Reum seorang pembunuh.

 

Stranger

64a5dc39 6c45 4a71 b122 4c061b2f843aDrama Korea misteri iaitu Stranger atau dikenali juga dengan tajuk Secret Forest menceritakan tentang Hwang Shi-mok iaitu seorang pendakwa raya yang mempunyai sejenis penyakit yang membuatnya tidak memiliki sebarang emosi dan rasa sakit.

Shi-mok perlu bekerjasama dengan seorang pegawai polis yang bernama Han Yeo-jin untuk membongkar kebenaran di sebalik kes rasuah dalam jabatan pendakwa raya dan juga jabatan pihak polis. Mereka berdua mendapati bahawa kes rasuah tersebut melibatkan beberapa orang yang sangat berpengaruh.

 

Partner for Justice

Drama korea misteri

Partner for Justice merupakan drama Korea misteri tentang jenayah yang sangat mendebarkan. Bahagian forensik adalah salah satu jabatan yang mempunyai peranan penting dalam mengungkap penyebab sebenar kematian seseorang.

Dengan adanya penemuan oleh mereka akan menentukan siapakan mangsa dan juga boleh memudahkan pihak polis untuk mencari penjenayah sebenar. Pakar forensik dengan dan juga pendakwa raya muda merupakan kombinasi yang hebat walau sebenarnya mereka berdua mempunyai sikap yang jauh berbeza.

 

Beyond Evil

ad120ace 0528 4232 a138 b1f075559e98Dibintangi oleh Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo, drama korea misteri dengan jumlah 16 episod ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri di sebuah bandar kecil di Korea Selatan.

Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun) merupakan seorang polis dengan masa lalu yang memilukan yang bekerja di balai polis Manyang. Suatu hari, seorang detektif bernama Han Joo Won (Yeo Jin Goo) dipindah bertugas ke balai polis Manyang dan bekerja sebagai ketua dan rakan setugas Lee Dong Shik.

Tidak lama kemudian, peristiwa pembunuhan bersiri terjadi di bandar kecil tersebut. Anehnya, kejadian pembunuhan ini sama seperti kes pembunuhan yang terjadi 20 tahun yang lalu. Bekerjasama untuk menangkap pembunuh sebenar, Lee Dong Sik dan Han Joo Won mula mencurigai antara satu sama lain dan semua orang yang disyaki terlibat.

Dipersembahkan dengan sinematografi, jalan cerita, dan lakonan para pelakon yang memukau, Beyond Evil juga berjaya memenangi kategori Best Drama dalam Baeksang Arts Awards 2021.

 

Voice

dac0ff0b 20bd 406c 89a5 743a9efc7846Drama korea misteri Voice menceritakan tentang Kang Kwon Joo, yang merupakan seorang polis di jabatan panggilan kecemasan 112. Dia memiliki kemampuan pendengaran yang luar biasa dan memahami situasi di sekitarnya dengan sangat baik.

Kwon-joo berusaha untuk menangkap seorang pembunuh bersiri yang membunuh ibunya, dan memanfaatkan kebolehannya dalam analisis suara untuk membantu pasukan detektif. Dia bekerja sama dengan Moo Jin-hyuk, seorang detektif yang sedang mengalami trauma kerana telah kehilangan isterinya.

 

Vagabond

Drama korea

Kisahnya bermula ketika Cha Dal-geon menjadi saksi dalam sebuah nahas pesawat yang mengorbankan sepupunya dan seluruh penumpang di dalamnya. Dia memutuskan untuk menyiasat nahas tersebut dan berjaya mengetahui bahawa ada konspirasi besar di sebaliknya yang melibatkan beberapa orang yang berpengaruh.

Dia bekerjasama dengan seorang ejen bernama Go Hae-ri untuk merungkai kebenaran di sebalik nahas pesawat tersebut. Dia juga menjalankan misi rahsia untuk menghentikan konspirasi tersebut.

Sebenarnya, banyak lagi drama-drama Korea misteri berkisarkan tema dan genre yang sama seperti diatas jika hendak disenaraikan semua. Jadi, demikian sahaja 6 buah drama Korea terbaik tentang misteri jenayah yang akan membuatkan para penonton bersama-sama berteka-teki dan memerah otak untuk berfikir. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 8 Pilihan Kdrama Tentang Benci Bertukar Jadi Cinta
Baca juga: Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan Rating Tertinggi Di MyDramaList