Home Movie Hanya Enam Filem Korea Ini Untung Besar di Pawagam Sepanjang Tahun 2023

Hanya Enam Filem Korea Ini Untung Besar di Pawagam Sepanjang Tahun 2023

0

Filem Korea semakin bersinar dan digemari penonton di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pada tahun 2023, karya pawagam dari Negara Ginseng telah berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal yang telah mencuri hati penonton.

Sepanjang tahun 2023 lalu, industri perfieman Korea Selatan menghidangkan pelbagai jenis filem. Ada filem yang mengangkat kisah penyeludupan, bencana alam, pemberontakan, dan banyak lagi. Namun, kenyataannya tidak banyak filem yang berjaya di pasaran.

Penjualan tiket sesebuah filem perlu melebihi angka tertentu untuk menanggung kos produksi. Jumlah penonton untuk sesebuah filem selalu dijadikan penanda aras untuk melihat adakah sebuah filem berjaya melepasi kos produksi dan mencatat keuntungan.

Sepanjang tahun 2023, hanya ada enam buah filem Korea Selatan yang mendapat pendapatan melangkaui jumlah kos produksi mereka.

 

1. The Roundup: No Way Out

Filem koreaSiri filem The Roundup memang selalu mendapat kejayaan besar setiap kali ditayangkan. Filem ketiga ini pun juga berjaya memberi senyuman kepada semua yang terlibat dalam filem ini. Dengan kos produksi sebanyak 13.5 billion won, filem ini akan berjaya pulang modal jika mendapat 1.8 juta penonton. Angka tersebut berjaya dicapai, bahkan jumlah penonton mencapai 10.6 juta orang.

 

2. Smugglers

c5e72eda ddef 4729 a4c5 66c61ba499f3Smugglers merupakan filem arahan Ryu Seung Wan tentang penyeludupan yang dilakukan oleh para haenyeo atau penyelam wanita Korea Selatan. Filem ini berjaya menarik 5.14 juta penonton dan merajai box office selama 2 minggu berturut-turut. Sambutan hangat terhadap Smugglers membuatkan filem ini meraih kejayaan besar.

 

3. Sleep

e49f8029 2937 4dbc b2ef bf2d259b93dfJika dibandingkan dengan filem-filem dalam senarai ini, kos produksi untuk filem Sleep adalah yang paling rendah. Sleep hanya menelan belanja sebanyak 5 billion won. Filem ini sekurang-kurangnya perlu menarik 800 ribu orang penonton untuk pulang modal. Dengan jumlah 1.47 juta penonton, filem terakhir mendiang Lee Sun Kyun ini berjaya mengaut keuntungan.

 

4. Concrete Utopia

a6d90920 b82b 4d0e 8ee2 239ecad4400eConcrete Utopia merupakan filem korea bertemakan bencana alam yang digarap oleh Uhm Tae Hwa dan dibintangi oleh Lee Byung Hun, Park Bo Young, dan Park Seo Joon. Filem Korea ini menelan belanja produksi yang sangat tinggi iaitu 18.9 billion won. Concrete Utopia berjaya menarik seramai 3.85 juta orang penonton dan berjaya mengaut keuntungan.

 

5. Love Reset

a3457710 9c11 457c b510 6af27f717c71

Filem Love Reset yang dibintangi oleh Kang Ha Neul dan Jung So Min ini mempunyai kos produksi yang tidak jauh berbeza dengan filem Sleep. Kos yang dikeluarkan sekitar 5.7 billion won dan mendapat pulangan modal dengan 1.6 juta penonton. Selama ditayangkan, Love Reset telah melampaui angka tersebut dengan meraih 2.16 juta penonton.

 

6. 12.12: The Day

e908cfbc 843a 4bbf aadf 6cd072caee3bHwang Jung Min cs berhasil mencipta rekod baru dalam perfileman Korea Selatan pada tahun 2023. Filem 12.12: The Day mencabar kedudukan filem The Roundup: No Way Out sebagai filem Korea paling laris pada tahun 2023 dengan meraih lebih dari 11 juta penonton. Jumlah tersebut membawa keuntungan yang sangat besar.

Rupa-rupanya tidak banyak filem Korea Selatan yang berjaya pulang modal. Enam filem Korea yang tersenarai di atas tampil sebagai filem-filem yang berjaya pada tahun 2023 dan berjaya mendapat tangga pertama box office selama tempoh tayangannya.

Filem Korea manakah yang anda telah tonton? Bagaimana pendapat anda?

Baca lagi: 8 Pelakon Lelaki Korea Ini Membuat Kemunculan Pertama Mereka dalam Filem Pada Tahun 2023, Bakat Bukan Sekadar Rupa
Baca juga: Geng Ibu-Ibu Kdrama 2023 Yang Menceriakan Suasana