Home Movie 12 Filem Korea Ini Sangat Memukau, Antara Yang Terbaik Sepanjang Zaman

12 Filem Korea Ini Sangat Memukau, Antara Yang Terbaik Sepanjang Zaman

0

Bukan hanya drama sahaja yang terkenal dari Korea Selatan, filem-filem keluaran negara ini juga tidak kurang hebatnya.

Korea Selatan mengeluarkan banyak filem terbaik dan menarik yang menjadi tontonan ramai peminat filem seluruh dunia.

Berikut ini merupakan beberapa buah filem terbaik sepanjang zaman dari Korea Selatan yang perlu anda tonton dipetik dari pelbagai sumber laman filem Korea.

1. Parasite (2019)

Filem koreaFilem arahan Bong Joon Ho ini berjaya menggondol empat anugerah Oscar dalam acara Academy Awards 2020. Filem Korea terbaik yang ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan filem Asia pertama yang memenangi kategori Best Picture. Parasite mengisahkan tentang kehidupan keluarga miskin dan keluarga kaya yang kemudian membangunkan hubungan simbiosis mutualisme antara mereka.

 

2. Train to Busan (2016)

6dbd9dc9 e8af 4100 b653 8338ac52ae23Seterusnya adalah filem Train to Busan yang ditayangkan pada tahun 2016. Filem zombie dari negara Korea ini merupakan salah sebuah filem Korea terbaik. Filem arahan Yeon Sang Ho ini berjaya mendapat pencalonan di beberapa acara anugerah perfileman. Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah yang ingin menghantar anaknya ke Busan dengan menggunakan keretapi. Sayangnya tanpa disedari ada wabak zombie yang menyerang Korea.

 

3. Miracle in Cell No. 7 (2013)

cc64b868 3613 4ff4 b215 785db7bc4696Filem Korea terbaik ini mengisahkan tentang seorang bapa yang kurang upaya lembam yang dituduh melakukan penculikan, keganasan seksual, dan juga pembunuhan terhadap seorang kanak-kanak kecil. Dia dikenakan hukuman mati dan dipenjara seumur hidup. Dia mempunyai seorang anak perempuan yang pintar berusia enam tahun yang sangat dirinduinya. Kawan-kawan selnya berusaha untuk membantu ayah dan anak ini bertemu. Walau filem Korea ini membuatkan anda merasa sedih, pengarah filem ini juga berjaya menyelitkan elemen komedi dan sarat dengan pengajaran hidup untuk dijadikan pedoman.

 

4. My Sassy Girl (2001)

ccd83a97 120f 4a89 b06c 1bb5c3afe58a

Filem My Sassy Girl yang ditayangkan pada tahun 2001 ini disebut-sebut sebagai filem Korea terbaik untuk genre romantik. Filem yang diangkat dari kisah benar ini menampilkan jalan cerita yang sangat menarik dan unik untuk ditonton. Filem ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang menjalani kehidupannya dengan normal hingga dia bertemu dengan seorang gadis mabuk di dalam keretapi dan telah mengubah hidupnya 100%.

 

5. The Battleship Island (2017)

16ffff1f 2308 4ecc 9889 5a99afb9fb6aThe Battleship Island yang ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan salah sebuah filem Korea terbaik yang mengangkat kisah benar perang dunia ke-2, di pulau kecil bernama Hashima. Pulau yang terletak di pesisiran Nagasaki ini menjadi tempat tawanan 400 orang Korea yang juga dipaksa bekerja.

Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal Korea iaitu Song Jong Ki dan So Ji Seob, filem Korea terbaik ini menampilkan watak-watak kuat yang mendominasi. Cerita dimulakan ketika para tawanan mengetahui rahsia kelam tentang pulau Hashima. Mereka merancang cara untuk meloloskan diri.

 

6. Always (2011)

f7f3df08 2c2b 4685 9575 5b22a9497e41

Jika anda menyukai filem genre romantik dan juga menyayat hati, maka filem Korea Always perlu anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda.

Filem yang ditayangkan pada tahun 2011 ini mengisahkan tentang seorang lelaki dikenali sebagai seorang jejaka dengan masa lalu yang gelap dan misteri. Dibintangi oleh So Ji Seob dan Han Hyo Joo, filem Korea terbaik ini menceritakan tentang Cheol Min yang selalu didatangi oleh seorang wanita buta. Wanita ini selalu bertanya kepada Cheol Min mengenai banyak perkara. Sampai suatu ketika, Cheol Min menyedari bahawa wanita yang buta ini mempunyai ikatan dengan masa lalunya yang gelap.

 

7. Memories of Murder (2003)

656edf46 e597 4011 bcd4 cd6946bbaadd

Antara filem terbaik hasil garapan Bong Joon Ho. Selain film Parasite, Bong Joon Ho juga menghasilkan karya masterpiece ini yang bertajuk Memories of Murder.

Filem Korea ini ditayangkan pada tahun 2003 ini diangkat dari kisah benar tentang siri pembunuhan yang menggemparkan sebuah wilayah kecil pada tahun 1986. Karya fenomenal ini juga merupakan kisah pembunuh bersiri pertama di Korea Selatan.
Tapi ternyata, selama 20 tahun lebih kes pembunuhan ini tidak dapat diselesaikan. Namun pada tahun 2019, akhirnya pembunuh bersiri yang sebenarnya mengakui segala perbuatan kejinya yang tercatat telah membunuh 15 orang mangsa. Pembunuh bersiri dalam filem Korea ini juga disebut sebagai Korean Zodiac Killer.

 

8. Old Boy (2003)

64a4376d c9aa 4550 809a 85ddb33ad39fFilem Old Boy yang diarahkan oleh Park Chan Wook ini merupakan filem kedua dari Vengeance Trilogy. Kisah dalam filem ini diangkat dari manga karangan Nobuaki Minegishi dengan tajuk yang sama.

Kisah dalam filem Korea terbaik ini menceritakan tentang seorang lelaki yang dikurung selama lebih kurang 15 tahun lamanya tanpa pernah mengetahui siapakah yang menculiknya dan apakah tujuan disebalik penculikan tersebut.
Apabila dibebaskan, dia mempunyai waktu lima hari untuk menemui penculiknya dan membunuhnya.

 

9. My Annoying Brother (2016)

ce676054 a599 4926 b2d9 447a9370b33bBagi anda para peminat filem dengan genre komedi yang dibalut dengan kisah sedih, maka filem Korea ini sangat sesuai anda. My Annoying Brother yang ditayangkan pada tahun 2016 ini mengisahkan tentang kehidupan adik beradik.

Seperti kehidupan adik beradik di dunia nyata, kehidupan mereka juga penuh dengan tawa dan duka. Tidak ada satu hari tanpa pertengkaran. Abang sulung yang merupakan seorang banduan meminta pembebasan bersyarat untuk menguruskan adiknya yang buta.

Namun ternyata, selepas keluar dari penjara abangnya terus mengabaikan adiknya. Walau setiap hari selalu bertengkar, dalam diam mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Filem Korea ini diarahkan oleh Kwon Soo Kyung yang pernah menggarap filem Miracle in Cell No. 7.

 

10. Tidal Wave atau Haeundae (2009)

b1ac5e15 f505 4918 9d26 2055ea52c244Filem Korea yang memaparkan kisah bencana ini ditayangkan pada tahun 2009 mengisahkan tentang mangsa-mangsa yang terjebak dalam bencana alam tsunami yang terjadi di Haeundae.

Bencana alam tsunami yang terjadi di pantai laut timur semenanjung Korea di Busan ini membuatkan mangsa-mangsa perlu mengambil keputusan cepat antara hidup dan mati. Selain itu, filem Korea ini juga menceritakan bagaimana setiap watak berjuang saling membantu antara satu sama lain supaya mereka boleh selamat.

 

11. Assassination (2015)

abf0565f a431 457e 85e5 eab1614b0becFilem Korea terbaik yang mengisahkan tentang peristiwa pembunuhan pada tahun 1930-an. Filem Assassination mengambil latar waktu ketika Korea masih dijajah oleh Jepun.

Filem Korea terbaik ini mengisahkan tentang seorang pemberontak Jepun yang sedang merancang pembunuhan sekumpulan pro-Jepun. Dipendekkan cerita, dia meminta bantuan dari seorang pakar menembak.

 

12. Kim Ji Young: Born 1982 (2019)

e780175f 7db2 4b52 a97a 395e8df7b929Filem Korea berikut ini mengangkat tentang isu wanita yang masih menjadi perkara taboo di negara Korea. Sewaktu ditayangkan, filem Kim Ji Young: Born 1982 ini memicu banyak kontroversi.

Filem arahan Kim Do Young ini diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama. Filem Korea terbaik ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Kim Ji Young yang terperangkap dalam kehidupannya sebagai suri rumah tangga. Ditambah pula dia selama ini dibesarkan dalam keluarga yang tegas dengan budaya patriarki. Ji Young juga mengorbankan pekerjaannya untuk mengurus buah hatinya. Dalam filem Korea ini, diceritakan bahawa Ji Young mula bersikap aneh seolah-olah kehilangan jati dirinya.

Demikian sahaja senarai filem Korea terbaik yang perlu anda tonton kerana premis cerita yang ditonjolkan adalah sangat memukau. Tambahan pula dengan persembahan lakonan yang sangat berkesan dan membekas di hati! Jangan lupa untuk menonton!

Baca lagi: 11 Filem Korea Paling Menarik Untuk Tahun 2023, Jalan Cerita Luar Biasa
Baca juga: 11 Filem Korea dengan Penonton Paling Ramai Pada 2023