Home Movie 11 Filem Korea Paling Menarik Untuk Tahun 2023, Jalan Cerita Luar Biasa

11 Filem Korea Paling Menarik Untuk Tahun 2023, Jalan Cerita Luar Biasa

0

Minat dan perhatian terhadap filem-filem Korea Selatan nampaknya semakin rancak di seluruh dunia.

Populariti filem Korea membuatkan pembikin filem terkemuka seperti Bong Joon-ho dan Park Chan-wook menjadi bintang secara global dan merupakan antara penggiat seni yang diminati oleh ramai pengkritik filem.

Filem Korea seperti Parasite telah menjadikan industri perfileman Korea Selatan sebagai antara pilihan utama dalam senarai tontonan orang ramai, dengan banyak pilihan filem terbaru dan lama yang dapat ditonton. Untuk tahun ini nampaknya ada beberapa buah filem Korea Selatan yang paling menarik yang telah disiarkan sepanjang tahun 2023 dipetik dari Augustman dan VIVA.co.id.

 

Jung_E

57976272 b043 4515 900d 3a6d6b2401e0Filem Korea thriller Korea dari pengarah Train to Busan dan Hellbound Yeon Sang-ho ini berlatarkan planet bumi pada abad ke-22 yang tidak boleh dihuni lagi kerana perubahan iklim. Di tengah-tengah segala kehancuran, perang antara survivor terjadi di satu-satunya tempat perlindungan manusia.

 

Unlocked

394293e4 77e1 46eb b047 74286cfe4916Adaptasi filem thriller dari filem Jepun Stolen Identity ini adalah mimpi terburuk bagi wanita yang sangat obses dengan teknologi. Suatu hari dalam perjalanan pulang kerja, Na-mi (Chun Woo-hee) kehilangan telefon pintar miliknya dan dikembalikan oleh Jun-yeong (Yim Si-wan), selepas dia memuat naik spyware. Orang asing itu mula mengintai kehidupan sehariannya dan akhirnya mendekatinya sambil menyembunyikan identiti sebenarnya. Dalam waktu yang sama ketika kehidupan seharian Na-mi menjadi huru hara, ayah Jun-yeong, detektif polis Ji-man (Kim Hee-won), menemui jejak anak lelakinya di tempat kejadian jenayah.

 

Love Reset

fc9d5135 8167 49d5 8441 a14ef21ab504Jika anda menyukai babak-babak romantik, filem Korea Love Reset mempunyai semua elemen yang diperlukan untuk membuat drama romantik seolah-olah hidup dan bernafas. Filem Korea ini mengikuti kisah Jeong-yeol dan Na-ra, yang berjaya berkahwin walaupun tidak direstui keluarga mereka.
Namun, dua tahun kemudian, mereka keluar dari mahkamah dengan tempoh penyelesaian penceraian selama 30 hari hanya untuk mengalami kemalangan ngeri yang menghapuskan ingatan mereka. Oleh sebab penyakit amnesia mereka, kedua-dua mereka jatuh cinta sekali lagi.

 

 

The Point Men

b5a98f63 2014 4f8a 9df5 a94671f5d84fHyun Bin membintangi filem aksi ini yang juga menampilkan Hwang Jung-min dan Kang Ki-young. Berdasarkan peristiwa sebenar yang terjadi pada tahun 2007, filem ini mengikuti kisah usaha menyelamat sekumpulan pelancong Korea yang dijadikan tawanan oleh kumpulan militan di Afghanistan.

 

The Devil’s Deal

6a793f04 9f7b 4aaf 892d a7e5628993ebFilem Korea genre thriller politik yang berlatarkan Busan pada tahun 1992 ini adalah mengenai kisah permusuhan dan kolaborasi antara ahli politik dan gangster. Calon anggota dewan Hae-woong (Cho Jin-woong) menyangka bahawa dia akan memenangi pilihan raya yang akan datang.

 

Return to Seoul

9b3164ea 640c 415d 9787 1bdf273cddefFilem dramatik popular ini akhirnya ditayangkan di pawagam selepas setahun berada di gelanggang festival filem. Filem ini adalah mengenai Freddie (Ji-min Park), seorang wanita berusia 25 tahun yang kembali ke Korea Selatan, negara kelahirannya, untuk pertama kalinya sejak dia diambil sebagai anak angkat dan dibesarkan di Perancis.

 

Soulmate

fee522e0 fa6f 4d3b a499 3be8ad2fe23eMi-so yang ramah dan Ha-eun yang introvert adalah gabungan sangat berbeza, tetapi mereka menjadi kawan baik apabila mereka bertemu pada usia 13 tahun di Pulau Jeju. Filem ini diadaptasi dari filem Cina dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang pertemuan dan perpisahan pasangan ini selama 14 tahun berikutnya, persahabatan dan cinta, kerinduan dan perasaan cemburu.

 

Past Lives

d80a9b62 cdcf 498b 9c1f e0896f55354cFilem ini adalah mengenai dua orang sahabat masa kecil yang telah lama hilang, ketika Nora (Greta Lee) bertemu kembali dengan Hae Sung (Teo Yoo dari Love to Hate You) selepas bertahun-tahun perpindahan keluarganya dari Korea Selatan memisahkan mereka.

 

The Roundup: No Way Out

2b2d666f 6c04 4eae 8926 8a81fd195b7aSiri ketiga dari siri Crime City ini, menyaksikan pertembungan antara “polis ganas” Ma Seok-do (Don Lee dari Train to Busan) melawan Joo Seong-cheol (Lee Joon-hyuk dari Stranger), seorang chaebol yang bekerja sama dengan ketua mafia Jepun Riki (Munetaka Aoki) untuk melakukan jenayah kejahatan keji di seluruh Korea.

 

Dream

4609f52b f27a 4666 883d 39353627d0abKomedi sukan ini berkisar pada pasukan pemain bola yang tidak berpengalaman yang cuba menyertai Piala Dunia Gelandangan. Mereka dipimpin oleh Yoon Hong-dae, seorang pemain profesional yang selalu moody yang menjadi juru latih pasukan sebagai sebahagian hukuman disiplin untuk masa percubaannya.

 

Road to Boston

Filem koreaFilem biografi sukan yang sangat emosional ini menceritakan tentang kisah atlet-atlet Korea yang menyertai Boston International Marathon pada tahun 1947, marathon global pertama yang diadakan sejak Perang Dunia II. Kini selepas bebas dari penjajahan Jepun, atlet lumba lari Korea mempunyai peluang untuk mendapat medal abtarabangsa di bawah bendera negara mereka sendiri.

Demikian sahaja 11 buah filem Korea Selatan paling menarik yang telah disiarkan sepanjang tahun 2023 ini. Jika anda belum menonton filem-filem ini, anda perlu memasukkan senarai filem ini ke dalam senarai tontonan anda! Penuh keterujaan dan persembahan jalan cerita yang luar biasa menarik!

Baca lagi: Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu
Baca juga: Jeon Do Yeon Bintangi The Price Of Confession Gantikan Song Hye Kyo