Home Artis Korea 4 Pelakon Wanita Ini Pernah Digandingan Dengan Bae In Hyuk dalam Kdrama,...

4 Pelakon Wanita Ini Pernah Digandingan Dengan Bae In Hyuk dalam Kdrama, Terbiasa Dengan Heroin Lebih Tua

0

Nampaknya nama Bae In Hyuk kini kian hangat kerana lakonannya dalam drama sageuk fantasi, The Story of Park’s Marriage Contract. Bae In Hyuk merupakan salah seorang pelakon muda Korea berbakat yang telah membintangi banyak drama popular.

Bae In Hyuk kerap kali digandingkan dengan pelakon wanita yang jauh lebih berusia darinya dalam drama. Walaupun begitu, tidak menjadi penghalang bagi Bae In Hyuk untuk membina keserasian bersama heroin-heroin tersebut.

Berikut ini adalah antara heroin yang lebih tua yang pernah digandingkan bersama Bae In Hyuk!

 

1. Lee Hyeri

Bae In HyukKerjaya lakonan Bae In Hyuk makin bersinar sejak dia berlakon dalam drama fantasi romantik, My Roommate is a Gumiho(2021). Melalui drama ini, dia menampilkan keserasian mantap dengan pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1994 iaitu Lee Hyeri.

Mempunyai perbezaan umur 4 tahun dengan Hyeri, kedua-duanya begitu akrab seperti sahabat lama di sebalik tabir. Bukan sebagai pasangan Hyeri, pelakon ini membawa watak seorang pelajar senior playboy yang jatuh hati pada Lee Dam (Hyeri). Namun, cinta pertamanya bertepuk sebelah tangan dan terhalang oleh takdir.

Walaupun di awal cerita memang penuh emosi, wataknya semakin menarik dan membuatkan penonton terkena second lead syndrome.

 

2. Seo Hyun Jin

ab3eea5e 0241 4672 8f4f 6d7a4398be84Kembali membintangi drama bersama ‘noona’ (wanita yang lebih berusia), kali ini Bae In Hyuk bergandingan dengan pelakon terkenal Seo Hyun Jin yang berusia 13 tahun lebih tua darinya.

Why Her? (2022) mengisahkan tentang Oh Soo Jae (Seo Hyun Jin), seorang peguam berbakat di firma guaman TK yang mendadak diturunkan jawatan menjadi profesor di sekolah undang-undang.

Bae In Hyuk membawa watak sebagai Choi Yoon Sang, pelajar jurusan undang-undang yang juga merupakan anak kedua kepada CEO firma guaman TK. Dia menjadi second lead male, yang mempunyai perasaan cinta kepada Oh Soo Jae.

 

 

3. Han Ji Hyun

fa57be27 70e3 48e6 af27 3ac0e3c78fe9Seolah-olah pasangan sebaya, lakonan Bae In Hyuk dan Han Ji Hyuk dalam drama bertajuk Cheer Up (2022) berjaya meninggalkan kesan tersendiri bagi para penonton. Dengan perbezaan usia dua tahun, mereka mampu membina keserasian yang sangat manis dan romantik.

Kedua-duanya merupakan senior dan junior dalam kelab pasukan sorak Theia dari Universiti Yeonhee. Han Ji Hyun membawa watak sebagai Do Hae Yi, salah seorang anggota cheerleader Theia yang mempunyai sifat ceria dan penuh semangat.

Sementara, Park Jung Woo (Bae In Hyuk) sebagai kapten cheerleader Theia yang tegas dan juga penyayang, pernah terlibat dengan cinta tiga segi namun akhirnya dia boleh bersatu dengan Do Hae Yi.

Hubungan mereka terjalin secara rahsia tetapi mereka kerap menunjukkan kemesraan serta interaksi manis dalam diam, berjaya membuatkan penonton tersenyum sendiri.

 

4. Lee Se Young

a0e577bd 470a 4da1 a5a5 d5232fb9168dKembali menyajikan gandingan dan keserasian luar biasa yang membuatkan penonton cair hati, kali ini Bae In Hyuk bergandingan dengan Lee Se Young sebagai pasangan suami isteri melalui drama yang baru sahaja tamat iaitu The Story of Park’s Marriage Contract.

Walaupun berbeza usia lapan tahun, tidak sukar bagi kedua-duanya untuk membina keserasian seperti teman rapat, baik di depan kamera atau sebalik tabir. Dalam drama sageuk yang bertemakan penjelajahan masa ini, Park Yeon Woo merupakan seorang wanita dari Joseon yang kehilangan suaminya pada malam perkahwinan kerana penyakit jantung dan dia tiba-tiba terlempar ke Seoul pada masa moden.

Kewujudannya di masa moden ini terjadi selepas Park Yeon Woo diculik dan dibuang ke dalam perigi oleh seorang lelaki misteri. Takdir menemukannya dengan lelaki chaebol yang mirip dengan mendiang suaminya bernama Kang Tae Ha.

Demikian sahaja beberapa orang pelakon wanita bertaraf ‘noona’ yang pernah bergandingan dengan Bae In Hyuk dalam drama Korea. Siapakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: 6 Pilihan Drama Korea Khas Buat Peminat Kisah Penjelajahan Masa
Baca juga: Menjelang Episod Akhir, Ini 9 Persoalan Yang Harus Terjawab dalam The Story of Park’s Marriage Contract