Home Artis Korea 2 Bintang Kacak Ahn Hyo Seop, Lee Min Ho Menyelamatkan Dunia Dari...

2 Bintang Kacak Ahn Hyo Seop, Lee Min Ho Menyelamatkan Dunia Dari Kiamat Dalam Filem Adaptasi Webtoon

0

Ahn Hyo Seop bakal bergandingan mantap bersama Lee Min Ho untuk menyelamatkan dunia dalam Filem terbaharu adaptasi webtoon bertajuk “OMNISCIENT READER’S VIEWPOINT”.

Bukan sahaja ia akan menandakan kali pertama Ahn Hyo-seop membintangi projek bersama-sama dengan Lee Min-ho, tetapi ia juga akan menandakan debut skrin besarnya.

Jadi, apakah jalan ceritanya, dan apakah karakter yang mereka lakonkan dalam filem itu? Jom kita lihat butiran lengkap tentang filem Omniscient Reader’s Viewpoint dibawah ini!

Memetik dari Soompi pada 3 Mei, industri filem melaporkan kepada E-Daily bahawa Ahn Hyo Seop baru-baru ini memutuskan untuk muncul dalam filem Omniscient Reader’s Viewpoint. Laporan itu juga menyebut bahawa dia sedang menyesuaikan jadualnya dan mengusahakan butirannya.

Pada masa yang sama, MK media Korea turut mendedahkan bahawa pelakon terkenal Lee Min Ho telah menerima tawaran untuk menerajui filem yang sama. Bagaimanapun, sementara agensi Ahn Hyo Seop mengesahkan bahawa pelakon itu sedang menyemak tawaran itu, agensi Lee Min Ho MYM Entertainment menyatakan bahawa Omniscient Reader’s Viewpoint hanyalah salah satu tawaran yang diterima oleh pelakon itu.

Ahn Hyo Seop

Filem ‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ akan diproduksi oleh Realize Pictures, syarikat produksi yang sama menghasilkan filem ‘Along with the Gods’, serial blockbuster yang dua kali menarik 10 juta penonton. Pengarah filem ‘The Terror Live’ Kim Byung Woo juga bakal turut serta menjayakan projek ini.

Proses pembikinan filem akan dimulakan pada akhir tahun ini. Lebih 20 bilion KRW (kira-kira 15 juta USD) kos pembikinan telah disediakan untuk membiayai kos pengeluaran setakat hari ini.

Omniscient Reader’s Viewpoint merupakan Webtoon popular

Omniscient Reader’s Viewpoint adalah karya agung yang telah melalui penyesuaian berganda. Projek ini mula-mula diterbitkan sebagai novel, yang kemudiannya disesuaikan menjadi webtoon kerana popularitinya yang besar. Sejak dikeluarkan dalam webtoon Naver, Omniscient Reader’s Viewpoint telah mencipta peminat setianya sendiri. Ia mula dijadikan serial di Munpia pada tahun 2018 dan telah mengumpulkan lebih dari 200 juta penayangan.

IMG 5179

Jika filem ini dihasilkan dengan mengikuti jalan cerita asal, filem Omniscient Reader’s Viewpoint akan menceritakan kisah Kim Dokja, seorang lelaki biasa yang menjadi peminat dan pembaca tunggal webtoon selama 10 tahun. Mengetahui bahawa cerita kegemarannya akan berakhir, Dokja menghantar mesej kepada penulis, mengucapkan terima kasih atas kerja yang sangat baik. Tanpa disangka, penulis membalas dan memberi petunjuk bahawa webtoon itu telah dikomersialkan.

Pada ketika itu, persekitaran Dokja berubah, dan dia mula menyaksikan semua yang dibacanya dalam webtoon bertukar menjadi realiti. Masalahnya, dalam webtoon, dunia akan berakhir kerana kiamat. Jadi, adakah itu bermakna perkara yang sama akan berlaku dalam dunianya juga?

Watak Ahn Hyo Seop dan Lee Min Ho

Ahn Hyo Seop akan membawakan watak utama, Kim Dokja. Semasa dia menonton plot webtoon kegemarannya menjadi kenyataan, dia kini satu-satunya orang yang tahu apa yang berlaku seterusnya. Memegang pengetahuan penting, kehidupan Kim Dokja berubah daripada seorang pekerja kontrak biasa kepada seorang lelaki yang menyelamatkan dunia.

Lee Min Ho dilaporkan akan melakonkan watak Yoo Joong Hyuk, watak utama asal webtoon yang dibaca Kim Dokja (Ahn Hyo Seop)

IMG 5175

Manakala, Chae Soo Bin juga secara positif mempertimbangkan peranan watak utama wanita, Yoo Sang Ah. Media turut melaporkan bahawa Shin Seungho juga menerima tawaran untuk watak Lee Hyun Sung.

Pastinya para peminat tidak sabar ingin melihat gandingan mantap para pelakon sensasi ini semua kan! Nantikan lagi perkembangan dan kemaskini berita tentang mereka nanti ya!

Baca lagi: The Wedding War, 5 Fakta Menarik Survival Show Untuk Bakal Pengantin
Baca juga: Filem Aksi “Revolver” Menyatukan 3 Bintang Ini