Home Entertainment 7 Kdrama Terbaru, Tayang Ogos 2023

7 Kdrama Terbaru, Tayang Ogos 2023

0

Bakal membuatkan para penonton jatuh cinta, bulan Ogos 2023 akan menampilkan Kdrama siri dengan tema yang menarik.

Bukan hanya itu, para pelakon popular akan menambah daya tarikan yang tersendiri. Jo In-sung hingga Kim Rae-won akan muncul dengan lakonan yang membuatkan para peminat Kdrama terpikat!

Jom sama-sama kita lihat beberapa buah Kdrama siri Korea Selatan yang bakal menemani penonton setia pada bulan Ogos 2023 nanti!

1. My Dearest (4 Ogos)

KdramaKali ini terdapat Kdrama siri yang bertemakan sejarah tentang seorang lelaki yang tidak akan berkahwin. Sedangkan watak utama wanita pula gagal dua kali dalam perkahwinan dan ingin menemui cinta sejati. Bakal membuat penonton jatuh hati, kdrama siri yang dilakonkan oleh Namgoong Min dan Ahn Eun Jin akan ditayangkan bahagian pertama pada 4 Ogos 2023.

2. The First Responders 2 (4 Ogos)

033a8954 721d 40c3 a4ef a5733a95695bMelanjutkan kisah detektif, paramedik, dan pemadam kebakaran musim pertama, siap sedia dengan cerita yang lebih menarik. Pelakon Kim Rae Won, Son Ho Jun, dan juga Gong Seung Yeon kembali dalam musim ke dua. Kdrama siri yang menarik pada setiap episod ini akan ditayangkan pada 4 Ogos 2023.

3. Moving (9 Ogos)

f66d22e6 c11c 4a25 b7f8 8630083e00f3Sebuah kdrama siri yang juga dipenuhi bintang popular, Jo In Sung dan Han Hyo Joo menjadi pasangan suami isteri dalam drama terbaru Moving. Drama siri ini menceritakan tentang kumpulan individu yang memiliki kekuatan super. Drama siri yang menarik ini akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 9 Ogos 2023.

4. National Death Penalty Vote (10 Ogos)

13609d34 c773 4256 bf01 1a592975fcc2Bakal membuat anda semua tertanya-tanya, adaptasi webtoon ini menceritakan tentang undian terhadap hukuman mati ke atas para penjenayah. Pelakon terkenal dengan lakonan memikat dan berkesan, Park Hae Jin, Lim Ji Yeon dan Park Sung Woong akan membuat anda tertarik. Drama siri ini bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2023.

5. Behind Your Touch (12 Ogos)

42c8fbc1 0be7 49e5 a9fa bb0ddeb61da3Kdrama siri ini menampilkan pelakon popular dan ternama yang akan membuat anda tertarik. Menceritakan tentang doktor haiwan yang dapat melihat masa lalu. Dia bertemu dengan detektif elit yang bercita-cita tinggi. Drama siri yang dilakonkan oleh Han Ji Min dan Lee Min Ki akan ditayangkan pada 12 Ogos 2023 di Netflix!

6. Destined with You (23 Ogos)

d29c99be b405 4f9f b131 6e248d322534

Kisah wanita yang mendapat buku terlarang dan jejaka yang menjadi mangsa buku tersebut. Drama siri fantasi romantik yang dilakonkan oleh Jo Bo Ah dan Rowoon SF9 ini pasti dapat mencuri perhatian ramai. Drama siri Korea Destined with You akan ditayangkan pada 23 Ogos 2023 di Netflix.

7. Pure Boxer

33d59b22 0925 4b6f a648 8f2e91007151Kdrama siri ini membawa tema sukan dan ditulis oleh Choo Jong Nam, yang merupakan pemenang Kyobo Bookstore Story Contest. Menceritakan tentang petinju genius dan ejen sukan, ejen sukan ini memiliki karakter yang dingin. Dia akan melakukan segalanya untuk mengatur pertandingan demi duit dan kejayaan atlet naungannya. Drama siri yang dilakonkan oleh Lee Sang Yeob dan Kim So Hye ini dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Ogos 2023 nanti!

Drama siri yang ditayangkan pada bulan Ogos 2023 penuh warna warni dan bakal menemani waktu santai anda. Nantikan ya!

Baca lagi: 2 Bintang Kacak Ahn Hyo Seop, Lee Min Ho Menyelamatkan Dunia Dari Kiamat Dalam Filem Adaptasi Webtoon
Baca juga: The Wedding War, 5 Fakta Menarik Survival Show Untuk Bakal Pengantin