Home Entertainment The Wedding War, 5 Fakta Menarik Survival Show Untuk Bakal Pengantin

The Wedding War, 5 Fakta Menarik Survival Show Untuk Bakal Pengantin

0

The Wedding War atau yang juga dikenali dengan tajuk 290 Million KRW: Marriage War adalah survival show terbaru dari tvN yang ditayangkan secara perdana pada 2 Julai 2023.

Para peserta rancangan “The Wedding War” ini merupakan pasangan sebenar dari dunia nyata yang memang sedang membuat persiapan untuk berkahwin. Program ini mempunyai konsep yang unik. Para peserta perlu bertanding untuk mendapat tajaan dana perkahwinan sebanyak 290 juta won.

Menampilkan acara pertandingan yang membuatkan para penonton teruja dan juga sama-sama merasa cemas dengan suasana tegang yang dipamerkan, berikut merupakan lima fakta menarik tentang The Wedding War. Jom sama-sama kita lihat:

1. The Wedding War dihasilkan karena penurunan jumlah perkahwinan di Korea Selatan

The wedding war

Penurunan angka jumlah pernikahan di Korea Selatan menjadi faktor utama terbentuknya acara The Wedding War. Dalam bancian yang dilakukan oleh Jabatan Statistik Nasional pada tahun 2022, terungkai faktor utama mengapa ramai individu yang memilih untuk tidak berkahwin kerana tingginya perbelanjaan untuk sesebuah perkahwinan.

Kerana fenomena tersebut, The Wedding War juga mengusung tema survival show bagi setiap pasangan dengan hadiah berupa tajaan dana perkahwinan sebanyak 290 juta won. Pemilihan jumlah hadiah utama sebanyak 290 juta won tersebut juga bukan dilakukan tanpa sebarang rujukan, rata-rata perbelanjaan perkahwinan di Korea Selatan mencapai jumlah 290 juta won tersebut.

2. Para peserta terdiri daripada 10 pasangan dengan kisah cinta yang menarik

70c67026 1e6e 45aa b66e a2c8033637d5The Wedding War menampilkan sepuluh pasangan yang akan saling bertanding bagi merebut hadiah utama. Mereka adalah dari latar belakang yang berbeza dengan kisah cinta yang menarik. Kerjaya setiap peserta juga turut mencuri perhatian. Bermula dari atlet, penari, pelakon, dan lain-lain lagi. Para peserta juga bukan sahaja terdiri dari pasangan tempatan, ada juga pasangan yang berbeza negara.

3. Selama pertandingan berlangsung, para peserta tinggal di base camp

1234b8a6 9afa 4147 943d b38b2a09d85cBukan tempat yang selesa dan romantik, base camp para peserta The Wedding War menyerupai penjara. Walaupun begitu, setiap ruangan menjadi semakin hangat dan nyaman dengan adanya foto setiap pasangan memakai sut dan gaun yang ditampal di dinding. Para peserta akan tinggal di base camp selama 10 hari. Dalam tempoh waktu tersebut, mereka juga bertanding dengan menyelesaikan berbagai-bagai halangan agar boleh merebut hadiah utama.

4. Kolaborasi antara Kang Sook Kyung yang merupakan penulis Physical: 100 dan produser Lee Won Woong

a820a518 c144 4cc8 93e7 ee7e76b52915

Jika anda menyukai survival show dari Netflix yang bertajuk Physical: 100, maka The Wedding War ini pasti menjadi antara survival show yang akan buat anda jatuh hati. Masing-masing membawa tema pertandingan untuk bertahan hidup yang memerlukan kekuatan fizikal, program ini juga ditulis oleh penulis yang sama iaitu Kang Sook Kyung.

Dalam The Wedding War, Kang Sook Kyung berkolaborasi bersama produser Lee Won Woong yang juga berpengalaman menggarap survival show. Salah satu program bertahan hidup paling terkenal yang digarapnya adalah Steel Troops yang ditayangkan di Channel A.

5. Menampilkan tiga orang panel dan seorang bintang undangan

3e5231cb efcc 4577 8f6b cd8de700920eDalam program pertandingan yang penuh dengan suasana tegang, The Wedding War juga menampilkan tiga orang panel iaitu Jang Sung Kyu, Choi Soo-young SNSD dan juga Lee Eun Ji. Ketiga-tiganya akan saling memberi komen terhadap para peserta yang sedang bertanding.

Selain tiga panel tetap tersebut, setiap episod juga akan menampilkan seorang bintang undangan sehingga membuatkan acara pertandingan ini semakin menarik. Dalam episod pertamanya Lee Ki Woo terpilih sebagai bintang undangan kerana dia merupakan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga pada September 2022.
Telah menayangkan satu episod, The Wedding War boleh disaksikan setiap minggu di tvN.

Baca lagi: Revenant – 7 Perubahan Gu San Yeong Selepas Dirasuk Roh Jahat
Baca juga: 7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik