Home Entertainment 7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik

7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik

0

Para peminat sejati genre seram tahu bahawa adegan ngeri dan menyeramkan bukan hanya yang menonjolkan ketakutan, tetapi suasana tegang dan penderitaan yang dialami sesuatu watak kerana kerana gangguan dan ancaman dari makhluk ghaib itulah yang membuatkan filem seram terasa lebih klasik dan berjaya.

Terdapat beberapa buah filem exorcism (pengusiran syaitan) terbaik yang benar-benar nampak sangat nyata. Tidak hanya membuatkan bulu roma tegak berdiri, tetapi juga mempunyai jalan cerita menarik yang membuatkan filem-filem ini dianggap antara filem exorcism yang berjaya.

Setiap detik dalam filem akan meningkatkan rasa ingin tahu seseorang untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada watak yang dirasuki dan latar belakang asal usul syaitan dan iblis yang mengganggu.

Jika anda merancang untuk menonton filem seram sendirian atau dengan beberapa orang rakan, berikut adalah beberapa pilihan filem exorcism yang mungkin akan membuat anda mengigau dan mimpi buruk! Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

1. Hellhole (2020)

Pengusiran syaitanFilem pengusiran syaitan memiliki persamaan tertentu seperti seorang gadis yang dirasuk, seorang ahli agama datang untuk menyelamatkannya, dan berbagai-bagai lagi. Walaupun bukan perkara yang buruk untuk mengulangi konsep-konsep ini, Hellhole membuktikan idea segar untuk merasakan ketakutan proses pengusiran syaitan dari perspektif baru.

Filem Poland ini mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang berpura-pura sebagai seorang pendeta di sebuah biara agar dia dapat menemui segala misteri yang tersembunyi. Apa yang dia temukan di sana bahkan lebih gelap dari yang dia sangkakan. Dibintangi oleh Piotr Zurawski, Olaf Lubaszenko, Sebastian Stankiewicz, dan Lech Dyblik, filem ini ditayangkan pada 26 Oktober 2020.

2. The Wailing (2016)

IMG 4968

Filem Korea Selatan The Wailing memiliki trend baru untuk kisah pengusiran syaitan dengan dukun, masyarakat, muzik, dan ritual. Ketika seorang pegawai polis ditugaskan ke sebuah desa di mana terdapat penyakit misteri, kisah ngeri yang sebenarnya menjadi nyata sewaktu dia menyiasat pembunuhan mendadak di situ juga. Cerita tambahan dalam filem ini adalah tentang polis yang berusaha mencari anak perempuannya yang hilang.

Bagaimana mereka memastikan ada elemen seram dan sentimen yang bersatu dengan baik menjadi daya tarikan tersendiri untuk filem ini. Dibintangi oleh Kwak Do Won, Hwang Jung Min, dan Chun Woo Hee, filem ini ditayangkan pada 12 Mei 2016.

3. The Exorcism of Emily Rose (2005)

IMG 4980Ketika seseorang meninggal semasa proses pengusiran syaitan, jelas sekali undang-undang tidak akan melepaskan mereka yang terlibat dalam proses pengusiran syaitan tersebut dengan mudah. Diceritakan kononnya ketika Emily meninggal semasa aksi pengusiran syaitan, paderi dibawa ke mahkamah di mana dia menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi, membuatkan penonton tenggelam dalam ketakutan sewaktu adegan ‘flash back’ ditayangkan di skrin tontonan.

Filem ini berdasarkan kisah benar, jadi bayangkan betapa mengerikan kehidupan wanita yang benar-benar kerasukan itu. Benar-benar menggigil. Dibintangi oleh Laura Linney, Tom Wilkinson, Campbell Scott, dan Colm Feore, filem ini dilancarkan pada 09 September 2005.

4. Constantine (2005)

IMG 4969Bukan hanya dalam filem aksi, Keanu Reeves berjaya membawa karakternya sebagai pengusir syaitan. Bukan sebagai paderi atau ahli agama, tetapi sebagai lelaki muda yang hebat dan boleh membuatkan syaitan tunduk kepadanya. Sejak awal filem hingga akhir, penampilan Keanu Reeves akan membuat penonton terpukau.

Perlu diingati bahawa filem ini dibuat pada tahun 2005 jadi jika terdapat beberapa adegan yang terasa membosankan, abaikan sahaja! Filem ini tetap menarik dan berjaya membawa intipati sebuah exorcism. Filem garapan pengarah ini dibintangi oleh Keanu Reeves, Rachel Weisz, Shia LaBeouf, dan Tilda Swinton.

5. The Possession (2012)

IMG 4972

Filem ini adalah definisi sebenar mengapakah kita tidak boleh membeli produk mahal dengan harga lebih murah. Ketika seorang anak kecil membeli sebuah kotak yang tampak misteri dengan harga yang lebih murah, dia dan ayahnya tidak tahu bahawa mereka membawa pulang almari besi terkutuk paling berbahaya yang dimiliki kanak-kanak.

Benar-benar filem yang membuat mimpi buruk dan merupakan sebuah peringatan keras untuk anda berhenti memenuhi setiap keinginan anak-anak anda! Ia dibintangi oleh Jeffrey Dean Morgan, Kyra Sedgwick, Natasha Calis , Grant ShowMadison Davenport, dan Matisyahu. Filem ini ditayangjan pada 30 Ogos 2012.

6. The Cleansing Hour (2019)

IMG 4976

Siapa yang tidak ingin menonton siaran langsung seorang paderi yang mengusir syaitan dari badan manusia yang kerasukan? Begitulah dalam filem ini, seorang paderi palsu (Ryan Guzman) menggunakan konsep ini sebagai umpan dan mengusir syaitan secara tipu-tipu hinggalah suatu hari kejahatan sebenar mengambil kesempatan dan merasuk setiap orang termasuk penonton yang menonton siaran langsung.

Paling penting, Presiden Amerika Syarikat juga turut dirasuki. Filem ini sedikit berlebihan tetapi tidak dibikin dengan cara yang buruk. Dibintangi oleh Ryan Guzman, Kyle Gallner, Alix Angelis, dan Chris Lew Kum Hoi, filem ini ditayangkan pada 16 September 2019.

7. Chandramukhi (2005)

IMG 4977Tanya sahaja kepada kepada para peminat filem India Selatan tentang filem ini dan mereka akan menyatakan bagaimana Chandramukhi masih menjadi salah sebuah filem seram yang paling disukai! Dibandingkan dengan grafik dalam filem-filem lain waktu ini, filem ini tidak banyak menggunakan grafik tetapi berjaya menampilkan lakonan dan kekuatan pelakon utamanya.

Ketika sebuah keluarga berpindah ke sebuah rumah agam yang besar, hantu kekasih yang meratap merasuki seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga di sana. Banyak kekacauan dan gangguan terjadi, tetapi entah bagaimana seorang psikologis dan seorang guru merancang sebuah lakonan untuk membuat keinginan jiwa hantu tersebut dipenuhi. Bahagian terbaik daripada filem ini adalah proses pengusiran syaitan.

Film seram memang mempunyai daya tarikan tersendiri untuk ditonton. Dengan kisah ngeri yang ada di dalamnya, filem tentang pengusiran syaitan berjaya buat bulu roma para penonton merinding. Filem manakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: 5 buah sekolah paling berhantu dan menyeramkan dalam anime
Baca juga: 10 Filem Seram Terbaik, Cukup Menakutkan