Home Entertainment Revenant – 7 Perubahan Gu San Yeong Selepas Dirasuk Roh Jahat

Revenant – 7 Perubahan Gu San Yeong Selepas Dirasuk Roh Jahat

0

Drama siri terbaru Korea Selatan bertajuk Revenant (2023) mengisahkan tentang Gu San Yeong (Kim Tae Ri) yang dirasuk oleh roh jahat.

Dalam Revenant, roh jahat itu menyelusup ke badannya ketika wanita tersebut memegang hiasan rambut berwarna merah yang merupakan barang peninggalan ayahnya.

Tanpa disedari, nasibnya bakal berubah. Hidupnya yang asal bakal hilang dan dia mula mengenali dunia mendiang ayahnya yang penuh dengan kegelapan dalam mencari kebenaran.

IMG 5153

Akibat dirasuk oleh roh jahat yang mengambil bentuk bayangan rambutnya, Gu San Yeong mengalami beberapa perubahan sifat yang ketara.

Berikut ini merupakan perkara yang berbeza dan menyeramkan yang dialami oleh gadis ini setelah kerasukan dalam kdrama misteri “Revenant”:

Revenant

1. Gu San Yeong yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk melihat kehadiran makhluk halus kini boleh melihat roh dan hantu melalui cermin

988d96ef 2106 4160 925b b3f1d48879212. Kebolehan luar biasa itu membuatkan dia telah berjaya menyelamatkan beberapa orang mangsa roh jahat bersama profesor Yeom Hae Sang (Oh Jung Se)

c7340d73 2eb6 44ca 8608 c8905b40acc3

3. Selain itu, perkara yang menakutkan adalah Gu San Yeong sering tidak sedarkan diri ketika sedang dirasuk oleh roh jahat yang melekat dan mengikutinya

9c3dc2d7 93b3 432d 9de5 7fb9a8bcfe17

4. Akibatnya, dia turut melakukan perkara yang tidak biasa dilakukannya dan mengarah kepada kekerasan dan kejahatan. Contohnya, pada salah satu episod, gadis ini merosakkan anak patung kepunyaan seorang kanak-kanak

c147ab4e 840a 4e4c b85f 3efef6da6aa4

5. Roh yang merasuk Gu San Yeong juga turut membunuh orang-orang yang dibenci oleh Gu San Yeong dan kini semakin kuat

IMG 5151

6. Gu San Yeong juga mempunyai kemampuan untuk melihat perkara yang dilakukan oleh roh jahat melalui penglihatannya

IMG 5152

7. Sewaktu tidak sedarkan diri sepenuhnya, roh jahat yang merasuk Gu San Yeong turut sama mengenali Yeom Hae Sang, anak kepada salah seorang mangsanya. Gu San Yeong merasa kecewa atas kejadian kerasukan yang dialaminya, merasa seperti hilang arah dan bangkit untuk menyiasat siapakah roh jahat itu sebenarnya.

4464d6ed ee08 4e3a 8069 a68ccc2bbfeb

Bersama Yeom Hae Sang, dia berusaha merungkai misteri di sebalik peristiwa yang menimpanya. Anda rasa apakah yang akan terjadi seterusnya? Bolehkah Gu San Yeong memecahkan misteri tersebut? Anda boleh menonton sambungan kisah Revenant yang ditayangkan setiap Jumaat dan Sabtu di Disney+ Hotstar ya!

Baca lagi: 5 Kdrama Original Netflix tentang balas dendam
Baca juga: Kdrama “Revenant” – Rating Penonton Mencapai 2 Digit, Mendahului Kdrama Lain