Home Entertainment 5 Kdrama Original Netflix tentang balas dendam

5 Kdrama Original Netflix tentang balas dendam

0

Kdrama siri dengan tema balas dendam memang disukai ramai peminat!

Lebih-lebih lagi jika Kdrama siri ini merupakan siri original yang diterbitkan oleh Netflix. Bermula dari plot cerita yang bukan biasa-biasa, sampai kepada penceritaan setiap watak dengan konflik dendamnya yang berjaya membawa penonton sama-sama naik geram!

Sebagai contoh adalah lima buah Kdrama siri Korea berikut ini. Jika genre balas dendam adalah kegemaran anda, jangan lupa untuk menyaksikan Kdrama yang tersenarai ini di waktu lapang anda! Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

1. The Glory (2023)

KdramaThe Glory Part 2 mengisahkan tentang rancangan balas dendam Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) kepada Park Yeon Jin (Lim Ji Yeon). Pada zaman persekolahan, Moon Dong Eun terlibat dengan hubungan yang cukup pelik akibat kes buli yang dilakukan oleh Park Yeon Jin terhadapnya.

Kejadian buli yang sangat dahsyat tersebut meninggalkan banyak luka yang dibawa oleh Moon Dong Eun hingga dia menjengah ke usia dewasa. Dia membulatkan tekadnya untuk mengheret Park Yeon Jin masuk ke dalam neraka penderitaan yang dialaminya.

Dibintangi Song Hye-kyo, Lee Do-hyun, Lim Ji-yeon, Yeom Hye-ranPark Sung-hoon dan Jung Sung-il melengkapkan pelakon ensemble .

2. Queenmaker (2023)

8d0a6630 f13c 4c77 9d50 9c4d6cc436feKdrama siri ini merupakan drama siri yang membawa tema politik dan juga balas dendam dalam satu kemasan cerita. Kisah ini bermula dari Hwang Do Hee (Kim Hee Ae) yang merupakan salah satu orang kepercayaan di Kumpulan Eunsung. Walau begitu setia, dia sering kali mendapat layanan yang tidak adil dari “majikannya” di Kumpulan Eunsung.

Sementara itu, Oh Kyung Sook (Moon So Ri) adalah seorang peguam hak asasi manusia yang selalu berpihak kepada kaum yang lemah. Tidak hairanlah, apabila dia sering mengkritik Kumpulan Eunsung akibat keputusan-keputusan yang tidak bijak. Pada akhirnya, Hwang Do Hee ada dipihak Kumpulan Eunsung untuk membalas dendam sekaligus menghapuskan dosanya selama bekerja dengan Kumpulan Eunsung. Cara yang dipilihnya adalah membantu Kumpulan Eunsung. Penuh licik dan muslihat!

Dibintangi oleh Kim Hee-ae, Moon So-ri dan Ryu Soo-young.

3. Bloodhounds (2023)

2c94db39 6274 4ebc a207 e16b5cd90bc4Kdrama siri ini membawa kisah yang cukup dekat dengan gelas pertengahan dalam masyarakat. Pada masa transisi pandemik seperti waktu ini, perancangan lintah darat begitu mudah dalam mencari mangsanya. Capital Smile merupakan contoh syarikat lintah darah (ahlong) yang sering melakukan penipuan kepada rakyat marhaen.

Kim Gun Woo (Woo Do Hwan) adalah salah seorang mangsa dari ramai mangsa lain yang berjuang mati-matian. Dia bersama Hong Woo Jin (Lee Sang Yi) berusaha untuk meruntuhkan syarikat jahat tersebut supaya tidak lagi ada mangsa lain yang perlu menderita sepertinya.

Dibintangi oleh Woo Do-hwan, Lee Sang-yiPark Sung-woong, dan Huh Joon-ho

4. Black Knight (2023)

36c9575d 3287 48c9 acd2 c906518303a7

Seluruh bumi mengalami kerosakan dan pencemaran alam hingga terpaksa menuju distopia, tidak terkecuali wilayah Korea Selatan. Di sana, mereka perlu hidup dengan bergantung kepada jasa penghantar barang (kurier) yang disediakan oleh Cheonmyeong Group. Kumpulan ini menjadi kunci atas segala kekacauan yang berlaku, kerana Cheonmyeong Group tersebut telah menguasai penyaluran keperluan asas hingga membentuk masyarakat yang penuh dengan diskriminasi.

‘Pengantar’ 5-8 (Kim Woo Bin) bersama rakannya yang lain yang menyedari perkara tersebut, turut melakukan beberapa rancangan untuk meruntuhkan Cheonmyeong Group. Kumpulan tersebut ingin membebaskan rakyat palarian untuk mendapat hak yang setara.

Dibintangi oleh Kim Woo-bin, Song Seung-heon, Kang Yoo-seok dan Esom

5. Celebrity (2023)

3928b3db c966 4ca9 894e 463b25fd44aeCelebrity membawa ironi di sebalik gemerlapnya media sosial. Seo A Ri (Park Gu Gyeong) salah seorang watak influencer yang cukup terkenal sehingga mendapat banyak keuntungan dan kemewahan dan juga populariti. Seo A Ri yang meniti karier dari kosong, dia ternyata terkejut dengan realiti yang ada di dunia glamor selebriti.
Ramai orang memperlakukannya secara buruk dan bermuka-muka. Perkara ini menjadi asas mulanya rencana balas dendam yang terjadi di Celebrity.

Dibintangi Park Gyu-young, Kang Min-hyuk, Lee Chung-ah, Lee Dong-gun dan Jun Hyo-seong melengkapkan pelakon ensemble.

Semua lima pilihan Kdrama siri Netflix tersebut, memang wajib anda tonton untuk merasa kepuasan sebenar. Bukan hanya dendam biasa, banyak isu menarik juga turut diangkat dalam setiap Kdrama yang tersenarai.

Baca lagi: 7 Filem Misteri Netflix, Penuh Teka-Teki Pembunuhan
Baca juga: 5 filem Original Netflix terbaru tayang Julai ini