Home Entertainment 5 filem Original Netflix terbaru tayang Julai ini

5 filem Original Netflix terbaru tayang Julai ini

0

Netflix terus menerbitkan filem original mereka dari masa ke semasa. Memasuki bulan Julai, beberapa buah filem Original Netflix baru dari bakal menemani anda.

Terdapat genre thriller hingga kepada pengembaraan. Terdapat filem dari Sepanyol hingga ke negara Poland. Ada cerita tentang hantu misteri, klon manusia, hingga pemburuan harta karun.

Berikut ini merupakan 5 buah filem Original Netflix yang ditayangkan bermula Julai 2023. Jom sama-sama kita lihat:

1. Bird Box Barcelona (2023)

79457d19 1742 4360 add5 cddca3cc4688Bird Box Barcelona merupakan filem thriller seram pasca-apokaliptik berbahasa Sepanyol. Filem ini adalah spin-off dari filem Bird Box (2018). Diadaptasi dari novel tahun 2014 dengan judul yang sama karya Josh Malerman.

Berlatarkan Barcelona, cerita filem ini mengenai seorang ayah dan anak perempuannya. Mereka perlu bertahan hidup dari entiti misteri yang dapat membuatkan manusia bunuh diri jika melihatnya. Filem yang diarahkan oleh Alex Pastor dan David Pastor ini akan ditayangkan di Netflix bermula 14 Julai 2023 nanti.

2. The Deepest Breath (2023)

91b2f5a6 3b57 412c 8a84 8918ac948b57Filem dokumentari ini diarahkan oleh Laura McGann. Filem ini adalah tentang Alessia Zecchini iaitu penyelam bebas dari Itali yang gigih berlatih untuk usahanya memecahkan rekod dunia penyelaman bebas wanita Constant Weight No Fins (CNF). Rekod saat ini dipegang oleh Johanna Nordblad, yang menyelam hingga kedalaman 102 meter pada tahun 2017.

Target Zecchini adalah menyelam hingga kedalaman 105 meter. Filem ini juga akan memaparkan hubungan antara Zecchini dan Stephen Keenan, yang merupakan penyelam yang memantaunya. Keenan bertanggung jawab untuk memantau keselamatan Zecchini selama menyelam, dan kedua-dua penyelam ini telah mengembangkan ikatan yang erat. The Deepest Breath tayang di Netflix pada 19 Julai 2023 akan datang.

3. They Cloned Tyrone (2023)

7f3ce361 f3a1 491f 8472 05fd0682d715Filem komedi fiksyen ilmiah ini diarahkan oleh Juel Taylor dalam debutnya sebagai pengarah. Mengisahkan tentang Tyrone Biggums iaitu seorang pengedar dadah kelas bawahan. Pada suatu hari dia diculik oleh satu organisasi kerajaan dan dia telah diklon.

Organisasi tersebut merancang untuk menggunakan klon Tyrone Biggums sebagai subjek uji kaji untuk sejenis ubat eksperimen terbaru. Kawan-kawan Tyrone iaitu Shanice dan Rasheed bekerja sama untuk menyelamatkannya dan membongkar rancangan jahat organisasi tersebut. Filem ini akan ditayangkan pada 21 Julai 2023.

4. Wham! (2023)

698be08b ad90 406b a21a 22a8a67bd96cBukan hanya filem aksi atau komedi, filem Original Netflix yang ditayangkan pada bulan Julai 2023 juga menampilkan dokumentari tentang duo pop asal yang berasal dari United Kingdom iaitu Wham! Filem ini diarahkan oleh Chris Smith. Menampilkan wawancara dengan George Michael dan Andrew Ridgeley, serta rakaman karier duo ini.

Filem ini menceritakan tentang perjalanan Wham! menuju populariti dari hari-hari awal mereka sebagai kawan sekolah hingga kejayaan secara global mereka dengan lagu-lagu hits. Filem Wham! juga mengeksplorasi konflik peribadi dan profesional di antara kedua-dua mereka. Dokumentari ini ditayangkan di Netflix pada 5 Julai 2023 nanti.

5. Mr. Car and the Knights Templar (2023)

Filem original Netflix Mr. Car and the Knights Templar merupakan filem pengembaraan dari negara Poland arahan sutradara Antoni Nykowski. Filem ini berdasarkan sebuah novel dengan judul yang sama karya Zbigniew Nienacki. Filem pengembaraan ini menceritakan tentang Pan Samochodzik, seorang sejarawan seni dan pemburu harta karun yang menemui harta karun Templar.

https://youtu.be/3jwQVFhCX7I

Dia seterusnya bergabung dengan sekumpulan pengembara lain. Mereka perlu melindungi harta karun tersebut dari organisasi yang juga menginginkannya. Mr. Car and the Knights Templar akan ditayangkan di Netflix pada 12 Julai 2023 akan datang.

Lima filem original Netflix yang akan ditayangkan pada bulan Julai 2023 ini bakal menemani waktu lapang anda. Dari genre thriller, komedi, pengembaraan hingga dokumentari. Terdapat pula kisah hantu misteri hingga pemburuan harta karun.

Filem manakah yang membuatkan anda tertarik untuk menonton? Jangan lupa nantikan tayangannya!

Baca lagi: Betul ke ini Zac Efron? Otot serupa “The Hulk”
Baca juga: 7 filem Korea terlaris pada tahun 2023