Home Entertainment Betul ke ini Zac Efron? Otot serupa “The Hulk”

Betul ke ini Zac Efron? Otot serupa “The Hulk”

0

Betul! Itu adalah Zac Efron! Transformasi otot Zac Efron yang luar biasa untuk filem baharunya!

IMG 4085

Zac Efron menjadi ahli gusti Kevin Von Erich untuk filem baharunya “The Iron Claw” dan perubahannya sangat mengagumkan juga mengejutkan para peminatnya.

IMG 4082

The Iron Claw turut dibintangi oleh Lily James, Jeremy Allen White, Maura Tierney dan Harris Dickinson.

IMG 4094

Pelakon Baywatch yang kini berusia 35 tahun itu dirakamkan dalam set filem Louisiana filem terbarunya The Iron Claw sebelum ini. Zac Efron dilhat memakai gaya rambut baharu yang menarik perhatian sambil berdiri tidak memakai baju dengan tuala biru di pinggangnya sambil memeriksa telefonnya.

IMG 4125

The Iron Claw ialah filem sukan biografi akan datang yang ditulis dan diarahkan oleh Sean Durkin dan diterbitkan serta diedarkan oleh A24. Ia berdasarkan kehidupan ahli gusti profesional Kevin Von Erich dan keluarga Von Erich. Diibintangi Zac Efron dengan pelakon ensemble termasuk Lily James, Jeremy Allen White, Harris Dickinson, Maura Tierney, dan Holt McCallany.

IMG 4127

Dalam filem Iron Claw A24, Zac Efron memainkan watak ahli gusti profesional Kevin Von Erich. Filem ini berdasarkan kisah benar dan menjejaki “kebangkitan dan kejatuhan keluarga Von Erich, sebuah lagenda ahli gusti yang memberi impak besar kepada sukan itu dari tahun 1960-an hingga ke hari ini,” menurut studio itu.

IMG 4086

Zac Efron memberitahu Men’s Health tentang proses “bulking up” untuk bentuk fizikalnya itu, menjelaskan bahawa dia mempunyai pendekatan yang berbeza kali ini dibandingkan dengan latihan yang dia lakukan untuk filem Baywatch 2017. Dia berkata dia “mengalami kemurungan yang agak teruk, untuk masa yang lama” selepas selesai daripada latihan yang ketat untuk projek itu (Baywatch).
IMG 4126
Jeremy White Allen, 32, dan Efron, 35, yang membawa peranan sebagai juara gusti adik beradik dalam filem baharu ini terpaksa mengubah badan mereka untuk kelihatan perkasa dalam peranan itu.
Zac Efron

Peminat mula-mula melihat perubahan drastik bentuk tubuh baharu Efron pada Oktober 2022 apabila dia dirakamkan dalam set A24 yang turut dibintangi oleh Lily James, Maura Tierney dan Harris Dickinson, ketika itu Zac Efron tidak memakai apa-apa selain tuala di pinggangnya.

IMG 4093

Beberapa minggu kemudian, pelakon itu berkongsi sekilas wataknya dalam aksi di dalam gelanggang gusti di Instagramnya.

Filem ini dijangkakan keluar pada tahun ini juga namun masih belum diumumkan tarikh tayangan rasminya.

Baca lagi: 8 filem Jennifer Lawrence rating paling teruk

Baca juga: 14 Kdrama 2023 penuh teori dan misteri