Home Entertainment 8 filem Jennifer Lawrence rating paling teruk

8 filem Jennifer Lawrence rating paling teruk

0

Setelah berjaya membawa watak sebagai tentera yang berjuang menghadapi trauma dalam Causeway (2022), tahun ini Jennifer Lawrence atau dikenali juga sebagai J-Law kembali menerusi filem terbarunya yang berjudul No Hard Feelings (2023).

Mengusung genre komedi erotik, filem ini menampilkan Jennifer Lawrence sebagai teman wanita kontrak kepada seorang lelaki introvert. Sayangnya, walaupun mempunyai jalan cerita yang unik, No Hard Feelings mendapat ulasan yang kurang baik daripada para pengkritik filem.

Jennifer lawrence

Di Rotten Tomatoes, filem yang dibintangi Jennifer Lawrence bersama Andrew Barth Feldman (High School Musical: The Musical: The Series) ini hanya mampu mengumpulkan rating sebanyak 67 peratus sahaja.

Walaupun begitu, sebenarnya rating yang diperolehi oleh fielm No Hard Feelings masih dalam kategori baik jika dibandingkan dengan beberapa buah filem Jennifer Lawrence sebelum ini.

Tidak percaya? Berikut merupakan 8 buah filem lakonan Jennifer Lawrence dengan rating terendah di Rotten Tomatoes. Dua di antaranya merupakan filem X-Men! Jom sama-sama kita lihat:

 

ea2069cb cbef 4533 aece 43ed46afbc721. Walaupun diangkat dari kisah benar, jalan cerita filem Joy (2015) dianggap sangat tidak logik oleh ramai pengkritik. Filem ini sekadar mendapat rating sebanyak 60 peratus

Jennifer Lawrance2. Meraih rating 56 peratus, Don’t Look Up (2021) nampaknya mendapat bermacam jenis kritikan, menyukai atau membencinya. Anda tergolong dalam yang mana

9cb139d9 aeec 40e3 af2e 167b3dc47a1c3. CGI yang buruk menjadi salah satu sebab X-Men: Apocalypse (2016) mendapat rating rendah iaitu 47 peratus. Nasib baik filem ini berjaya secara komersial

f1fe715e aaa8 4bf3 927e d289990189044. Terlalu kontroversi, adegan berani tanpa seurat benang Jennifer Lawrence dalam Red Sparrow (2018) tidak disukai ramai. Hasilnya, filem ini hanya mampu mengumpulkan rating sebanyak 45 peratus!

73e54a40 a0c0 4bd8 8c3b 3740d1fd5e235. Akibat terlalu simbolik, The Burning Plain (2008) sukar untuk dicerna dan difahami oleh sebahagian penonton. Sudah menonton filem dengan rating 38 peratus ini?

180b76a7 965b 491c a1fa 067b6596eae06. Keserasian Jennifer Lawrence dan Chris Pratt tetap tidak dapat memuaskan hati para pengkritik menerusi filem Passengers (2016). Rating 30 peratus dianggap sesuai untuk filem ini yang dikatakan gagal

02c7716c b632 45ae 80cd e665b12cb5517. Bukan hanya gagal di box office, Dark Phoenix (2019) juga termasuk dalam senarai filem X-Men terburuk dengan rating 22 peratus. Kenapa ya?

c1b7b857 01b4 493e b4dd 36ebcd48d06e8. Filem seram pertama lakonan Jennifer Lawrence iaitu House at the End of the Street (2012), nampaknya perlu gigit jari dengan rating yang sangat rendah iaitu 12 peratus akibat plot twist yang tidak menjadi.

Dari kesemua lapan tajuk yang tersenarai di atas, tiga di antaranya merupakan filem dengan bajet besar dan juga box office iaitu X-Men: Apocalypse (178 juta dolar AS), Passengers (150 juta dolar AS), dan Dark Phoenix (200 juta dolar AS). Walaupun mendapat ulasan buruk, tiga buah filem Jennifer Lawrence tersebut masih menarik untuk ditonton bersama keluarga di rumah.

Baca lagi: 14 Kdrama 2023 penuh teori dan misteri

Baca juga: Ending “Celebrity” – Muncul Sebagai Cameo, Siapakah Lee Junho 2PM