Home Artis Korea Filem Aksi “Revolver” Menyatukan 3 Bintang Ini

Filem Aksi “Revolver” Menyatukan 3 Bintang Ini

0

Revolver, filem aksi thriller bakal menyatukan 3 nama besar, Ji Chang Wook, Jeon Do Yeon dan Lim Ji Yeon!

Ketiga-tiga bintang ini akan bekerjasama dan dilakonkan dalam filem akan datang “Revolver,” syarikat produksi dan pengedar Plus M Entertainment mengumumkan semalam pada 5 Julai 2023.

Filem “Revolver” ialah filem Korea penuh aksi yang mengisahkan heroin, bekas pegawai polis bernama Soo Young. Pendahulu wanita yang kuat ini akan mengisi jalan cerita filem itu dengan usaha kuatnya untuk mencapai satu matlamat dan tujuan.

Jeon Do Yeon akan mengambil peranan sebagai Han So Young bekas pegawai polis yang dijebak atas kes jenayah dan menjalani hukuman di penjara. Selepas dibebaskan dari penjara, dia kemudian mencari tujuan dan misi baru.

Lim Ji Yeon akan membawakan watak Jung Yoon Sun. Walaupun sangat sedikit maklumat tersedia pada masa ini tentang watak itu, Jung Yoon Sun dilaporkan akan berjuang bersama Soo Young untuk mencapai agendanya sendiri.

Manakala Ji Chang Wook pula akan membawakan watak lelaki misteri bernama Andy.

IMG 4826Jeon Do Yeon memulakan kerjaya pada tahun 1992 dengan siri televisyen “Our Heaven” dan sejak itu membintangi beberapa filem yang berjaya secara kritis dan komersial, termasuk “Secret Sunshine” (2007) yang mana dia memenangi pelakon wanita terbaik di Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-60 dan terbaru, filem Netflix “Kill Boksoon” yang ditayangkan di Berlinale pada bulan Februari.

Lim Ji Yeon Lim Ji Yeon yang membuat debut filem pertamanya pada tahun 2014 dengan “Obsessed,” membuat kejayaan dengan siri drama Netflix “The Glory” (2022–2023) dan kini membintangi “Lies Hidden in My Garden” bersama Kim Tae- hee yang disiarkan secara striming di Prime Video. Lim Ji Yeon juga akan menjadi bintang utama bersama pelakon Park Hae Jin dan Park Sung Woong untuk Kdrama “The Killing Vote” yang dijadual ditayangkan pada bulan Ogos ini.

Ji chang wook

Ji Chang Wook memulakan kerjayanya dalam teater dan telah membintangi siri televisyen seperti “Empress Ki” (2013–2014), “Suspicious Partner” (2017), “The Sound of Magic” (2022) dan “If You Wish Upon Me” (2022).

Peminat pasti sudah tidak sabar untuk melihat Lim Ji Yeon, Jeon Do Yeon dan Ji Chang Wook bersama dalam filem Korea baharu, Revolver. Lakonan sengit Lim Ji Yeon, didahului dengan gerakan lancar Ji Chang Wook dan persembahan sempurna Jeon Do Yeon, pastinya akan membawa filem Korea Revolver naik ke puncak box office Korea Selatan.

Revolver

Oh Seung Wook pengarah yang akan mencipta filem “Revolver”, juga sebelum ini pernah bekerjasama dengan Jeon Do Yeon dalam filem noir “The Shameless” tahun 2015. Karya ini, “The Shameless (2015)” , telah mendapat perhatian besar-besaran di Festival Filem Cannes. Pencapaian ini menyumbang kepada mengapa  Revolver adalah antara filem Korea yang paling ditunggu-tunggu!

Pembikinan filem Korea ini, Revolver , telah mula menjalani penggambaran di Korea Selatan bulan lepas. Revolver dijangka ditayangkan tepat pada masanya untuk Festival Filem Cannes 2024.

Nantikan kemaskini dari kami lagi ya!

Baca lagi: “King the Land’, menduduki No.1 dalam siri bukan Inggeris yang paling banyak ditonton
Baca juga: 12 Filem Korea Ini Berjaya Raih 5 Juta Penonton