Home Entertainment 10 Filem Paling Mahal Pada Separuh Pertama 2023

10 Filem Paling Mahal Pada Separuh Pertama 2023

0

Bermula dari Januari hingga Jun 2023, Hollywood sudah melancarkan beberapa buah filem paling mahal dengan kos produksi yang sangat mahal.

Setiap tahun, industri Hollywood selalu mempunyai cara untuk mencuri perhatian masyarakat dunia melalui filem terbaiknya. Memasuki tahun 2023, Hollywood berinovasi menghasilkan filem dengan idea luar biasa, seperti filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, diarahkan oleh James Gunn.

Kisah yang unik dan menarik membuatkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 berjaya menjadi bahan bualan para peminat filem. Laman sesawang kritikan kebanyakannya memberikan rating tinggi. Untuk mencipta filem yang berkualiti, produksi filem juga menelan biaya yang bukannya sedikit dan menjadikan ia sebagai salah satu filem paling mahal di Amerika Syarikat.

Dipetik dari The Numbers, berikut ini adalah filem paling mahal Hollywood yang diketahui menelan kos pembiayaan produksi termahal di separuh pertama tahun 2023.

Filem paling mahal1. Untuk siri keduanya, Shazam! Fury of the Gods menghabiskan lebih banyak kos produksi sekitar 125 juta dolar AS

Baca lagi: 10 Filem Adaptasi Novel Terbaik Sepanjang Zaman

cd408b0c bafb 4a89 8748 f9bb6a09e4dd2. Paramount Pictures mengeluarkan dana 150 juta dolar AS untuk menghasilkan Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves

044ea120 7d5c 4194 9c0f 8c601465a438

3. Di sebalik visualnya yang memanjakan mata, Elemental: Force of Nature ternyata menelan bajet bernilai 200 juta dolar AS

4c904aa8 f7b7 44bd ac37 4fdc5abd9598

4. Masih menjadi bualan ramai, filem adaptasi DC Comics ini menembusi angka 200 juta dolar AS. The Flash mengisahkan tentang perjalanan waktu Barry Allen

136cae04 3641 4b8b a947 7f19ff4cf441

5. Sama dengan Elemental dan The Flash, Transformers: Rise of the Beasts juga menghabiskan kos produksi yang melebihi 200 juta dolar AS

Baca juga: 7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik

2d080c74 8db4 4f24 9522 4aca28317e63

6. Sebahagian besar adegan Ant-Man and the Wasp: Quantumania adalah menggunakan CGI. Tidak hairanlah jika menelan bahet sebanyak 200 juta dolar AS

3cf20be4 965a 41a5 9fca 4716e217721b

7. The Little Mermaid mempamerkan adegan di dalam air yang dibantu dengan kecanggihan CGI. Filem Disney ini menelan belanja 250 juta dolar AS

3145a507 98bc 4ef4 a79f c7f97fc28d49

8. Untuk menghasilkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 dengan maksima dan terbaik, Marvel Studios menghabiskan dana sebanyak 250 juta dolar AS

91e82a1a 492a 480b 928e ebbd47fe9ae6

9. Angka 300 juta dolar AS dihabiskan untuk pembikinan filem Indiana Jones and the Dial of Destiny. Anda sudah menonton?

ffb886f3 66fe 44fa 849c 93a39e96d361

10. Fast X menjadi filem yang paling mahal di separuh pertama 2023 dengan biaya produksi sebanyak 340 juta dolar AS. Memang hebat!

Industri Hollywood memang tidak pernah ragu untuk menghabiskan duit yang banyak bagi kos produksi dengan angka yang sangat tinggi. Filem terbitan yang berasal dari Amerika Syarikat ini memiliki target tersendiri untuk dinikmati oleh masyarakat dunia. Fast X berjaya memegang rekod sebagai filem paling mahal setakat ini.

Dari banyak-banyak filem paling mahal tersenarai diatas, yang manakah filem paling menarik telah anda tonton?

Baca lagi: 2 Bintang Kacak Ahn Hyo Seop, Lee Min Ho Menyelamatkan Dunia Dari Kiamat Dalam Filem Adaptasi Webtoon
Baca juga: 7 Kdrama Terbaru, Tayang Ogos 2023