Home Entertainment 10 Filem Terbaik Tom Cruise Berdasarkan Rating Rotten Tomatoes

10 Filem Terbaik Tom Cruise Berdasarkan Rating Rotten Tomatoes

0

Selepas penantian panjang selama lima tahun, para peminat Mission: Impossible akhirnya boleh menyaksikan aksi Ethan Hunt (Tom Cruise) dalam filem ketujuhnya, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023).

Telah ditayangkan secara perdana di Spanish Steps, Rome, Italipada 19 Jun 2023, filem ini mendapat respon positif dari pengktitik filem dunia. Brian Tallerico dari RogerEbert.com menyebut bahawa filem arahan Christopher McQuarrie ini sangat menyeronokkan dan dipenuhi adegan aksi yang cukup berkesan.

Perkara sama juga disampaikan oleh Maureen Lee Lenker dari Entertainment Weekly. Dia memuji kehebatan dan ketangkasan Tom Cruise dalam melakukan adegan berbahaya tanpa bantuan stuntman.

Pencapaian tersebut tentunya menambah senarai filem dengan rating tinggi yang dibintangi oleh Tom Cruise. Pastinya termasuk Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One.

Terdapat sepuluh filem Tom Cruise yang mendapat rating terbaik di Rotten Tomatoes. Dead Reckoning ada di tempat ke berapa agaknya ya?

10. Gandingan Cruise dan Paul Newman, The Color of Money (1986) menceritakan tentang skim penipuan dalam dunia orang-orang kaya. Mencapai rating 88 peratus

ef26755f 04ef 489c 866e 78fbf3cdc400

9. Rain Man (1988) mengisahkan tentang hubungan adik beradik yang kompleks dan juga mengharukan. Sudah menonton filem dengan rating 89 peratus ini?

c4c67bae dfb1 4648 b015 113096a594e2

8. Kolaborasi Tom Cruise dan Steven Spielberg dapat anda saksikan dalam Minority Report (2002) yang mencatat rating 90 peratus. Jalan cerita untuk filem ini sangat luar biasa!

5ca0fdcc 4bc1 4b6d b34b d723d1ad7d21

7. Rating 91 peratus diraih oleh filem Edge of Tomorrow (2014) yang diadaptasi dari novel karya Hiroshi Sakurazaka. Sesuai buat penggemar tema time loop (gelung waktu)!

76f71c9e c205 4f29 b96f 560014c98c45

6. Mendapat rating 92 peratus, Risky Business (1983) berjaya menaikkan nama Tom Cruise ke dunia glamor secara global. Lakonannya dalam filem tersebut dikenang hingga ke hari ini!

3ed6b26a a62e 48a3 aeaf 336af3dad6fb

5. Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011) menampilkan aksi Tom Cruise memanjat Burj Khalifa. Hasilnya, rating setinggi 93 peratus dapat dicapai!

02e28d24 ab39 417f bd89 c657da7cd8fc

4. Empat tahun selepas Ghost Protocol, Tom Cruise kembali dalam Mission: Impossible Rogue Nation (2015) yang merangkul rating 94 peratus.

dcd29a77 97d3 472f a72f 344a9fc22983

3. Top Gun: Maverick (2022) berjaya melangkaui filem pertamanya dengan rating 96 peratus. Bukan hanya itu, filem ini juga mengaut 1.493 billion dolar AS di box office

d09a80b1 34c2 4ac4 a6d6 895a658e69a1

2. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan pertarungan Tom Cruise dan Henry Cavill dalam Mission: Impossible – Fallout (2018)? Layak mendapat rating 97 peratus!

f4059717 23dd 4c25 8f72 63675cda15fe

1. Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023) mendahului dengan rating 98 peratus. Dijadualkan tayang di pawagam pada 8 Julai 2023, hari ini!!

Tom cruise

Bukan hanya menjadi filem Tom Cruise dengan rating terbaik, Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One juga menjadi salah sebuah filem termahal yang pernah dibuat. Dipetik dari Variety, filem ketujuh Mission: Impossible ini menghabiskan belanja sekitar 290 juta dolar AS.

Baca lagi: 10 Filem Paling Mahal Pada Separuh Pertama 2023
Baca juga: 8 Filem Sekuel Raih Keuntungan Lebih Besar Dari Filem Pertama