Home News Ini Cara Dapatkan Semula Sijil Kelulusan Jika Hilang Ataupun Rosak, Ikuti Langkah-Langkah...

Ini Cara Dapatkan Semula Sijil Kelulusan Jika Hilang Ataupun Rosak, Ikuti Langkah-Langkah Ini

0

Sijil akademik seperti Sikil Pemeriksaan Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) atau Malaysian Universiti English Test (MUET) sangat penting untuk mengesahkan bahawa seseorang telah menerima pendidikan tertentu atau sudah melepasi dan lulus satu ujian.

Dokumen-dokumen penting ini yang biasanya diperlukan dalam pelbagai urusan termasuk permohonan melanjutkan pelajaran institusi pengajian tinggi atau temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.

Baca lagi: Kutip Duit Parking Secara Haram Siap Letak Harga, Lelaki Ini Mintak DBKL Buat Kerja

Baca lagi: 5 Cara Duduk Ini Mendedahkan Personaliti Anda

Lihat juga video dibawah:

Bagi SPM, Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Lower Certificate of Education (LCE) anda boleh mendapatkan semula sijil dengan langkah seperti berikut:-

Screenshot 2023 07 08 161029

1. Lembaga Peperiksaan Malaysia

Anda boleh sahaja hadir sendiri ke kaunter Lembaga Pemeriksaan Malaysia, dan tunjukkan semua bukti dokumen pengenalan diri serta salinan keputusan (jika ada) semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

2. Mewakili Pihak Ketiga

Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda boleh sahaja melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, suami, isteri ataupun anak.

Wakil perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil daripada ahli keluarga terdekat. Wakil perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani pemohon bersama salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.

Permohonan melalui orang perseorangan, agen atau syarikat tertentu tanpa Surat Pelantikan Wakil tidak dibenarkan.

3. Permohonan Melalui Pos

Anda boleh membuat permohonan melalui pos dengan cara menghantar Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/ Pin 1.06.

Borang yang lengkap diisi dikepikan bersama salinan kad pengenalan dan hendaklah dipos ke alamat yang tertera di dalam laman web Lembaga Pemeriksaan. Anda digalakkan menyertakan sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan pernyataan keputusan pemeriksaan.

4. Setiap Permohonan Salinan Keputusan Akan Dikenakan Caj

Bayaran proses sebanyak RM30 akan dikenakan untuk setiap permohonan salinan keputusan. Bayaran juga boleh dibuat secara tunai, menggunakan wang pos (Postal Order) atau kiriman wang (Money Order) atas nama ‘Akauntan Negara Malaysia’ dan Cek persendirian tidak akan diterima.

5. Tempoh Pengeluaran Salinan

  • Tempoh yang diberi untuk pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan – tujuh hari bekerja

Sijil STPM dan MUET

1. Bagi salinan keputusan STPM dan MUET, anda perlu memohon daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

2. Anda boleh hadir sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia di Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100, Batu Caves, Selangor.

3. Bawa bersama kad pengenalan dan wang tunai sebanyak RM50 untuk STPM manakala RM40 bagi MUET.

4. Daftar di kaunter MPM dengan menggunakan kad pengenalan.

5. Anda akan menerima kad pelawat untuk ke jabatan yang berkaitan.

6. Naik ke Aras 2, Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET. Terus ke kaunter.

Calon SPM Ulangan Boleh Gabung Keputusan Satu Sijil

Selain mendapatkan semula sijil yang baru, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM daripada Lembaga Peperiksaan.

Patching sijil SPM ini merupakan perkhimatan baru Lembaga Peperiksaan yang membolehkan calon mengulang SPM memperoleh sijil yang menggabungkan beberapa keputusan terbaik ke dalam sekeping sijil sahaja.

Antara syarat permohonan patching sijil SPM ini ialah calon mesti memperoleh sijil kali pertama mulai tahun 2009. Bagaimanapun, permohonan terhad kepada 12 mata pelajaran sahaja.

Perkhidmatan patching ini hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

Terjemahan Bahasa Inggeris

Selain itu, anda juga boleh menterjemahkan sijil SRP, PMR dan SPMU ke dalam Bahasa Inggeris.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda!

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang