Home Entertainment 8 Filem Sekuel Raih Keuntungan Lebih Besar Dari Filem Pertama

8 Filem Sekuel Raih Keuntungan Lebih Besar Dari Filem Pertama

0

Filem sekuel biasanya dibuat sewaktu sebuah filem berjaya mengaut kejayaan besar. Selain memiliki jumlah penonton yang sangat ramai, pendapatan yang diraih juga sangat lumayan. Sering kali filem gagal menghasilkan sekuel walau jalan ceritanya menarik kerana faktor peminat.

Sayangnya sekuel sering kali tidak dapat menandingi filem pertamanya. Bahkan banyak sekuel yang gagal memenuhi cita rasa penonton. Hasilnya, jumlah pendapatan yang dikutip melalui filem sekuel sangat rendah berbanding dengan filem sebelumnya.

Tetapi berbeza pula dengan 8 buah filem Hollywood berikut yang mendapat lebih kejayaan dan lebih menguntungkan berbanding filem pertama. Jom sama-sama kita lihat senarai filem sekuel yang berjaya mengatasi filem pertama seperti di bawah ini:


1. The Bourne Supremacy (2004)

Filem sekuelFilem The Bourne pertama kali ditayangkan pada tahun 2002. Filem yang dibintangi oleh Matt Damon ini merupakan adaptasi dari novel The Bourne Identity karangan Robert Ludlum. Filem tentang seorang individu yang kehilangan memori dan identitinya ini mendapat respon positif dari orang ramai.

Filem pertama The Bourne Identity berjaya mengaut pendapatan sekitar 214 juta dolar AS di box office. Filem sekuel ini pula lebih menarik perhatian kerana plot yang berbeza dengan versi novel. The Bourne Supremacy yang ditayangkan 2 tahun selepas filem pertama ini meraih pendapatan sebanyak 290 juta dolar AS.

2. The Twilight Saga: New Moon (2009)

4d506a2f 5637 4a8d a6ce 05df448001dbSejak ditayangkan pada tahun 2008, filem Twilight terus popular di kalangan remaja. Filem adaptasi dari novel Staphanie Meyer ini mengisahkan tentang vampire yang jatuh cinta dengan manusia biasa. Cinta segitiga dengan serigala jadian membuatkan filem ini semakin membuat remaja menjadi obses.

Filem pertamanya berjaya membuat nama Kristen Stewart, Robert Pattinson, dan Taylor Lautner semakin bersinar. Twilight menghasilkan pendapatan sebanyak 407 juta dolar AS dan menjadi box office. Setahun berikutnya, filem sekuel yang bertajuk New Moon menyusul kejayaan filem pertama dengan keuntungan sekitar 709 juta dolar AS.

3. Austin Powers: The Spy Who Shagged Me (1999)

07364684 38a8 4ada ac65 8016e96904f6Nama Mike Myers semakin dikenali secara meluas ketika membintangi filem Austin Powers: International Man of Mystery pada tahun 1997. Filem ini juga menghasilkan pendapatan yang tinggi bukan hanya dari layar perak tetapi juga melalui penjualan DVD. Lagi pula filem ini memiliki karakter ikonik seperti Dr. Evil.

Dua tahun berikutnya, filem sekuel dengan judul Austin Powers: The Spy Who Shagged Me ditayangkan kerana kejayaan filem pertamanya. Dulu filem originalnya hanya mengaut keuntungan sebanyak 67 juta dolar AS. Untuk sekuelnya, filem ini berhasil meraih pendapatan sebanyak 312 juta dolar AS.

4. Shrek 2 (2004)

1f8ef2d9 601f 47fb 8193 093e35ca29cd

Shrek pertama kali ditayangkan oleh DreamWorks pada tahun 2001 dan terus popular di kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan Shrek dan kawan keledainya untuk menyelamatkan Puteri Fiona. Nama-nama artis terkenal seperti Cameron Diaz, Eddie Murphy, dan Mike Myers turut mengisi suara filem ini.

Filem pertamanya berjaya mencuri hati penonton dengan meraih pendapatan sebanyak 484 juta dolar AS. Kemudian filem sekuel Shrek 2 dilancarkan pada tahun 2004 dan ternyata berjaya besar. Sekuel filem ini juga menghasilkan sebanyak 918 juta dolar AS, dua kali ganda lebih banyak dari filem pertama.

5. 22 Jump Street (2014)

d62f0c0c a178 4cc2 b130 8e2e73c64f3fFilem 21 Jump Street menceritakan tentang kisah lucu dan menarik penyamaran polis di sekolah untuk mencari dalang di sebalik penyeludupan dadah. Filem yang dibintangi oleh Channing Tatum dan Jonah Hill ini menjadi box office sewaktu ditayangkan pada tahun 2012. Penghasilan filem pertama sekitar 201 juta dolar AS.

Sekuel ini dilancarkan dua tahun selepas filem pertama dan berjaya mengungguli filem pertamanya. Ceritanya masih sama namun berlatarkan universiti pula. 22 Jump Street berjaya menghasilkan sebanyak 331 juta dolar AS.

6. Toy Story 2 (1999)

6e87baab 6d9a 4b09 b6cb a525218103adToy Story pertama kali ditayangkan pada tahun 1995. Filem animasi ini mencweitakan tentang permainan yang dapat bergerak sewaktu pemiliknya tidak ada. Jalan cerita yang menarik membuatkan Toy Story sangat berjaya di layar perak. Filem ini meraih pendapatan sebanyak 373 juta dolar AS.

Menyusuli kejayaan filem pertama, sekuel Toy Story turut dilancarkan pada tahun 1999. Pernah dijangkakan akan flop, ternyata Toy Story 2 menghasilkan pendapatan lebih besar iaitu 497 juta dolar AS.

7. The Matrix Reloaded (2003)

e903c53c df1e 492e a5c8 eb0f50dc614cSejak pertama kali ditayangkan pada tahun 1999, filem The Matrix terus meraih kejayaan. Filem bergenre sains fiksyen ini juga dipenuhi adegan aksi memukau dari Keanu Reeves. The Matrix seterusnya menghasilkan sekuel kerana telah memperoleh keuntungan sebanyak 465 juta dolar AS.

Sekuel yang bertajuk The Matrix Reloaded ditayangkan pada tahun 2003 dan berjaya menandingi kehebatan filem pertama. Sekuel ini menghasilkan keuntungan sebanyak 741 juta dolar AS, serta menjadi film rating R terlaris yang kemudian disusuli oleh Deadpool.

8. The Dark Knight (2008)

5a833564 31f3 480b 9342 d754edede497

Kematian Heath Ledger membawa luka yang mendalam bagi para peminat filem dan juga sesama rakan artisnya. Mendiang Heath Ledger berjaya menghidupkan watak Joker dengan sangat baik. Filem pertamanya iaitu Batman Begins berjaya mengaut keuntungan sebanyak 379 juta dolar AS.

Sekuel ini ditayangkan sebulan setelah Heath Ledger meninggal dunia. Filem The Dark Knight yang diarahkan oleh pengarah tersohor Christopher Nolan mendapat kejayaan yang sangat besar. Filem ini menghasilkan keuntungan sebanyak 1.081 billion dolar AS.

Ternyata filem sekuel juga boleh meraih kejayaan lebih besar dari filem pertama jika mempunyai ‘faktor wow’ yang tersendiri. Semua 8 filem sekuel box office yang tersenarai di atas berjaya mematahkan stereotaip kegagalan filem sekuel dengan pendapatan yang luar biasa hebat.

Baca lagi: 10 Filem Terlaris Paul Rudd
Baca juga: “King the Land’, menduduki No.1 dalam siri bukan Inggeris yang paling banyak ditonton