Home Entertainment 10 Filem Terlaris Paul Rudd

10 Filem Terlaris Paul Rudd

0

Para peminat Marvel mulanya tidak berapa berminat dengan karakter Scott Lang. Namun pelakon ternama Paul Rudd yang membawakan watak ini telah berjaya memikat hati para peminat Marvel.

Paul Rudd adalah pelakon yang membawa watak Ant-Man dan seperti yang diketahui ramai, pelakon ini sentiasa kelihatan awet muda, pelakon dengan nama asal Paul Stephen Rudd ini rupa-rupanya sudah berusia 54 tahun! Selain menjadi pelakon, Paul Rudd juga merupakan seorang sebagai pelawak, penulis skrip, dan juga produser.

Paul Rudd cukup popular semasa zaman mudanya, selain popular dalam siri filem Marvel, Paul Rudd yang dilahirkan di Passaic, New Jersey, Amerika Syarikat pada 6 April 1969 ini ternyata telah membintangi banyak filem lain yang turut berjaya membawa keuntungan besar. Sebelum Ant-Man and the Wasp: Quantumania, beberapa buah filem Paul Rudd juga telah berjaya meraih kejayaan luar biasa dalam industri hiburan.

 

 

Selain siri ketiga Ant-Man, berikut merupakan filem Paul Rudd yang paling laris di dunia. Angka pendapatannya pasti mengejutkan anda! Jom sama-sama kita lihat seperti di bawah ini:

e28df0dd e524 40c3 9a44 e2ae9bf34245

1. Tampil membawa watak sebagai pembaca berita yang meyakinkan, Anchorman 2: The Legend Continues (2013) memperoleh 172 juta dolar AS

7c587be5 68e1 4e09 b72a 274e1af15c1f2. Meraih 176 juta dolar AS, The 40 Year-old Virgin (2005) berjaya menjadi filem romantik komedi terbaik dan terlaris pada masa itu

f185ec9a 2263 419c 8a86 2cdd58cd132b3. Salah sebuah filem sekuel dengan jarak masa paling lama, Ghostbusters: Afterlife (2021) menyebat angka 203 juta dolar AS keuntungan!

68099365 0133 499e bee2 b8ed7bf618f84. 219 juta dolar AS berjaya dikaut Knocked Up (2007). Filem romantik komedi Judd Apatow ini selalu berjaya membuat penonton senak perut ketawa!

4e8657dd 3bcc 4abd a018 6e5d084f44045. Monsters vs. Aliens (2009) menjadi filem animasi terlaris Paul Rudd dengan mengaut keuntungan sebanyak 381 juta dolar AS

c84d8ec3 3ac5 49c4 ac54 379d9d04bccf6. Filem pertama tentang manusia semut yang luar biasa tidak mengecewakan. Ant-Man (2015) meraih pendapatan 518 juta dolar AS

f2cadf37 ccf4 4754 87d2 cef1f94d9d497. Muzium dengan pelbagai kisah misteri dan teka teki, Night at the Museum (2006) berjaya mendapat angka 579 juta dolar AS di box office

Paul rudd8. Scott Lang bertemu rakan baru dalam Ant-Man and the Wasp (2018). 623 juta dolar AS berjaya diraih untuk filem kedua manusia semut ini

54afc2af 7102 4cf1 a1cf 22fbcaa83a238. Mendapat 1.153 billion dolar AS, Paul Rudd debut sebagai Ant-Man dalam Captain America: Civil Wars (2016)

14aec12f 2cfa 4d67 bca1 4e1caafb1b4b10. Paul Rudd juga terlibat dalam filem Avengers: Endgame (2019), salah satu filem terlaris sepanjang zaman yang meraih 2,798 billion dolar AS

Sebelum turut terlibat dalam projek MCU, Paul Rudd ternyata aktif membintangi beberapa buah filem romantik komedi atau romcom. Beberapa buah filemnya berjaya meraih kejayaan besar dengan pendapatan yang lumayan. Filem MCU yang dibintanginya juga menampilkan unsur komedi yang berjaya menambah rasa dalam jalan cerita dan kehadirannya selalu menghiburkan.

Baca juga: 12 Filem Korea Ini Berjaya Raih 5 Juta Penonton
Baca lagi: 10 Filem Anime, Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman