Home Entertainment 10 Artis Bollywood Menolak Tawaran Dari Hollywood

10 Artis Bollywood Menolak Tawaran Dari Hollywood

0

Semua sudah maklum bahawa Priyanka Chopra Jonas kini sudah berjaya di Hollywood kerana pernah membintangi siri membintangi serial Quantico, dan beberapa filem popular Hollywood yang lain.

C94D24FD D594 439F B26E 6B79661A2D1ALagi pula pelakon jelita itu kini sudah menapak di Hollywood sejak mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal dari Hollywood yang merupakan anggota kumpulan Jonas Brothers iaitu Nick Jonas.

Jika Priyanka Chopra Jonas mampu melakar nama di Hollywood, mengapa artis-artis ternama Bollywood lain tidak mengikut jejaknya dan melebarkan sayap ke Hollywood?

Baca Lagi: Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

Rupa-rupanya Priyanka Chopra Jonas sendiri pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam filem Hollywood, beberapa orang pelakon ternama Bollywood lain juga pernah menolak tawaran untuk ke Hollywood, jom kita lihat senarai artis-artis tersebut:

1. Akshay Kumar

B64E783D C4E6 410F BC86 21BF37E3EEF7Pelakon filem aksi, Akshay Kumar menolak tawaran untuk berlakon dalam satu filem bersama dengan Dwayne “The Rock” Johnson, Akshay Kumar menolak tawaran tersebut kerana baginya dia boleh memberi persembahan yang lebih maksimum dan optimum untuk penonton dan peminat-peminatnya di negara India. Nampaknya Akshay Kumar amat setia dengan peminat-peminatnya di India!

2. Aishwarya Rai Bachchan
49A7423A 04F8 44E0 9DFB A18647BE90D6Digelar sebagai wanita tercantik di dunia, memang tidak mengejutkan apabila Aishwarya Rai ditawarkan watak sebagai Briseis, yang boleh membuatkannya bergandingan dengan Brad Pitt dalam filem Troy. Dia menolak tawaran tersebut kerana tidak menyukai adegan intim yang perlu dilakonkan olehnya jika dia menjadi Briseis.

3. Dilip Kumar

5BDC09A8 381E 4614 9BE2 41D40E7438B5Pelakon veteran Dilip Kumar juga pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem Hollywood pada zamannya. Dilip Kumar menolak tawaran untuk watak lagenda utama dalam filem Lawrence of Arabia, yang kemudiannya digantikan oleh pelakon Mesir iaitu Omar Sharif. Filem ini bukan biasa-biasa kerana telah berjaya memenangi tujuh Anugerah Oscar.

4. Irrfan Khan
37F2517D AC2D 4E0F 89F8 C67F7271CCBEIrrfan Khan sudah tidak asing lagi kerana almarhum sering tampil membawa watak yang hebat dalam filem-filem Hollywood. Almarhum Irrfan Khan telah muncul dalam filem-filem seperti The Jurassic World dan The Amazing Spiderman.

Sewaktu almarhum Irrfan Khan ditawarkan watak dalam filem Interstellar yang akhirnya dilakonkan oleh Matt Damon, dia menolak kerana dia perlu berada di Amerika selama empat bulan secara berturut-turut. Kebetulan pula dia tidak dapat tinggal di Amerika terlalu lama kerana perlu menjalani penggambaran The Lunchbox dan D-Day.

Terlepas peluang untuk tampil dalam Interstellar tidak membuat Irrfan Khan kecewa kerana ternyata dia menjadi pelakon utama untuk dua filem yang memenangi Oscar iitu Life of Pi dan Slumdog Millionaire.

5. Ronit Roy
7374CAD4 25D3 43D7 A0BD 483897BFC963Ronit Roy juga terpaksa menolak tawaran bagus dari Hollywood apabila jadual penggambarannya bertembung dengan filem Hollywood yang ditawarkan. Dia ditawarkan watak dalam filem yang memenangi Anugerah Oscar iaitu Zero Dark Thirty. Sayang sekali dia perlu menolak kerana sedang dalam penggambaran filem Student Of The Year.

6. Deepika Padukone

924B2D8E 3529 41EA BA66 B27FCC719494Siapa sangka Deepika Padukone pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam francais filem yang gah seperti Furious 7 kerana dia telah memlilih untuk berlakon dalam filem Bollywood iaitu Happy New Year. Itulah pilihan yang dibuat oleh Deepika Padukone. Dia cuba untuk muncul di Hollywood melalui filem XXX : Return of Xander Cage, tetapi sayangnya filem tersebut tidak berjaya di box office.

7. Hrithik Roshan
EB399535 8C33 4F6B 9D44 D16DEF48D935Sewaktu ditawarkan watak untuk filem Hollywood, Hrithik Roshan terpaksa menolak kerana waktu itu dia mempunyai komitmen lain dan jadualnya sangat padat. Pelakon kacak itu terpaksa menolak watak Vicente dalam filem Pink Panther 2.

8. Madhuri Dixit
0163E096 7EDA 4FAF 8E3A 77B443A477EBMadhuri Dixit pernah ditawarkan untuk muncul sebagai cameo sebagai dirinya sendiri ,dalam filem Hollywood yang menceritakan tentang seorang gadis Amerika yang ingin menjadi pelakon Bollywood. Dia menolak tawaran tersebut kerana dia tidak mahu tampil dalam watak dan babak yang sesingkat itu.

9. Shah Rukh Khan
1E13C7EB 6F1B 4506 947E A1937829B0E3Shah Rukh Khan adalah antara pilihan utama untuk membintangi Slumdog Millionaire, tetapi dia menolak watak tersebut kerana dia merasakan watak tersebut tetapi tidak sesuai untuknya. Akhirnya watak tersebut jatuh ke tangan Anil Kapoor dan menjadi tiketnya ke Hollywood.

10. Priyanka Chopra Jonas
A63C6ABD 5034 42D2 8B01 2DF02769B92CPriyanka Chopra pernah ditawarkan watak penting dalam filem Hollywood, Immortals, yang ditolaknya kerana dia sedang menjalani penggambaran 7 Khoon Maaf pada waktu itu.

Kini Priyanka Chopra Jonas bukan lagi nama asing di persada Hollywood apabila dia berjaya muncul dalam beberapa filem hebat Hollywood seperti Baywatch dan The Matrix Resurrections.

Baca Juga: Selepas 22 tahun Priyanka Chopra Mendapat Bayaran Setimpal