Home Entertainment Pyo Ye Jin Pelakon Muda Dalam Taxi Driver 2

Pyo Ye Jin Pelakon Muda Dalam Taxi Driver 2

0

Pasukan Rainbow Taxi yang tersangat handal dalam memburu dan menghukum para penjahat kembali muncul dalam Taxi Driver 2 yang telah ditayangkan di platform Viu.

Para peminat kini boleh menyaksikan aksi anggota Rainbow Taxi, termasuk si “hackers” cantik manis iaitu Ahn Go Eun. Anggota termuda dalam pasukan Rainbow Taxi ini adalah satu-satunya anggota wanita dalam kumpulan, namun kemampuannya sangat diperlukan dalam setiap misi.

478E8078 BEAB 4EDF B708 E21C78010F6BPelakon yang membawa watak Ahn Go Eun adalah Pyo Ye Jin yang sudah berlakon dalam pelbagai drama siri popular. Antara drama siri lakonannya adalah What’s Wrong with Secretary Kim (2018) dan VIP (2019).

Baca Lagi: Lee Kyung Shil Melakukan Perlecehan Seksual Terhadap Lee Je Hoon Taxi Driver

Jom kita kenali dengan lebih dekat pelakon muda yang berbakat besar ini, berikut merupakan beberapa sajian info tentang Pyo Ye Jin:

Bekas pramugari

64A71E1D A123 433B 9838 826B3871EB1C

Kerjaya pertama Pyo Ye Jin selepas menamatkan pengajiannya bukan melibatkan dunia seni dan hiburan. Pencinta haiwan ini pernah bertugas sebagai seorang pramugari di awan biru. Pyo Ye Jin adalah lulusan dari Baekseok Art College dengan jurusan Associate Degree in Flight Service.

Oleh kerana latar belakang pendidikannya ini, pada usia 19 tahun, Pyo Ye Jin sudah mula bekerja sebagai seorang pramugari. Dia merupakan pramugari Korean Air sejak tahun 2011 hingga 2013.

Dalam program MBC’s I Live Alone, Pyo Ye Jin pernah mengakui bahawa dia merasa tertekan ketika bertugas sebagai pramugari. Sebagai pramugari, dia harus menyembunyikan emosi ketika sedang menjalankan tugas, terutama sewaktu menyantuni para pelanggan.

Dia mendedahkan bahawa dia sangat terbuka meluahkan setiap emosi tanpa perlu berselindung. Jadi, Pyo Ye Jin pastu bahawa kerjaya sebagai pramugari bukanlah kerjaya pilihannya.

Liku-liku untuk bergelar pelakon
43A838EE 669E 491A A944 F48D9C92CAC3Melangkah menjadi seorang pelakon bukanlah perkara yang mudah bagi Pyo Ye Jin. Dia melakukan kaedah cuba-jaya pada awal lakonannya. Pyo Ye Jin mengambil langkah kecil dengan mencuba untuk menjadi cameo dalam sebuah drama MBC yang bertajuk Here Comes Mr. Oh pada tahun 2012.

Setelah merasa sesuai dengan bidang lakonan, langkah seterusnya adalah meyakinkan kedua ibu bapanya bahawa keputusannya untuk terjun ke dunia lakonan dan meninggalkan kerjaya sebagai pramugari adalah satu langkah yang memang tepat dan sangat sesuai dengan dirinya.

Dalam sebuah wawancaranya dengan Star News Korea, Pyo Ye Jin mendedahkan bahawa berhadapan dengan ibu bapanya adalah situasi yang paling sulit. Sampaikan dia sanggup menulis surat yang panjang lebar untuk menjelaskan kepada orang tuanya tentang kenapa dia memilih berhenti kerja sebagai pramugari dan beralih arah menjadi seorang pelakon.

Selain itu, pelakon ini juga bermula dari kosong dan berusaha keras dengan mencari sendiri guru lakonan yang boleh mengajarnya membaca skrip dan membuat profil sendiri untuk memperkenalkan diri kepada setiap agensi. Sewaktu di lokasi penggambaran, pelakon ini banyak bertanya dan meminta tunjuk ajar daripada pengarah dan para pelakon lain.

Mula meraih populariti

503C74C5 9485 4EE3 8E34 D35957160B5B

Setelah berhenti kerja sebagai pramugari di Korean Air, Pyo Ye Jin terus bernaung di bawah agensi hiburan ternama dan megah iaitu JYP Entertainment sebagai pelakon baru pada tahun 2013. Namun, selama bersama dengan agensi ini, pelakon ini hanya berpeluang berlakon dalam satu filem sahaja iaitu Miss Granny (2014) dan itu pun hanya muncul sebagai cameo.

Akhirnya pada tahun 2015 Pyo Ye Jin memutuskan untuk keluar dari JYP dan beralih ke agensi lain iaitu Pan Stars Company. Sejak bernaung di bawah agensi barunya inilah, Pyo Ye Jin mula meraih kejayaan. Dia mula berlakon dalam pelbagai drama siri besar seperti The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop (2016) yang telah memberinya ruang untuk meraih Anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik di Korea Cultural Entertainment Awards.

Lakonannya sebagai setiausaha baru dalam drama What’s Wrong with Secretary Kim (2018) juga membawanya meraih Anugerah Watak Paling Popular di Korea Drama Awards. Anugerah terakhir yang diterimanya adalah Anugerah Karakter Terbaik di SBS Drama Awards untuk lakonannya dalam drama siri VIP (2019).

Baca Juga: Lee Da Hae & Se7en Umum Bakal Berkahwin