Home Entertainment Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama

0

Akhirnya pelakon Bollywood yang kini mencipta nama di Hollywood iaitu Priyanka Chopra Jonas dan suaminya Nick Jonas telah berkongsi buat kali pertama wajah anak perempuan mereka Malti Marie Chopra Jonas.

Malti Marie dilahirkan pada hari Sabtu 15 Januari 2022 melalui kaedah ibu tumpang. Priyanka Chopra menyatakan bahawa dia dan suaminya terpaksa menggunakan kaedah ibu tumpang kerana Priyanka mengalami masalah kesihatan.

F0BE3A9D EA1A 4B4A 97A1 6F941562CA80 640E34B5 D8E9 41DC A5E3 ED37F9722BBA

Malti Marie baru sahaja menyambut hari lahir yang pertama baru-baru ini. Priyanka dan Nick Jonas berjaya memberi kejutan kepada seluruh dunia apabila telah memaparkan wajah anak perempuan mereka melalui satu paparan video di sebuah majlis pengiktirafan bagi kumpulan muzik Jonas Brothers yang akhirnya berjaya menerima ‘bintang’ dan pengiktirafan di The Hollywood Walk of Fame.
Selama setahun Priyanka dan Nick Jonas menyembunyikan wajah anak kesayangan mereka dari satu dunia.

Sekali sekala kita dapat melihat Priyanka atau Nick Jonas memuat naik gambar bersama Malti Marie namun wajah anak comel itu ditutup dan dilindungi. Para peminat kedua-dua penghibur ini nampaknya teruja dengan pendedahan wajah Malti Marie dan tidak habis-habis memuji bayi comel itu yang benar-benar mirip seperti bapanya.

6B29A104 DBB5 4655 AF37 C723E60DC128

Nick Jonas sewaktu memberi ucapan di upacara The Hollywood Walk of Fame telah memberi kata-kata pujian kepada kedua anak dan isterinya. Penghargaan yang ditunjukkan kepada Priyanka dan Malti Marie sangat istimewa kerana pada hari inilah akhirnya mereka berdua sebagai ibu bapa telah berkongsi dengan satu dunia buat kali pertamanya wajah anak mereka.

Priyanka Chopra dalam satu temu ramah telah menyatakan bahawa bayi comelnya itu telah mengubah hidupnya 100%. Priyanka Chopra Jonas dipetik berkata,

“Selama 20 tahun ini hidup saya sangat sibuk, saya sering memikirkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Sekarang tidak lagi, saya mulai merasa ketenangan dan tidak lagi hidup dalam mengejar masa kerana setiap keputusan yang saya buat selepas ini mestilah berkisar tentang Malti Marie terlebih dahulu.”

Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember 2018 secara gilang gemilang. Perkahwinan mewah mereka berlangsung selama 3 hari berturut-turut dan seterusnya disusuli dengan 4 lagi resepsi perkahwinan yang cukup meriah dan menjadi bualan ramai.

Baca Lagi: Isteri Baharu Marc Anthony, Nadia Ferreira Berusia 23 Tahun

Baca Juga: Lindsay Clansy Cekik Mati Anak-Anaknya Akibat Postpartum Anxiety